4/28/2009

KETIADAAN LEMBAGA DISPLIN PAS - GERAK Desak SPRM Pantau Pemilihan PAS


Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK) Malaysia berpandangan bahawa PAS perlu membuka ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memantau pemilihan pucuk pimpinan parti itu dalam Muktamar PAS, Jun depan.


Pengerusi GERAK, Mohd Nazree Mohd Yunos berkata, langkah itu akan memberikan kredit kepada PAS bagi membuktikan parti itu benar-benar tidak terjangkit dengan penyakit rasuah walaupun setelah memenangi pilihanraya umum lalu.

“Kita berpandangan bahawa PAS boleh membuka ruang kepada SPRM menjalankan pemantauan bagi mengesahkan lagi bahawa Muktamar PAS pada kali ini adalah benar-benar bebas daripada rasuah,” katanya.

Dalam kenyataanya kepada Agendadaily, beliau berkata, GERAK menyokong SPRM jika agensi berkenaan mahu memantau perjalanan pemilihan Muktamar PAS itu supaya bebas daripada rasuah.


Gerakan itu menolak pandangan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor Dr. Che Rosli Che Mat yang membuat kenyataan menolak pembabitan SPRM untuk memantau pemilihan pucuk pimpinan parti itu, Jun depan.

“Sepatutnya pemimpin itu mencontohi sikap Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang pernah membenarkan SPRM menyiasat dakwaan korupsi terhadap menantunya. Akhirnya terbukti tidak berlaku sebarang kesalahan rasuah atau salahguna kuasa,” tegasnya.

Menurut Mohd Nazree, peranan ahli-ahli PAS yang terbabit pemilihan pemimpin parti amat penting dalam memastikan tidak ada unsur-unsur lobi-melobi dan penggunaan politik wang.


Katanya, ini perlu selepas pembangkang yang turut dianggotai PAS telah mempunyai kuasa mentadbir yang boleh menjerumuskan pemimpin ke lembah rasuah jika tidak berhati-hati dengan perkara ini.

Menurutnya. SPRM harus diberikan kepercayaan oleh rakyat terutamanya generasi muda. PAS dengan pemantauan tersebut bagi menyakini pemilihan parti itu benar-benar bebas daripada rasuah politik.

Pemilihan pucuk pimpinan PAS pada Jun ini dijangka sengit dengan kerusi Presiden, Timbalan dan Naib dijangka menyaksikan pertarungan membabitkan dua kumpulan yang disebut-sebut sebagai kumpulan Erdogan yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim dan golongan PAS asal atau ulama.SPRM sebelum ini turut bekerjasama dengan UMNO ketika pemilihan pucuk pimpinan parti itu baru-baru ini dan jika PAS memilih menolak cadangan ini, ianya pasti menimbulkan tanda tanya kenapa mereka takut berbuat demikian atau apakah PAS kini bukan lagi parti yang bersih.


2 ulasan:

Zawir Al-Hamidi berkata...

Sesiapa yang kerja dengan SPRM, dua-dua lah, suruhanjaya pilihan raya dengan suruhanjaya pencegahan rasuah, gerenti tak menang tangan dewasa ini. Seharusnya kerajaan beri mereka bonus tahun ini lebih sikit.

Tanpa Nama berkata...

SALAM ZIARAH
MEREKA PERLU BUKTIKAN BAHWA PAS TIDAK MENGAWAL PERBUATAN RASUAH MENGIKUT MUSIM. KLU DULU MEREKA SENTIASA MENGINGATKAN KITA SUPAYA MEMBENTERAS KEGIATAN RASUAH MAKA MEREKA JUGA PATUT "MEMBERSIHKAN" DIRI MEREKA SENDIRI DR GEJALA RASUAH.

JGN SEBOK HAL RUMAHTANGGA ORG LAIN KALAU DI RUMAH SENDIRI MASIH BERANTAKAN