4/11/2009

Pemuda UMNO Perlu Bersatu - DEKATI GOLONGAN MUDA

UMNO Cawangan Gombak Selatan ingin merakamkan ucapan tahniah di atas perlantikan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Razali Ibrahim sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Perlantikan beliau sedikit sebanyak mampu mendekati golongan belia di negara kita. Apa yang kami harapkan, peringatan untuk diri kami dan seluruh warga Pemuda UMNO, bersatulah, bekerjasama dalam menarik semula sokongan golongan muda yang telah terpedaya dengan pelbagai tuduhan dan dakyah yang tidak baik dari pihak pembangkang.

Kita lihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib tidak memilih Saudara Khairy dalam barisan kabinet. Inilah peluang Ketua Pemuda UMNO Malaysia ini untuk fokus memperkuatkan jentera Pemuda UMNO dengan lebih efektif.


Ini bukan masa untuk Pemuda UMNO bertelagah sesama sendiri. Pemilihan telahpun berlalu. Marilah kita bersatu, bekerjasama, tidak kira dari pihak team Khairy, atau team Mukhriz, atau team Khir Toyo. Yang lebih penting adalah, menguatkan jentera parti kita.

Insyaallah, dengan kerjasama dari pihak Saudara Khairy dan Datuk Razali, beserta exco-exco Pemuda UMNO, kita mampu merealisasikan matlamat perjuangan kita.


Datuk Mukhriz walaupun tewas, beliau masih boleh membantu menguatkan jentera Pemuda. Begitu juga dengan Datuk Seri Khir Toyo. Marilah bersatu. Perkuatkan jentera kita. Janganlah kita lena. Masa tidak menunggu kita. Kita perlu bergerak secara efektif mulai sekarang.

Tiada ulasan: