4/25/2009

TAHNIAH TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN - Harapan UMNO Wilayah Persekutuan


Semalam Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat perlantikan baru Ketua-Ketua Badan Perhubungan UMNO. Nampaknya kali ini Wilayah Persekutuan diwakili oleh Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Pelbagai maklum balas diberikan mengenai perlantikan beliau. Bagi UMNO Cawangan Gombak Selatan, siapa sahaja yang dilantik, harapan tetap diberikan agar UMNO Wilayah akan lebih perkasa dan perpaduan UMNO Wilayah juga dapat dimantapkan lagi.


Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu memberikan satu transformasi baru dalam memperkasa UMNO Wilayah khasnya dan BN Wilayah amnya. Kemenangan majoriti Pembangkang di Parlimen-Parlimen Wilayah Persekutuan perlu diambil kira agar ia tidak lagi berulang pada PRU ke 13. Fokus untuk turun padang mengadakan perjumpaan bersama UMNO Cawangan-Cawangan di Wilayah adalah salah satu pendekatan terbaik bagi menyuntik semangat baru UMNO Wilayah. Tan Sri juga dapat mengenalpasti dengan lebih tepat masalah yang berlaku dan dapat mencari jalan penyelesaian terbaik bagi mengembalikan kepercayaan masyarakat warga kota.


Di harap Tan Sri dapat melakukan yang terbaik demi kecemerlangan UMNO Wilayah Persekutuan. Selamat Berkhidmat, Tan Sri.



1 ulasan:

PaKMie berkata...

Salam...

Rombakan dalam kepimpinan tertinggi Umno dengan perlantikan beberapa pengerusi badan Perhubungan Negeri yang baru menandakan langkah pertama najib mahu memperkuatkan lagi Umno diperingkat negeri masing2.

Selain perlatikan TS Muhyiddin. di PP pengerusi DS Zahid Hamidi dan perlatikan DS Mustapa Muhammed di Kelantan dan DS Hishmuddin di negeri Terengganu dapat mengimbangi kekuatan Pembangkang menjelang PRU13 nanti

salamualaikum dan salam sejahtera slmt berjuang demi agama, bangsa dan negara.

Salam hormat dri Pakmie.blogspot.com.