4/03/2009

Siapa sebenarnya bagi maklumat palsu - UTUSAN atau SUARA KEADILAN?

Gambar di atas merupakan maklumat palsu yang diberikan oleh Suara Keadilan online, sebuah akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR). Tajuk utama yang diberikan adalah 'Majlis Angkat Sumpah Najib Sebagai PM Dibatalkan.


Habis tu, yang mengangkat sumpah hari ini siapa? Anwar? Gambar ini gambar siapa? Hadi Awang? Dulu mereka mengatakan akhbar Utusan Malaysia akhbar penipu, akhbar fitnah, boikot, musnahkan Utusan. Sekarang, siapa sebenarnya yang bagi maklumat palsu...

Sebab itu pihak Kerajaan menggantung permit Suara Keadilan dan Harakah. Mereka memberi maklumat palsu yang boleh mencetuskan rasa panik di kalangan pembaca. Tapi, dikatakan pula kerajaan zalim, tak demokrasi dan gila.


Wahai Pakatan, anda mungkin boleh mempermain dan memperbodohkan pemikiran penyokong-penyokong anda. Tapi kami tidak akan putus asa.

Buat penyokong Pakatan, jangan mudah terperdaya dengan hasutan pemimpin Pakatan. Mereka sebenarnya hanya mempergunakan anda untuk kepentingan mereka. Buktinya?

BERSAMBUNG.....


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nampak sangat diorang ni terdesak..

suria berkata...

Huru-hara kalau diowg nie di beri peluang lagi...menipu jer keje diowg nie...

buat2lah bertaubat...(uncle diowg yg suwuhkan)...meluat aku weh!

Kowg kat luar sana bukak mata kowg la! dah terang2 menipu masih laginak sokong ker! keje bodoh namanya tu!...