Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak akan bertanding di DUN Penanti kerana menganggap pilihanraya kecil kawasan itu tidak berasaskan kepada kehendak perlembagaan dan hanya mainan politik pembangkang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika mengumumkan pendirian BN itu berkata, pilihan raya kecil DUN Penanti diadakan hanya kerana Parti Keadilan Rakyat (PKR) hendak menyelesaikan masalah dalaman mereka sahaja.
“Dewan Tertinggi bincang dengan panjang lebar tentang pilihan raya kecil DUN Penanti. Dewan Tertinggi mengambil keputusan oleh kerana kekosongan ini bukan disebabkan oleh peruntukan dalam perlembagaan tetapi sebab PKR nak selesai masalah dalaman mereka dan oleh kerana ini juga merupakan satu permainan politik pembangkang.
“Ia tidak kena mengena dengan peruntukan perlembagaan dan oleh kerana BN lebih utamakan khidmat kepada rakyat dan usaha pulihkan ekonomi negara maka kita memutuskan supaya tidak meletakkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan masyuarat Dewan Tertinggi BN di PWTC, petang Isnin.
Menurut Najib, keputusan yang dicapai itu dibuat secara sebulat suara oleh Dewan Tertinggi BN.
“Kita tak menari ikut rentak orang lain,. Ini satu permainan politik. Kita tidak mahu terjerumus dalam permainan parti politik pembangkang. Sebab kalau kita ikut lepas ini mereka akan buat di kawasan lain pula,” tegasnya sambil menambah permainan politik pembangkang itu hanya akan menyusahkan rakyat.
Pada sidang media itu, Najib juga mengumumkan pengwujudan jawatan Ketua Penyelaras BN yang disandang oleh Timbalan Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek.
BN juga memutuskan untuk mewujudkan jawatan Ketua Penerangan BN dan penyandangnya akan diumumkan pada mesyuarat Dewan Tertinggi BN akan datang.
Selain itu, Dewan Tertinggi BN bersetuju mewujudkan Puteri BN dan Ketua Puteri akan dijemput menghadiri mesyuarat Dewan Tertinggi BN.
Najib turut mengumumkan perlantikan Pengerusi BN Negeri-Negeri.
Perlis – Datuk Dr. Md Isa Sabu
Kedah – Datuk Seri Shafie Apdal
Pulau Pinang – Tan Sri Koh Tsu Koon
Kelantan – Datuk Mustapha Mohamad
Terengganu – datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein
Pahang – Datuk Seri Adnan Yaakob
Selangor – Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak
Wilayah Persekutuan – Tan Sri Muhyiddin Yassin
Negeri Sembilan – Datuk Seri Utama Mohamad Hassan
Melaka – Datuk Seri Ali Rustam
Johor – Datuk Abdul Ghani Othman
Sarawak – Pehin Seri Taib Mahmud
Sabah – Datuk Seri Panglima Musa Aman
2 ulasan:
Rasanya DSN buat satu tindakan yang bijak. Rakyat di dahulukan itu yang di janjikan itu yang di buat. Takkan nak habiskan duit jer kat PRK yang di kecohkan oleh pembangkang..
Betul kata DSN ianya masalah dalaman PR biar diowg setelkan.Tapi macam biasa penyokong PR mulalah cakap BN takda telo la tak beranilah..apa2 lagilah..itu bisalahkan..kita terima dan kita redha..tapi kalau owg dah kasi muka utk kowg setelkan masalah kowg dan BN serta UMNO di kaitkan mmg betul2 tak kenang budi namanya..
padan muka anwar habis duit buat preparation nak lawan BN.salam dari kami.
www.umnobktampg.net , www.umnobktampg.blogspot.com
Catat Ulasan