4/17/2009

SAYA TIDAK PENTINGKAN PROTOKOL - Menteri Wilayah Persekutuan

Mengakui tugasnya di Kementerian Wilayah Persekutuan itu agak sukar kerana kebanyakan kawasan di Kuala Lumpur diwakili pembangkang, Datuk Raja Nong Chik berkata kerjasama antara kedua - duanya penting bagi memastikan rakyat mendapat manfaat yang sepatutnya. Beliau juga berharap pihak pembangkang tidak hanya mengkritik kosong sebaliknya turut berkerjasama menjalankan kerja - kerja pembangunan.



"Cara pentadbiran saya amat mudah.Saya tidak pentingkan protokol tetapi saya amat tegas. Yang penting kami perlu mendekati rakyat" Begitulah reaksi pertama Menteri Wilayah Persekutuan yang baru Senator Datuk Raja Nong Chik selepas memulakan tugas rasminya di Kementerian Wilayah.

Perlantikan Raja Nong Chik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan memberi kejutan kepada pelbagai pihak termasuk kepada 10 Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur. Rata - rata ramai tidak mengenali beliau.


Raja Nong Chik yang akan bertanggungjawab memastikan pembangunan Kuala Lumpur , Putrajaya dan Labuan, sepertimana diakuinya, beliau bakal berdepan dengan serangan dari 10 Ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat di Kuala Lumpur.


Datuk Seri Zulhasnan Rafique merupakan wakil tunggal BN yang menang di Kuala Lumpur. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Putrajaya dan Datuk Yusuff Mahal di Labuan.


Diharap Raja Nong Chik dapat memilih pasukanya yang mantap dan bermutu tinggi termasuk Setiausaha Politiknya , Pegawai Khasnya dan juga pegawai - pegawai lain untuk menangani segala permasalahan di Kuala Lumpur , Putrajaya dan Labuan termasuk masalah tanah T.O.L dan Tanah Rezab Melayu yang seringkali tidak dapat diselesaikan walaupun telah berbincang dengan DBKL. Selain itu, serangan dari Pakatan Pembangkang juga harus dijawab dan ditangani dengan penuh telus.

Insyaallah, Semoga pembaharuan dan transformasi dapat dilaksanakan. Selamat bertugas, Datuk Raja Nong Chik.


Tiada ulasan: