Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengucap terima kasih kepada Perdana Menteri kerana melantik naibnya, Datuk Razali Ibrahim sebagai timbalan menteri belia dan sukan.
Beliau juga tidak kecewa kerana tidak dilantik menganggotai barisan kabinet baru. Sebaliknya, tegasnya, beliau telah diberi tugas lain oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahli Parlimen Rembau itu juga berkata, beliau telah mengadakan pertemuan dengan Najib semalam.
Dalam pertemuan itu, katanya, Najib memintanya supaya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuhkan parti.
"Presiden Umno itu mahu saya menumpukan kepada kerja-kerja parti.
"Beliau telah memberi saya tugas untuk menarik lebih ramai pengundi muda supaya menyokong Umno dan BN," katanya.
Sehubungan itu, katanya, beliau berterima kepada presiden Umno itu kerana memilihnya untuk memikul tugas tersebut.
Menurut Khairy, beliau akan menumpukan tugasnya ke arah memperkukuhkan parti sepertimana yang dihasrat oleh Perdana Menteri.
Menurutnya, kabinet baru itu telah membariskan menteri dan timbalan menteri yang baik yang mampu untuk membantu perdana menteri melaksanakan agenda pembaharuan.
Beliau juga berharap anggota kabinet baru itu akan bekerja keras untuk merealisasikan objektif dan aspirasi rakyat Malaysia.
Calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Mukhriz Tun Mahathir telah dilantik menjawat jawatan Timbalan MITI.

4 ulasan:
Rakyat perlu disedarkan bahawa PAS, PKR dan DAP adalah satu pakatan yang RAPUH. Malaysia akan menjadi kucar kacir jika budaya politik mereka diterima umum dan menjadi majoriti. Mereka membawa budaya memberontak, merapu, fitnah, berbohong dan cakap tak serupa bikin. Kalau inilah yang disukai oleh rakyat Malaysia, tidak hairanla Malaysia akan hancur. Kerana, jika diorang berjaya membentuk kerajaan dengan cara demikian, tidak mustahil diorang juga berdepan dengan masalah yang telah mereka perkenalkan.. jadi macam Thailand.. hampeh! Masa tu UMNO pulak yang mengamuk.. bestnyer sekali sekala dapat mengamuk.. he, he, he.. (Jangan marah, sebab kalau UMNO mengamuk masa tu pon sebab ikut perangai buruk pembangkang masa sekarang.. Masa tu lagi best sebab UMNO boleh buat apa sahaja atas dasar kebebasan yang dilaungkan PAS,PKR dan DAP. UMNO tak perlu takut kena tangkap sebab masa tu ISA diorang dah hapuskan..ye ke?.. Fikir2kan la implikasinya dari perbuatan kamu wahai PAS, PKR dan DAP. Buanglah budaya yang boleh menghancurkan Malaysia)
Bagi saya hanya pemimpin yang TIDAK KORUP MINDA dan POKETnya sahaja yang mampu untuk melaksanakannya. UMNO yang bersih dan berani akan membawa kesejahteraan kepada seluruh rakyat malaysia.
Itu semangat yang patut ada pada setiap pemimpin BN tidak kira UMNO, MCA atau MIC serta komponen yang lain.
Harapan agar KJ akan lebih menumpukan kepada UMNO dan dapat menjanakan aspirasi UMNO sendiri.
Tahniah Mukhriz Tahniah Razali!
Semangat pemuda yang di harapkan..
Pemuda harapan bangsa!
Peraang baru bermula. jgn kecewa KJ & jgn gembira Mukhriz..
Ini merupakan amanah allah. semua mempunyai peranan masing2..
Insyallah.. bersatu teguh bercerai roboh..
hahahahaa.. yang menang dapat tugas penting... yang kalah dapat jd menteri.....
hahahahahahahaha..... bezanya.. yg rasuah x dpt jd menteri.. x rasuah dan anak bapak.. tapi kalah.. dpt jd menteri.....
Catat Ulasan