4/29/2009

Dun Penanti - PAS BEKU JENTERA PILIHANRAYA, PRM JUGA NAK BERTANDING!


Keputusan sama ada UMNO akan turut bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti pada 31 Mei depan, akan diputuskan dalam mesyuarat biro politiknya petang esok.

Mesyuarat tersebut yang akan dipengerusikan oleh Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada jam 5 petang.

Anggota lain biro tersebut ialah Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden - Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Turut hadir ialah Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri Umno serta pengerusi badan-badan perhubungan Umno negeri.

Apa juga keputusan, UMNO Cawangan Gombak Selatan tetap menerimanya dengan semangat juang yang tinggi.

Sementara itu, PAS Pulau Pinang telah membeku jentera pilihanraya mereka bagi DUN Penanti setelah desakan parti itu terhadap Pakatan Rakyat agar meletakkan calon dari kalangan parti itu tidak dipedulikan Pakatan Rakyat Pulau Pinang.


PKR telah mengumumkan calon dari parti mereke iaitu Timbalan Pesuruhjaya PKR Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman.


Nampaknya PAS Pulau Pinang semakin tidak yakin dengan perjuangan PKR setelah terbongkar rahsia mengenai taktik kotok PKR menjatuhkan bekas ADUN Penanti, Saudara Fairus.

Tindakan berani PAS Permatang Pauh itu menyebabkan De Facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak senang duduk dan mungkin akan berbincang dengan Preseiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mengambil tindakan tata tertib terhadap mereka kerana melanggar etika Pakatan Rakyat.

Tetapi persoalannya selepas ini, adakah PAS akan beralah setelah pelbagai tuntutan dan desakan seperti penjualan arak, program IDance dan yang lebih penting perjuangan perlaksanaan Hudud dan Qisas ditempelak DAP dan PKR begitu sahaja.

Segala tuntutan PAS sebelum ini tidak pernah diambil kira oleh komponen Pakatan yang lain dan kemuncak pergelutan ini adalah pemilihan calon untuk DUN Penanti. PAS merasakan calon dari mereka lebih layak untuk menduduki kerusi DUN Penanti.

Sementara itu, Parti Rakyat Malaysia (PRM) juga akan meletakkan calon bagi DUN Penanti.

Ini ekoran perkembangan terbaru apabila parti asal yang sepatutnya dibubarkan untuk bergabung dengan PKR iaitu Parti Rakyat Malaysia (PRM) membuat keputusan untuk meletakkan calonnya bertanding pada pilihan raya kecil tersebut.

Setiausaha Agung PRM, Koh Swe Yong dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari Khamis berkata, parti itu telah memutuskan untuk bertanding pada pilihan raya kecil Penanti.

Katanya, Biro Politik parti itu telah bermesyuarat dan meneliti perkembangan politik semasa tanah air serta calon yang akan dikemukakan pada pilihan raya kecil tersebut.

“Keputusan Biro Politik PRM ini selaras dengan ketetapan Jawatankuasa Pusat PRM yang dibuat sebaik sahaja pimpinan baru mengambil-alih kepimpinan PRM setelah pucuk pimpinan lama beramai-ramai meninggalkan PRM dan memasuki parti lain.

“Ketetapan PRM ialah PRM akan menyertai semua bahagian pilihan raya umum dan mana-mana pilihan raya kecil akan datang.,” katanya.

Sewaktu PKR hendak diwujudkan, ada persefahaman awal PRM akan dibubarkan dan menyertai PKR tetapi cadangan tersebut ditolak, dan beberapa pemimpin kanan parti itu termasuk bekas Presidennya, Dr Syed Husin Ali telah keluar meninggalkan PRM dan menyertai PKR.

Menurut Swe Yong, PRM berkesimpulan bahawa pilihan raya kecil Penanti adalah satu pilihan raya kecil biasa.

Katanya, penyertaan PRM di Penanti kali ini akan memanfaatkan rakyat dan menurut lunas kewujudan PRM sebagai sebuah pertubuhan berdaftar yang ditubuhkan sejak 1955.

Dengan pengesahan PRM akan meletakkan calonnya, PKR akan berhadapan dengan parti itu serta seorang calon bebas yang merupakan bekas ketua Wanita PKR, Pulau Pinang, Aminah Abdullah.

Inilah Pakatan Rakyat yang dikatakan bersatu. Satu suara hanya dimulut. Apabila masing-masing naik taring, mereka mahu lawan pula sesama mereka. Yang menjadi mangsa, rakyat di DUN Penanti. Sudahlah Fairus bertindak meletak jawatan dengan rasa tidak bertanggungjawab, bila hendak bertanding, Pakatan bergaduh sesama sendiri.

Adakah benar Pakatan membela nasib rakyat? Atau hanya untuk kepentingan masing-masing, seperti yang mereka tuduh ke atas UMNO?

Fikir-fikirkanlah...




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PAKATAN ALA2 CINCAI. BLH JUGA DI SAMAKAN SBG PAKATAN ROJAK PETIS. DARI DULU HINGGA SKRG TIDUR SEBANTAL TP MIMPI LAIN2. INILAH MASANYA UMNO PERLU MELETAKKN CALON YG BERWIBAWA DAN MENGGUNAKAN STRATEGI YG BETUL UTK MENAWAN KEMBALI PENANTI KE PANGKUAN BN

fedup berkata...

mula2 kak Minah nak bertanding.. pastu PKR letak Pakcik Mansor.. pastu PAS lak nak bertanding..

Gila ke apa..slogan kita sekeluarga..ini sudah berapa keluarga..Ingatkan Anwar sudah kuburkan PRM rupa2nya dia tidak berjaya...terbongkar lagi..laaaaa..

lagi satu projek oleh Pakatan Rakyat..menghuru - harakan rakyat..kowg nak cover ngan apa lagi weiii..hehehe..

Tanpa Nama berkata...

HAHAHAHA STUJU DGN SDR FEDUP..NAIK FEDUP PLAK DGN SI 'ANU'WAR NI. STILL KEEP THE NUMBER DLM SUAR DIA BUT ONLY TO DEMONISED PEOPLE WIF TALKING COCK KEHKEHKEH