4/14/2009

KONSEP SATU MALAYSIA SAMA DENGAN MALAYSIAN MALAYSIA - DAP




Apabila Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib telah memperkenalkan konsep Satu Malaysia, Rakyat Di Dahulukan, pelbagai maklum balas yang diberkan dari pihak masyarakat. Ada yang bersetuju dengan konsep tersebut tidak kurang juga yang memberi pandangan negatif.



Namun, lain pula pandangan Parti Tindakan Demokratik (DAP) pimpinan Uncle Karpal. DAP telah mendakwa bahawa Datuk Seri Najib telah meniru konsep yang mereka perjuangkan sekian lama iaitu 'Malaysian Malaysia' di mana hak kesemarataan semua kaum dan agama di Malaysia.


Alhamdulillah, kenyataan Datuk Seri Najib yang menyangkal dakwaan tersebut melegakan orang ramai yang khuatir konsep ini akan meminggirkan hak istimewa kaum Melayu. Datuk Seri Najib menyatakan bahawa hubungan masyarakat majmuk di Malaysia akan diperkasa, keselesaan rakyat akan dipertingkatkan namun, dasar Perlembagaan Malaysia tetap dipertahankan. Islam sebagai agama rasmi dan Melayu sebagai bangsa dominan. Tetapi tidak meminggir kaum dan agama lain. Mereka bebas melakukan aktiviti keagamaan. Pengerusi BN ini mahu rakyat Malaysia kembali kepada perjuangan Malaysia yang telah dimerdekakan selama lebih 50 tahun. Rakyat kembali bersatu mempertahankan kedaulatan Malaysia. Tidak ada sebarang pertikaian di antara kaum. Pembangunan akan diperkasa. Kesejahteraan rakyat akan diperkukuhkan dan Kesetiaan kepada perlembagaan diperkuatkan.


Inilah yang membezakan konsep 'Satu Malaysia' dan 'Malaysian Malaysia'. Percayalah, inilah yang diperjuangkan DAP yang berbeza sekali dengan perjuangan 'sahabat' mereka PAS yang lebih memperjuangkan perundangan Hudud dan Qisas, namun perjuangan hanya sekadar laungan. Kini konsep 'PAS untuk Semua' diketengahkan tanpa memberikan sebarang jaminan Hudud akan dilaksanakan kerana dikhuatiri DAP akan mengancam mereka.

'Satu Malaysia' mampu mengeratkan hubungan sesama kaum.
'Satu Malaysia' mampu mengembalikan keamanan dan rasa hormat sesama kaum tanpa mempertikaikan Perlembagaan Negara kita
'Satu Malaysia'... Rakyat didahulukan....

Sama-sama kita berdoa agar Malaysia akan kekal aman tanpa sebarang kekacauan seperti di negara jiran kita, Thailand...

3 ulasan:

PAS UNTUK SEMUA berkata...

UMNO yang BARAH sudah bertambah PARAH. Inilah tanda2 saat kematian UMNO sudah hampir tiba.

Ribut yang melanda UMNO pada PRU12 masih bergelora. Ditambah pula dengan taufan PAU yang baru lepas.

Nah, sekarang kesan nya sudah nampak nyata didua buah negeri - Perlis dan Terengganu, tidak mustahil banyah lagi negeri2 yang akan bergelora lagi.

Asiah berkata...

PAS kini telah dipermainkan oleh DAP dan PKR bagi manrik sokongan orang Melayu.

PAS kini telah terpesong perjuangannya. Matlamat hanya untuk menumpang kemenangan PKR dan DAP.

Sedarlah wahai PAS, DAP dan PKR sedang mempergunakan kamu. Perjuangan kamu kini telah tersasar.

Suara Siswa berkata...

Salam,

Sesungguhnya kerana sifat bongkak dan takbur serta pengtingkan matlamat peribadi telah membawa pas kearah kehancuran. Apabila terjadi sesuatu isu kepada BN/UMNO pakatan mula menjadikannya isu politik dan menyerang kerajaan secara Psikologi(perang saraf). Sejak akhir-akhir ini kelihatan KERAPUHAN dalam pakatan. Jelas mereka berkepentingan peribadi dari rakyat.PELUANG INI HARUS DIGUNAKAN Pro kerajaan atau kebenaran bagi menjatuhkan MUNAFIK sebenar yang bertopengkan Islam dan Keadilan.. Sebarkan..


-siswa Islam-