4/04/2009

Melalui Semakan BEM : NIZAR TIADA IR. ?


Apabila ditulis di dalam akhbar pembangkang, apabila disebut di majlis-majlis keramaian anjuran Pakatan, nama Nizar disebut dan ditulis Ir. Nizar Jamaluddin dengan gah dan bangganya.


Namun persoalannya, adakah benar beliau mempunyai gelaran Ir. tersebut? Adakah gelaran Ir. diikhtiraf oleh BEM?

Sila semak nama Nizar di http://www.bem.org.my/v3/professional.html. Buktinya ada di laman web tersebut.

Jika ada nama beliau, baguslah... Tapi jika tiada senarai nama beliau? Anda semaklah sendiri di website seperti yang tertentu.


Dan anda akan tahu siapa sebenarnya yang menipu rakyat. Menipu dengan menggunakan gelaran yang sewajarnya mendapat pengikhtirafan dari BEM.



Calon PAS Bukit Gantang.... Janganlah menipu rakyat. Janganlah memperbodohkan penyokong anda.. Hanya untuk mendapat publisiti politik anda.


Ir. Khalid Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)? Bagaimana pula?

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

assalamu'alaikum .

apa ada pada Ir. apa ada pada Datuk. apa ada pada Tun. apa ada pada Raja. apa ada pada gelaran.

mati esok semua masuk kain kafan 3 lapis, keranda dengan tanah wakaf 2'x6'x6'. nama yg bapa kita bagi kat kitalah sahaja yg akan glamour di dunia akan datang.

we are all equal.

fedup berkata...

Ada benarnya kata itu tetapi jikalau gunakan gelaran tertentu untuk kepentingan dan memperdayakan orang ramai ianya tidak betul.

Jikalau mengada-adakan sesuatu yang bukan hak kita buat apa...adakalanya kena terima hakikat tentang diri kita bukannya seperti kata pepatah menegakkan benang yang basah...

HIDUP BN! HIDUP BN!HIDUP BN!

Tanpa Nama berkata...

betul ke tiada Ir?

BEM tak jumpa.... IEM rasanya jauh sekali nak jumpa...

http://www.iem.org.my/external/IEM2008/OEM/IEM%20Directory%20CDROM/Members/Directory-Members%20pg86-268.pdf

Semak jangan tak semak.....

Tanpa Nama berkata...

klu ckp bodo rasenye lg teruk kot...mgkin bahalol...
len kali cek tul2...ni r keje pemuda umno jahanam...
bukak website ni bodo...
http://www.iem.org.my/external/IEM2008/OEM/IEM%20Directory%20CDROM/Members/Directory-Members%20pg86-268.pdf
cek jgn x cek .....lps dh cek g menyorok muke kat dlm mangkok tandas..haha..
sori r bahase kasar skit...
bahase ni sesuai untuk pmde keris bengkok je...hahaha

Tanpa Nama berkata...

Salam...

Setelah disemak sememangnya Dato' Seri Mohammad Nizar bin Jamaluddin berdaftar dengan BEM sebagai Professinal Engineer (gelaran Ir.) Berikut adalah detail yang diperolehi daripada laman web IEM

MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN (14616)
B.SC.(ASTON IN BIRIMINGHAM) 0012 M 1982 MIEM, P.ENG 004 4/24/1993

Tanpa Nama berkata...

Saya juga telah menyemak di laman web rasmi BEM. Semak pada Professional Engineer Search dan taip nama Nizar. Laman web tersebut akan paparkan senarai nama Nizar. Ada satu nama seperti butiran dibawah:-

DATO' SERI MOHD NIZAR BIN JAMALUDDIN
REGISTRATION NUMBER : 8307
DISIPLIN : MECHANICAL
STATUS : WITHOUT RESTRICTION

Tanpa Nama berkata...

Saya juga telah semak pada laman web Board of Engineers Malaysia. Taip BEM dekat google or yahoo then klik Board of Engineers Malaysia. Then pergi ke bahagian Professional Engineer Search then taip nama Nizar. Laman web tersebut akan paparkan maklumat seperti berikut:-

NAMA : DATO' SERI MOHD NIZAR BIN JAMALUDDIN
REGISTRATION NUMBER : 8307
DISIPLIN: MECHANICAL
STATUS : WITHOUT RESTRICTION

Ini bermakna Dato Seri Ir. Mohammad Nizar bin Jamaluddin adalah Professional Engineer yang berdaftar dengan BEM. Beliau juga layak untuk memegang gelaran Ir.