4/03/2009

Oh 16 September - Tak Jadi PM Keenam, Aku Pilih Ke Tujuh Pulak Lah

Mungkin itu yang bermain di fikiran De Facto PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mempunyai impian dan cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Namun, untuk menjadi PM yang keenam, adalah satu yang mustahil. Maka mungkin selepas ini dia akan memastikan bahawa 'Aku Adalah PM ke 7'. Yang penting, 16 September...


16 September, itu janji beliau pada penyokong-penyokong setianya. Sama ada dia menipu atau tidak, entahlah. 16 September 2008 sudah berlalu. Penyokong-penyokong Anwar siap buat countdown lagi. Bila tiba tarikh tersebut, tiada apa-apa yang berlaku.


Wahai penyokong-penyokong Pakatan, sedarlah... Anwar Ibrahim sebenarnya sedang menggunakan anda semua. Agar anda semua memberontak, menghuru harakan Negara dan bertindak agresif. Itu sahaja cara untuk beliau menjadi PM.


Beliau akan menggunakan pelbagai taktik untuk memanipulasi kita semua. Kerja tetap tak jalan. Hanya tahu mencari kelemahan UMNO tetapi tidak pernah sedar atas kelemahan sendiri. Menjanjikan satu yang tak menjadi kenyataan. Kemudian diberikan alasan.



Kini, idea beliau untuk merampas kerajaan tidak akan dilaksanakan kerana BN Perak telahpun melaksanakannya. Dulu dikatakan strateginya itu halal, demokrasi dan sebagainya. Kini beliau kata ianya salah kerana BN Perak telahpun melaksanakannya.

Cuba bayangkan jika 16 September 2008 berlaku, adakah tindakan Anwar akan dibantah oleh pihak Kerajaan Pakatan Perak? Tidak sesama sekali. Tapi oleh kerana BN yang melaksanakannya, ianya dikatakan salah, perompak, penyangak... Sampai Mufti dan Sultan Perak dihinanya sekali. Dipanggil Anjing. UMNO sendiri tidak pernah menggelarkan Tok Guru mereka sebegitu... Astagfirullah.


Hendak memakan kita, akhirnya memakan diri. Yang menjadi mangsa, penyokong anda sendiri..
Sebab itu penyokong-penyokong Anwar yang dahulunya berjuang untuknya sampai hujung nyawa, kini keluar dari barisan Anwar kerana telah mengetahui strategi buruk beliau. Tapi, dikatakan pula BN membayar mereka. Yelah.. kita je yang salah.. Pemimpin Pakatan maksum, zuhud... bersih dari skandal, korupsi dan rasuah (Eli.. Oh Eli.... Fairus... Oh Fairus)


Anwar, dengarlah kata Uncle kamu, Uncle Karpal Singh... Bertaubatlah.


4 ulasan:

AbgTuah berkata...

Salam Perjuangan jua saya ucapkan pada Para Sahabat semua.

Saya amat berbesar hati dan ucapkan berbanyak terima kasih di atas kesudian Tuan berkunjung ke blog saya dan juga memasukan blog saya di link blog Tuan. Inshallah, saya juga akan masukkan link blog Tuan kedalam blog saya.

Benar, itulah yang kami harapkan iaitu kerjasama diantara Para Blogger UMNO dengan Para Blogger Penyokong UMNO/Kerajaan.

Pada kefahaman kami, perjuangan di alam siber tak kurang juga penting dan kesannya kepada politik tanah air dimasa kini. Oleh itu, pada pandangan saya telah sampai masanya Blogger UMNO dan Blogger Penyokong UMNO berkerjasama, seterusnya bertindak menguasai alam siber bagi menangkis segala tomahan dan fitnah yang dilemparkan kepada UMNO dan Kerajaan. Di samping itu adalah menjadi ihtizam kami menjadi sebahagian dari mekanisma bagi menyalurkan maklumat dan fakta sahih bagi menyedarkan rakyat Malaysia agar memberikan semula sepenuh kepercayaan kepada UMNO/BN dan Kerajaan.

Untuk pengetahuan pihak tuan, saya dan beberapa blogger akan turun ke PRK Bukit Gantang dari 5 hingga 7 hb. Oleh itu sekiranya tiada keberatan dari pihak tuan, besarlah harapan saya sekiranya dapat bertemu dan berbincang dengan wakil UMNO Cawangan Gombak Selatan.

Akhirkata…sampaikan juga Salam Perjuangan saya juga kepada Ketua dan sekelian warga UMNO Cawangan Gombak Selatan.

Sekian, wassalam…

P/s: Email saya: abg_tuah2008@yahoo.com

UMNO Cawangan Gombak Selatan berkata...

terima kasih abg tuah di atas kesudian abg tuah menjadikan kami ini sebahagian keluarga blog abg tuah.

Terlalu banyak cerita dan dakyah serta fitnah yang mereka timbulkan sehingga menimbulkan kekeliruan terhadap rakyat. Dan tidak kurang juga memainkan sentimen perkauman yang dahsyat.

Benar. Sudah tiba masanya kita semua blogger penyokong UMNO/K'jaan mengembeleng usaha kita dan bersatu memberi info yang tepat dan padat kepada rakyat. Biar rakyat tahu siapa mereka sebenarnya. Kami juga berharap agar blogger lain turut sama menjadikan kami UCGS sebahagian keluarga anda.

Salam perkenalan Salam persahabatan

SHAMSURY MOHD SALLEH
KETUA PENERANGAN
UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN

UMNO Cawangan Gombak Selatan berkata...

Maaf. Terlupa pula kami. Insya Allah jika tiada aral kami juga akan ke sana dan mungkin kita boleh berjumpa dan bersantau otak bersama.

fedup berkata...

Entahlah aku pun tak tahu nak cakap apa...asyik menyumpah orang sekarang sumpah makan diri sendiri...sudahlah menyusahkan keluarga sendiri dan orang keliling...kini hendak menimbul fitnah macam-macam lagi.

Masa dalam k'jaan dahulu berbagai dan segala manikam dia dapat...bersyukurlah...cukup eloklah dia di bebaskan dan diberi peluang...

nak nasihat dia lebih pandai tapi hendak cakap juga...PLEASE SIR,ENOUGH IS ENOUGH...YOU ALREADY CREATED MUCH PROBLEMS ALREADY!

memecahbelahkan bangsa dan menyentuh sensitiviti kaum...dia boleh berbangga...inga, tak hairanlah nanti negara tercinta kita ini akan tergadai di tangan kuasa lain...

Awat la cheq oooiiii...