4/24/2009

Isu Politik Di Perak - CAKAP MACAM BAGUS, AJAK DEBAT KECUT PERUT

Kalau ikut cakap dan kenyataan yang dikeluarkan, dua orang kuat DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor meng merupakan orang paling lantang mengkritik dalam isu-isu politik yang berlaku di negeri Perak.


Malah, mereka juga mempertikai secara terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan tindakan Speaker DUN Perak, V. Sivakumar menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam exconya tidak sah.


Namun, apabila ada usaha yang dibuat oleh pihak bebas iaitu Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) dan Blogger United menganjurkan debat rakyat berhubung isu-isu politik Perak, kedua-duanya tercari-cari alasan untuk mengelakkan diri.


Debat rakyat yang dijadual berlangsung Jumaat ini telah pun mendapat persetujuan peguam UMNO, Datuk Hafarizam dan seorang peguam bebas, Datuk Shafie Abdullah untuk hadir bgai menyertai debat berkenaan.


Bagaimanapun menurut sumber, Ngeh dan Nga memberikan alasan kononnya Majlis Peguam akan turut menganjurkan forum mengenai isu yang sama hari sabtu sebagai alasan tidak dapat hadir.

Sedangkan hakikatnya, Shafie akan turut hadir forum yang dianjurkan oleh Majlis Peguam berkenaan.


“Soalnya kenapa kedua-dua mereka ini yang begitu lantang memberikan komen apabila dijemput untuk menjayakan debat rakyat memberikan pelbagai alasan untuk tidak hadir. Jika forum Majlis Peguam dijadikan alasan, Datuk Shafie juga akan pergi ke majlis yang sama, apa masalahnya pula,” kata sumber itu.


Ini jelas sumber itu menunjukkan, Ngeh dan Nga tidak berani berhadapan dengan fakta dan hanya berani membat tuduhan tanpa berani bersemuka dengan orang yang boleh dan mampu mematahkan kritikan mereka.

Sementara itu difahamkan, NPC yang menjadi penganjur telah diminta untuk menghubungi peguam Sivakumar, Sulaiman Abdullah untuk hadir debat tersebut tetapi telah menolaknya.

NPC juga telah diminta untuk mendapatkan peguam Malik Imtiaz bagi mewakili pihak pembangkang. Namun jawapannya tetap sama - tidak bersedia untuk debat tersebut.

Apa cerita ni..

2 ulasan:

fedup berkata...

Biasalah...inikan permainan mereka..bila kita tak teruskan perdebatan ini esok...tengoklah...mesti kata kita yang tak berani...tapi bukan DAP yang cakap tetapi di suruhnya gengnya yang lain cakap..
dah masak sangat dengan perangai diowg nie..
kalau takut di pukul ombak
jangan berumah di tepi pantai kalau hanya tahu cakap besaq
belum tentu kerjanya pandai..

Nak nengok siapa yang nak bela Ah Kong dua orang nie...

UMNO..dulu, kini dan selamanya

Din KK berkata...

biasalah,
tarak telur..

bila ajak berdepan lari..bodoh PR!