4/23/2009

PAS Dakwa Perpaduan Ala BN Ketinggalan Zaman - PAS BONGKAK DAN TAKBUR

Nampaknya cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan di tarik balik setelah dikritik pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain.

Sudahlah kamu yang mencadangkannya, kamu tarik balik dan dengan lagak dan takburnya kamu mengatakan gabungan UMNO dan BN ketinggalan zaman. Jika macam inilah sikap seoranf Presiden kepada parti yang mempertahankan Islam (sekarang untuk semua), kamu sewajarnya meletak jawatan sebagai Presiden kerana menolak perpaduan di negara ini.

PAS kini sudah tidak boleh bersuara seperti dulu. Terpaksa akur dengan keputusan DAP dan apabila PAS mencadangkan mengenai Perpaduan UMNO - PAS, DAP dan PKR melenting dan mengamuk. Oleh itu, PAS terpaksa akur. Inikah yang didakwa pemimpin Islam yang berani?

Apa salahnya, jika tidak mahukan perpaduan sekalipun, sekurang-kurang berjumpa pemimpin-pemimpin UMNO berbincang serta memberi pendapat tentang Agama Islam. UMNO tidak ada sebarang masalah mengenai perkara itu.

Tetapi PAS takut pada DAP dan PKR yang mendomasi Pakatan Rakyat. Mereka akan memastikan bahawa slogan Negara Islam tidak akan wujud di Malaysia. Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng sanggup berarak semasa Maulidul Rasul sebagai satu daya tarikan kepada orang Islam agar mendengar pandangan beliau.

Pelbagai cara Lim Guan Eng telah lakukan bagi menarik perhatian Melayu dan Islam di Penang. Walhal beliau tidak dapat menerima sebarang bentuk atau undang-undang berkenaan Islam.Jika tidak, beliau tidak akan melenting tatkala PAS menyebut tentang Negara Islam (merujuk sesi Debat Husam Musa - KJ). Jangan mudah terperdaya.

PAS, janganlah kamu begitu bongkak dan bangga dengan gabungan parti-parti yang sedia ada bersama kamu ini. Sikap takbur kamu akan memakan diri. Satu hari nanti, kamu akan dipijak mereka. Kamu sanggup Islam dipijak, perjuangan Melayu dan Islam terpaksa dihadkan, malah disisihkan?

Kita dalam Barisan Nasional akan sentiasa memastikan perpaduan kaum akan sentiasa dipelihara, malah diperkasa. Masyarakat berbilang kaum ini telah disatukan di bawah payung Barisan Nasional tetapi Islam dan Melayu masih lagi dipertahan dan dihormati sebagai dominan.

UMNO sentiasa menerima PAS untuk bekerjasama demi masa depan Bangsa dan Negara. Tetapi jika PAS mengherdik dan menghina kami, dengan mengatakan ia sudah ketinggalah zaman, apakan daya. Ini memang budaya PAS sejak dahulu lagi, memaki hamun.

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mudah. maknanya, ada prinsip umno yang tidak disukai pas. kena kaji la balik apa benda itu.

kita jarang marah diri sendiri. itu sebabnya.

hanya agama yang boleh menyatukan semua bangsa seluruh dunia.agama itu bukan hanya ritual, ianya cara hidup keseluruhannya. agama itu lebih utama dari adat dan budaya.

IslamMurni berkata...

Agama? Kenapa? UMNO tidak mengamalkan Agama Islam ke? Kita tidak pernah mengatakan yang kita sempurna. Tetapi matlamat untuk meningkatkan pembangunan agama itu masih laksanakan. Itu bukan berkaitan agama?

Bangsa adalah Melayu yang kebetulan menganuti agama Islam.

Salahkah berjuang untuk Agama Islam dan bangsa Melayu?

Kita sentiasa mencari kelemahan dan kita berusaha utk memperbetulkannya.

Jika adanya kerjasama bukankah ia melengkapkan penyatuan Agama Islam khasnya dan Bangsa Melayu amnya?
PAS dikatakan lebih rela bekerjasama dengan DAP.

Bukan masalah Agama yang dianuti oleh pemimpin2 DAP. Masalahnya DAP secara terang menolak Islam. Mereka lebih suka mengimbangi agama2 lain sedarjat agama Islam di negara ini.

ITU YANG PAS mahukan?

fedup berkata...

Siapa lagi mereka ingin alihkan perhatian umum jika tidak UMNO jika sudah buat silap.

Tidak habis - habis salahkan orang lain..cubalah pemimpin pakat2 nie muhasabah diri dan rasionalkan pemikiran mereka dan terima apa yang berlaku..kalau sudah buat silap mengaku..habis cerita..

tolonglah sahabat seIslam dengan aku...janganlah menegak benang yang basah kowg lagi..

Haji HADi...ini sudah melebihi HAD nie..melampau sungguh...siapa pun tak kacau kowg..

kalau nak di kajikan UMNO cukup mempertahankan Agama Islam sebagai agama rasmi..cuba kaji isu2 dari PAS dan pakat2 sana..satu cakap nak hudud..tarik balik..macam lagu mari bermain tali bawah pokok bambu lak..satu kata over my dead body..tak mati2 pulak tu..satu lagi kasi api..inilah sekeluarga mereka..

Kenapa perlu mengaitkan UMNO dan BN lagi dalam kancah kemelut kowg..owg selama ini diam tu sudah cukup bagus la..jgn nak over pulak!

teringat akan hadis nabi saw, jika seorang lelaki menuduh seorang lelaki lain itu jahat atau kafir, tuduhan itu akan kembali kepadanya andainya tuduhan itu tidak benar (dari buku shahih bukhari)

TAAVEEKUN PERAK berkata...

Jika betul PAS ikhlas dalam menegakkan syiar Islam atau bertujuan utk menyebarkan Islam, buatlah program2 yg menepati syiar Islam. Jemput mereka2 dlm PR mahupun bukan Islam dan terangkan serta bercakap ttg ciri2 Negara Islam, Hukum Hudud dan beberapa lagi ciri dlm menegakkan syiar Islam.

PAS sering bercakap soal Hukum Hudud & Negara Islam tetapi apa yg selama ini dibuat utk memartabatkan perjuangan mereka?
Biar kita lihat adakah mereka benar2 Ikhlas utk mendekati PAS atau mempergunakan PAS semata2 demi kepentingan politik.

Kembalilah utk bermuzakarah dgn UMNO. Seteruk2 UMNO pada pandangan PAS mereka adalah saudara kamu dan wajib merapatkan persaudaraan sesama Islam. Mulalah merapatkan saf sesama Islam. Adakanlah muzakarah kerana ia dituntut oleh Islam.

Jgnlah biarkan mereka2 yg berckp atas pentas politik menggunakan nama Islam sambil mewarwarkan beberapa petikan sahaja dlm Islam yg menguntungkan puak2 pendokong demokrasi ala Yahudi. Fahamilah mereka, tegurlah mereka.. jgn biar mereka mempersenda Kalam Allah..

Dimana PAS yg kita kenali dahulu yg membela Bangsa, Agama & Negara bilamana kadang2 UMNO tersasar?

Jika pejuang2 PAS masih lagi hidup dimuka bumi ini nescaya berlinangan Air Mata mereka melihat bagaimana perjuangan PAS telah terpesong dr perjuangan asal.

nizamtoha berkata...

Dah nak mampos baru nak perpaduan...cet..

nah! kain kafan

AntiRusuhan berkata...

Nak mampos? Subhanallah.. Begitu kasar sekali nizamtoha dan penyokong2 PAS. Nampak marah sgt tu.

BN bukan pertama kali mengajak PAS bekerjasama. Dan untuk pengetahuan Nizamtoha, Presiden PAS, Hadi Awang yang mencadangkan perkara ini sebelum ini. Bukan UMNO. Siapa yang NAK mampos sebenarnya?

Cadangan Hadi Awang itu mendapat reaksi positif dari kami. Tidak ada sebab untuk UMNO dan BN menolak kerjasama ini.

Tetapi, DAP baru melenting, da tarik balik. Siapa sebenarnya nak mampos? Janganlah nak menafikan perkara ini.

Sedarlah bahawa perjuangan PAS semakin terhakis.

Tanpa Nama berkata...

kenapa selalu salahkan PAS bila orang melayu marah dan tidak sokong kepada UMNO?

Kenapa UMNO tidak salahkan diri sendiri bila gagal dapat sokongan?

Kenapa UMNO masih memilih ketua dan pemimpin dari kalangan yang tiada akhlak, korup,takbur,belagak dan sebagainya?

Kenapa UMNO masih mengainaya anak bangsa sendiri dalam perniagaan,biasiswa dan sebagainya?

kenapa tidak cuba betulkan dan didik ahli2 UMNO,ketua cawangan,ketua bahagian menjadi ketua yang sebebenar ketua?

Kenapa ahli UMNO sendiri menolak UMNO?

Kebenaran berkata...

Soalan : Kenapa selalu salahkan PAS bila orang melayu marah dan tidak sokong kepada UMNO?

Jawapan : Kita tidak salahkan PAS jika berlakunya pergolakan dalam UMNO. UMNO selesaikannya melalui pemilihan UMNO dan Mesyuarat MT.

Kita rasa kecewa dengan PAS krn telah menjadi kambing hitam DAP dan PKR sehinggakan nak perjuangkan Negara Islam pun terkedu2 nak ckp. Baru ckp sikit DAP da melenting.

Lagipun Melayu masih menyokong kita. 73 Parlimen UMNO jika dibandingkan dengan PAS yang hanya memperolehi 23 kerusi parlimen sudah membuktikan bahawa orang Melayu mejoriti masih menyokong UMNO.

Soalan : Kenapa UMNO tidak salahkan diri sendiri bila gagal dapat sokongan?

Jawapan : Kita mengaku kesilapan kita. Sbb itu kami selalu menyarankan agar BN, Bengkit Terus Berjuang. Kita telahpun bermesyuarat melalui MT dan kita tlh mengenalpasti kesilapan kita. Maka kita sedang perkuatkan jentera kita.

Yang kita kecewa dengan sikap PAS adalah sikap bongkak dan takbur dengan kemenangan PR, walhal PAS mendapat jumlah Parlimen minoriti dalam PR.

Isu Nizar yang menjadi kambing hitam DAP sungguh mengkhuatirkan kita kerana ia akan memberi kesan kepada masyarakat Melayu khasnya.

Soalan : Kenapa UMNO masih memilih ketua dan pemimpin dari kalangan yang tiada akhlak, korup,takbur,belagak dan sebagainya?

Jawapan : Kita sentiasa memantau melalui undang2 dan diambil tindakan mahkamah jika bukti kukuh mengatakan bahawa ada pemimpin UMNO yang bersalah.

Tidak seperti PAS dan Pakatan, membela pemimpin yg dituduh melakukan rasuah dan skandal.

Cth : Kes Elizabeth Wong

Kes Fairus, PAS Pulau Pinang
bersimpati dengannya dan
tidak bersetuju dgn tndkn PKR

Kes bekas ADUN Bukit Selambau
di mana beliau disambut dgn
penuh 'syahdu' ketika pulang
dari Luar Negara. Walhal kes
beliau mengenai skandal
senyap.

Soalan : Kenapa UMNO masih menganinaya anak bangsa sendiri dalam perniagaan,biasiswa dan sebagainya?

Jawapan : Menganiaya? pinjaman MARA dan PTPTN telah disediakan. Malah malah mahasiswa yang mendapat keputusan cemerlang akan dianggap BIasiswa. Itu menganiaya ke? Belum lagi kita cakap soal biasiswa dari kerajaan negeri Johor, Terengganu dan negeri2 BN.

Anda seolah2 tidak bersyukur. Hanya mahukan kesenangan tanpa usaha. Nak kesenangan tanpa usaha.

Perniagaan? Kita memberi pelbagai bentuk pinjaman dan biasiswa kepada peniaga IKS dan penternak. Tak cukup lagi. Sampai MCED nyaris2 tersungkur kerana org spt anda yg tidak bersyukur tidak membayar blk pnjaman tersebut.

Soalan : kenapa tidak cuba betulkan dan didik ahli2 UMNO,ketua cawangan,ketua bahagian menjadi ketua yang sebebenar ketua?

Jawapan : Ketua UMNO dan Bahagian telah dihantar ke seminar2 kepimpinan bagi mendidik mereka menjadi seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan berhemah.

Setelah itu kita memantau. Yg melakukan kesilapan kita akan rombak dan Lembaga Displin juga memantau perkara ini.

Tidak seperti PAS yang terlalu yakin dengan pemimpin mereka. Tidak pernah memantau. Jika disiasat, agaknya lebih ramai yg melakukan rasuah. Kate zuhud, tgk rumah2 pemimpin PAS seperti Mohd Appandi, Kamaruddin Jaafar dan yg lain gah bagai Istana.

Soalan : Kenapa ahli UMNO sendiri menolak UMNO?

Jawapan : Itu masalah dalaman parti. Kami tlh selesaikan masalah tersebut.

Spt PAS juga, PAS Selayang tak nak Nasharuddin Mat Isa jadi Timb. Presiden?

PAS KL tak calonkan Hadi Awang sbg Presiden.

Inilah poitik. Pandai cari masalah, pandai selesai. Jangan nk memaki hamun pihak lawan sahaja. Kononnya parti anda kuat. Walhal menumpang kejayaan DAP dan PKR. Tak Malu!

uanmr berkata...

Mengapa pemimpin UMNO yang tahu agama tak nasihatkan Isteri Najib pakai tudung.Kalau pemimpin tak boleh suruh Isteri ikut perintah Allah,apa yang kita nak harapkan dia nak menegakkan Agama Islam di bumi Malaysia ini

Amin berkata...

Sebelum kamu menyuruh orang2 kuat agama dari UMNO menasihati Datin Seri Rosmah, kamu nasihatkan dahulu isteri Ketua PKR Penang agar bertudung.

Jangan sehingga melibatkan isu peribadi seseorang. Berapa ramai lagi isteri pemimipin2 Pakatan yang tidak bertudung? Kamu suruh org2 kuat agama dari Pakatan agar menyarankan mereka bertudung.

Isu tudung... Itu hak masing2. Kita sekadar nasihat. Bagaimana kamu tau penasihat2 UMNO tidak nasihat ahli UMNO bertudung? Nak tulis kat muka dpn utusan ke? Ke harakah? Adalah cara nak menegur... Jgn sehingga memalukan orang seperti ini. Tegur secara berhemah.

Tak seperti PAS, tegur sehingga mengaibkan pemimpin2 kami. Inikah pendekatan Islam?

'Jangan lupa ye tlg tegur isteri Pengerusi PKR Penang agar bertudung. Sibuk jaga bini orang'

UMNO Cawangan Batu 5 berkata...

salam persaudaraan dari umno caw batu5 - p044