4/16/2009

SUMPAH RAKYAT TIDAK DIKOTAKAN - Fairus Letak Jawatan ADUN Penanti

Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Fairus Khairuddin umum beliau letak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Penanti berkuatkuasa hari ini.


Beliau yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kes sebuah kuari buat pengumuman itu menerusi satu kenyataan. Katanya beliau buat keputusan itu demi kepentingan PKR.

Penanti terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh yang merupakan kubu kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semasa pilihanraya umum Mac 2008 lalu Fairus tewaskan calon BN Datuk Jalil Majid dengan majoriti 2,219. Fairus dapat 7,346 dan Jalil 5,127. Jumlah pengundi kawasan itu ialah 15,421.

Lagi Laporan Menyusul....

Tiada ulasan: