4/10/2009

TAHNIAH DATO' RAJA NONG CHIK - Harapan Masyarakat KL terhadap Menteri Wilayah Persekutuan

UMNO Cawangan Gombak Selatan ingin mengucapkan tahniah kepada Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di atas perlantikan beliau menerajui Kementerian Wilayah Persekutuan.

Kami mewakili UMNO Cawangan di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur amat berharap agar perlantikan beliau ini akan dapat menyelesaikan beberapa isu-isu tertangguh yang berlaku di sekitar Kuala Lumpur.

Isu kedudukan tanah rezab dan TOL di sekitar Kuala Lumpur terutamanya melibatkan tanah kawasan Melayu menjadi isu tertangguh yang sehingga kini tidak dapat diselesaikan. Ini juga merupakan faktor pendorong beberapa pengundi bertindak protes mengundi calon Pembangkang di kawasan masing-masing. Kawasan UMNO Cawangan Gombak Selatan di Batu 4, Jalan Gombak juga menghadapi masalah yang sama sejak sekian lama.


Kami masih meletakkan harapan yang tinggi terhadap kepimpinan BN sebagai peneraju Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, kami berharap Dato’ Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dapat menyelesaikan masalah yang sekian lama berlarutan.

Kami juga berharap agar perlantikan beliau sebagai Menteri Wilayah Persekutuan juga berupaya mengembalikan semula kegemilangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang tercalar pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Insyaallah, satu masa kelak kami akan menjemput beliau untuk menjenguk kawasan kami.

SYABAS DAN SELAMAT BERKHIDMAT..


Tiada ulasan: