4/21/2009

DR. PUAD ZARKASHI DEDAH USAHA ANWAR GODA BELIAU SERTAI PELAN 16 SEPTEMBER - Dr. Rahim Ghous Antara yang Terlibat

Menjelang 16 September tahun lalu sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim bikin gimik nak tawan Putrajaya menerusi pintu belakang berbagai desas desus timbul mengenai nama-nama sebilangan Ahli Parlimen Barisan Nasional yang dikatakan telah ditemui secara sulit oleh Ketua Pembangkang itu.

Namun belum ada seorang pun dikalangan mereka yang tampil untuk membuat pendedahan mengenai modus operandi Anwar dalam usaha memujuk mereka menyertai apa yang dikenali sebagai ‘Pelan 16 September’ yang tak menjadi itu.

Justify Full
Petang Ahad 19 April, Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi, Ahli Parlimen Batu Pahat yang baru ini memenangi pemilihan jawatan Majlis Tertinggi UMNO menceritakan bagaimana Anwar berusaha memujuknya termasuk mendakwa empat Sultan termasuk Yang di-Pertuan Agong menyokongnya.

Dr Puad menceritakannya pada kira-kira 400 ahli UMNO dari cawangan-cawangan sekitar Hulu Kelang yang hadir dalam perjumpaan sembang petang di Kelab Darul Ehsan, dekat Kuala Lumpur.


Katanya beliau mulanya dihubungi menerusi telefon oleh contactman Anwar yakni Dr Rahim Ghaus.

Dr Rahim diketahui adalah orang kanan Anwar yang kini menetap di Melbourne, Australia tapi sering berulang alik ke Malaysia. Bekas Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang ini melarikan diri ke luar negara semasa kemuncak reformasi 1998 dan kini berkhidmat dengan sebuah cawangan bank Timur Tengah di bandaraya itu.

Menariknya Dr Puad cuba dipancing pada 20 September iaitu empat hari melepasi dateline 16 September.


Ini jelas menunjukkan Anwar masih menaruh harapan dan terus cuba nasib sekalipun tarikh asal impiannya itu dah berlalu.

Pendedahan Dr Puad di majlis itu ditulis oleh Datuk Fuad Hassan,bekas ahli Dewan Undangan Negeri BN Hulu Kelang dalam laman blognya dialamat: http://www.dakwat-kertas.blogspot.com/



BERIKUT ADALAH PENDEDAHAN DR. PUAD ZARKASHI


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah meminta beberapa ahli parlimen Barisan Nasional menandatangani surat untuk memberikan persetujuan kepada beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke enam pada 16 September 2009 yang lalu. Surat tersebut ditujukan kepada SPB Yang Di Pertuan Agong.

Demikian didedahkan oleh ahli parlimen Batu Pahat yang terpilih sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Puad Zarkashi dalam program Sembang petang “UMNO Dalam cabaran” anjuran UMNO Bahagian Gombak di Dewan Cempaka, Kelab Darul Ehsan petang tadi (19 April 2009) mulai jam 2.45 petang.

Menurut Dr. Puad, beliau telah menerima panggilan telepon daripada rakan Anwar Ibrahim, Dr. Abdul Rahim Ghaus, seorang ahli perniagaan pada 20 September jam 2 pagi tahun lalu yang menyatakan beliau ingin berjumpa dan berbincang mengenai pembentukan kerajaan pembangkang yang baru.

Dr. Puad bersetuju berjumpa dengan Dr. Abd Rahim yang kemudiannya yang merayu dan menunjukkan surat yang ditujukan kepada SPB Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan persetujuan melantik DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang baru menggantikan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dikatakan telah hilang sokongan.

Untuk meyakinkan lagi, Dr. Abdul Rahim telah menelefon Anwar Ibrahim untuk bercakap dan meyakinkan beliau. Menurut Dr. Puad, Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa “ Pak Lah is no longer in command..”

Beliau merayu agar Dr. Puad menandatangani surat tersebut tanpa perlu keluar daripada Barisan Nasional. Anwar berjanji akan merahsiakan tandatangan beliau. Ia hanyalah untuk tatapan SPB Yang Di Pertuan Agong, tambahnya lagi.

“I need more Malay MPs like you ”, tambah Anwar lagi. “ And we already have enough numbers to form new government ,” kata Anwar cuba meyakinkan lagi.

Anwar cuba meyakinkan Dr. Puad dengan menyatakan bahawa empat Sultan telah menyatakan sokongan, termasuk SPB Yang Di Pertuan Agong.

Dr. Puad secara fizikalnya terketar-ketar. Beliau hanya baru beberapa bulan menjadi ahli parlimen tiba-tiba menerima ujian yang begini besar. Menurutnya, beliau terketar-ketar kerana takut terpengaruh dan lantas tanpa sedar menandatangani surat tersebut, jelasnya lagi.

Beliau cuba menguatkan pendirian dengan bertanya Anwar tentang bagaimana dengan agenda Melayu. Ini kerana beliau bimbang Pakatan Rakyat tidak lagi menjuarai kepentingan bangsa Melayu dan Islam lantaran ingin menjaga perasaan DAP dan pengundi Cina.

Menurut Dr. Puad, Anwar menyatakan kepadanya kepentingan bangsa Melayu akan dijaga dan beliau pernah menegur Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim kerana kes tanah di Selangor.

Tetapi Kata Dr. Puad, banyak kes di Parlimen seperti serangan terhadap menghalang Murtad / keluar Islam yang ditimbulkan oleh ahli parlimen Bukit Mertajam dari DAP tidakpun dipertahankan oleh ahli-ahli parlimen PAS mahupun PKR. Hanya pemimpin UMNO yang berbuat demikian. Apa yang diharapkan kepada mereka untuk berbuat demikian, tegasnya lagi.

“UMNO yang telah menggubal perlembagaan yang membuat ketetapan dimana keputusan mahkamah syariah tidak boleh dicabar di mahkamah sivil,” tambah Dr. Puad dengan bersemangat.

Berbalik kepada perbualan telefon Anwar-Dr.Puad, lantaran debaran yang demikian kuat, Dr. Puad meminta tempoh kepada Anwar untuk beliau menunaikan solat istiqarah bagi mendapatkan petunjuk daripada Allah swt.

Beliau menyampaikan berita tersebut kepada isterinya untuk berbuat demikian dan melakukan solat istiqarah mendapatkan restu Allah. Keesokannya beliau menerima telefon lagi daripada Dr. Rahim Ghaus.

Dr. Puad menjawab bahawa setelah beliau melakukan istiqarah, beliau telah mendapat mimpi yang menyatakan, “Kalau saya sign surat persetujuan tersebut bermakna saya telah menjual negara..”, kata Puad disambut dengan tepukan gemuruh daripada para hadirin yang hadir.

“Kalau saya sign , saya akan dihalau oleh Sultan dari negeri Johor yang merupakan tempat UMNO dinobatkan”, tegas beliau lagi.

“Saya memegang jawatan ini bukan untuk diri saya, tetapi untuk bangsa dan agama dan saya berharap saya akan istiqamah dengan perjuangan ini,” tambah Dr. Puad mengakhiri ucapannya dengan soalan-soalan yang bertalu-talu dari hadirin.

Anwar mengenali Dr. Puad kerana beliau pernah menjadi tenaga pengajar di Yayasan Anda Akademik pada tahun 80 an dahulu. Beliau seorang yang kuat berpegang kepada prinsip perjuangan agama dan bangsa. Pendekatannya sudah tentu berbeda dengan ahli-ahli parlimen yang lain.

Umum mengetahui bagaimana Anwar telah mengarahkan wakil-wakil rakyat PKR berkejaran ke Taiwan untuk memujuk ahli parlimen BN menandatangai surat persetujuan melantik Anwar sebagai Perdana Menteri ke 6 pada 16 September 2008 yang lalu.

Dengan kehendak Allah, Perak yang jatuh ke tangan Barisan Nasional.

Hampir 400 ahli UMNO dari cawangan-cawangan Hulu Kelang hadir dalam perjumpaan tersebut


12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dah dapat jawatan

Sedar berkata...

Nampaknya strategi Anwar semakin jelas utk merampas Kerajaan Persekutuan dengan menjaja nama Yang Di Pertuan Agong...

Mungkin inilah balasan Anwar setelah Perak jatuh ke tangan BN semula. Tetapi, Anwar kata BN perompak kerajaan mereka. Walhal,telah diperkenan Sultan Perak. BN tidak perlu menjaja Sultan untuk mendapat semula kerajaaan Perak.

Apa komen Penyokong Pakatan? Mesti mereka kata ini semua fitnah dari UMNO. Mereka sahaja yang memberi kenyataan benar, walaupun tiada bukti.

Sedarlah wahai penyokong pakatan, anda sdg diperguna oleh Idola anda, Anwar Ibrahim.

Kembalilah ke perjuangan asas Agama, Bangsa Dan Negara kita.

limpbiskut berkata...

sudah lah puad ni.

dulu, pra-16 september, dia yang rajin kirim salam pada anwar, duduk sehotel sebilik dengan pemimpin pakatan, makan breakfast dengan pemimpin pakatan.

tapi bila dah dapat jawatan, LUPA DUNIA. melayu memang mudah lupa diri.

anda-anda semua ditunggang pemimpin-pemimpin umno terang-terangan, tak nampak lagi kah?

perjuangan berasakan agama??? please lah don't make me laugh. pemimpin umno melayu islam lah yang paling ramai tonggak arak, main judi, kaki perempuan, zina sana, rogol sini, rasuah sana, putar-belit sini. so, please, jangan guna alasan "perjuangan berasakan agama". bikin gua muntah hijau.

BelaAgamaBangsaNegara berkata...

Kami ditunggang UMNO? Kami ditunggang UMNO sejak UMNO perjuangkan kemerdekaan lagi.

Limbiskut, PAS ditunggang sape yek? Kalo kt Perak DAP.. Hah,tu nak ckp ktrg fitnah la tu... Cakap sikit, melenting. Belum sempat empunya diri (Nizar) membela diri, korang da bela da.. Siapa yang kena tunggang sebenarnya?

Sudah lah, sebenarnya inilah agenda Anwar. Nak tawan Malaysia, last2 kena tawan kat Perak. Boleh pula cakap UMNO perompak.

Agama.. memang.. UMNO membela Agama, Bangsa dan Negara. PAS dulu memang perjuang agama. Skrg? Baru sebut Hudud, terkencing ketakutan bila kena gertak dgn DAP. Tu tukar terus PAS untuk semua.. Islam, Kristian, Hindu, Tiong Hua semua blh masuk PAS....

Sudah lah.. Kamu sebenarnya yang ditunggang Anwar dan kroni2nya (Erdogan dalam PAS)

HIDUP UMNO

Tanpa Nama berkata...

puad puad, berikan-lah angka, berapa yang telah ditawarkan? kenapa tidak lapor kepada MACC? mereka tentu sangat effisyen untuk tangkap anwar, berbanding dengan ali rustam itu, saya bukan penyokong siapa2, tetapi umno sekarang dah macam diatas undang2, apa pun boleh buat, kan?

Tanpa Nama berkata...

Percayalah UMNO akan tumbang

TakSuka TuduhTanpa BUKTI berkata...

Tu la penyokong PAKATAN, bila pemimpin UMNO buat kenyataan atau pendedahan, dikatanya mereka dibayar.

Bila Anwar ckp... Tergamam, terdiam, angguk2 tak geleng2..

Padahal korang penyokong PAKATAN suda kena tipu sebenarnya. Mana 16 Sept. Janji tubuh kerajaan. Yang korang ni, siap buat countdown.. Last2 tak jadi.. Tuduh lagi UMNO puncanya.

Tak pernah mengaku kesilapan sendiri.
Ego, Angkuh, Takbur dan Bongkak.

Ckp kita suka fitnah.. Tapi kamu (tanpa nama) sebenarnya yang memfitnah. Belum ada bukti, da tuduh bukan2.

Dengarlah cakap Karpal Singh, pemimpin ulung korang, Anwar Perlu Bertaubat..

PencintaUMNO berkata...

Jikalau kami tumbang, kami akan bangun semula. Bangun untuk pertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara yang tercinta.

Kami akan berjuang. Menerangkan penipuan dan fitnah yang dilemparkan PAKATAN terhadap kami kepada rakyat.

Allah Maha Besar. Memang politik ada jatuh bangunnya. Tapi kamo tidak akan, putus asa.

Kemenangan PAKATAN kerana menumpang isu UMNO dan BN. DAP misalnya hanya perjuangkan Negara tanpa Pembelaan Agama Islam sebenarnya. Anda rela? Jika anda rela, anda akan menyesal..

HIDUP UMNO... ALLAH PELIHARA NEGARA MALAYSIA

BangkitUMNO berkata...

HIDUP UMNO.. TERUS BERJUANG
HIDUP UMNO.. JATUH KITA BANGUN
HIDUP UMNO.. DAULAT AGAMA, BANGSA, NEGARA
HIDUP UMNO.. HIDUP ISLAM, MELAYU DAN MSIA

SitiUMNO berkata...

Apa yang berlaku ini satu bukti bahawa Anwar yang sebenarnya berniat utk merampas kuasa dari BN, bukannya BN Perak.

Bezanya hanyalah, Anwar menggunakan nama Yang Di Pertuan Agong tanpa sebarang perjanjian atau perkenan.

Manakala BN Perak mendapat restu dari Sultan Perak untuk menubuhkan kerajaan Perak.

Tapi biasalah, Pakatan tidak pernah berpuas hati. Dikatakan kita perompak. Walhal semua ini datangnya dari niat Anwar.

Ingatlah Penyokong PAS PKR dan DAP, anda sebenarnya dipermainkan oleh Anwar. Dia menghasut kamu dgn pelbagai tuduhan melibatkan pemimpin UMNO bagi menaikkan emosi kamu, sterusnya membakar api kemarahan kamu semua. Apbl ditawan Krjaan Psekutuan, beliau yang akan untung.

Tetapi, niat Anwar nampaknya memakan diri sendiri. Memang patut pun Karpal marah dan tidak percaya pada Anwar.

fedup berkata...

citer yang betul kata kena bayar..mende la kowg nie..apa kowg2 yg dok membabi buta sokong pakat2 nie tak buat salah ker...kowg leh citer hal dalam kain owg lain..ini baru saja kena selak kain kowg tahu melenting..macam itulah kalau kowg buat owg lain..muntahlah muntah..

dah tak sedar diri..menumpang atas k'jaan UMNO...nak bantuan terhegeh - hegeh mintak kat k'jaan...dah dpt semua...ludah balik owg yang tolong kowg...inilah yang di katakan dalam peribahasa melayu, 'bagai melepas anjing terlepas, sudah terlepas kita di gigitnya'.

lepas nie kowg jgn mintaklah ngan k'jaan mintak ngan pakat2 tu...kalu byk duit offer owg join pakat2 nape takleh bantu ahli - ahli yg terhegeh - hegeh macam kowg nie..memalukan saja..muntah hijau konon..tu la makan biskut lemau pakat2..

UMNO...dulu, kini dan selamanya...

Tanpa Nama berkata...

Limbiskut...lu mabuk todi la...baru nak belajar main politik..dah kena main dengan anuar..gi mampus la ..lu ingat semua orang malaysia sokong PR ke ...ada ramai malah berjuta rakyat malaysia ni yang tengok PR dengan geram ,hang tunggu pilihan raya nanti ...kita tengok !!!Aku bukan munafik macam hang nak sokong membabi buta...rakyat malaysia ada Otak La...BODOH!!!