5/26/2009

KOMUNIS... KOMUNIS... KOMUNIS - KENAPA TIMBUL SEMULA ISU PKM NI?

Kebelakangan ini sering kali berlakunya pergelutan beberapa pihak mengenai isu komunis ini. Ianya bermula dengan desakan beberapa pihak agar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng agar diterima semula untuk bermastautin di Malaysia.

Apa keperluan orang seperti ini diberi kebenaran untuk bermastautin di Malaysia? Penting sangatkah orang ini untuk menjadi warganegara Malaysia semula? Kenapa isu komunis ini timbul kembali?

Diberi sebab kemanusiaan Chin Peng wajar kembali ke Malaysia? Kemanusiaan apa ini? Apakah manusia ini dahulunya seorang yang berperikemanusiaan.? Butakah orang yang memberi cadangan sebegini rupa?

Seperti yang dinyatakan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib, janganlah meminta-minta perkara yang melampau. Pemimpin BN harus duduk semeja berbincang bagaimana isu ini timbul kembali. Agar kurang jelas dan selesa apabila isu komunis ini timbul kembali.

Malaysia sebuah Negara yang aman dengan kepadatan penduduk Melayu, Cina dan India secara amnya. Jangan pula isu komunis ini memberi kesan terhadap keselamatan dan kemakmuran Negara.

Jangan dibiarkan isu Komunis ini berlarutan. Kelak akan menaikkan kemarahan rakyat dan akan menimbulkan rasa keliru anak-anak muda mengenai Sejarah Hitam Komunis di bumi kita.



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alahai...kekadang isu yg remeh temeh macam ni membuatkan kita bertindak berciri ciri lebih komunis dari yg komunis.

Tuan hidup tahun bila? Komunis dah takde tapi ciri dia ada hatta dalam negara demokrasi sekalipun.

Dia nak balik ikut dia la...dan ada juga Melayu yg komunis. La ni org dah boleh fikir mana elok dan baik.

Tak perlu ugut ugut. Itu komunis punya stail.

Jerebu

WARIS PAHANG berkata...

Kata Tanpa Nama : Dia nak balik ikut dia la...

Aik makin ramai yang simpati kat komunis ni. Berapa Komunis bayar upah kat kamu sampai sanggup sokong komunis yang telah bunuh ramai orang Melayu

Tanpa Nama berkata...

SALAM ZIARAH
SEJAK TEOH HOCK NAN MENIMBULKAN ISU SENSITIF INI RAMAI PIHAK YANG TAK BERSETUJU DGN SARANAN BELIAU TERUTAMA MEREKA2 YANG MASIH HIDUP DI ERA ZAMAN ITU. TAPI MEREKA JUGA LUPA GENERASI SELEPAS ITU JUGA MASIH MENGINGATI PERISTIWA MELALUI PENGALAMAN DATUK MEREKA DAN DARI BUKU2 SEJARAH. SEHARUSNYA GENERASI SEKARANG PERLU DI DEDAHKAN DENGAN FAKTA2 SEJARAH LALU KERANA HANYA MELALUI SEJARAH LAH MAKA TERBENTUKNYA SEBUAH NEGARA YG BERDAULAT. DIHARAP SELEPAS INI TIADA LAGI SUARA2 SUMBANG YG MENGKEHENDAKI CHIN PENG AGAR DIBENARKAN PULANG DITIMBULKAN SEMULA

fedup berkata...

ada juga pihak yang ingin menangguk di air keruh plak..apa hal nie..tak cukup Hindraf nak tambah hal Chin Peng..

kalu si chin peng tu aku pun tak setuju dia balik..pengkhianat negara..dulu masa k'jaan offer utk kembali pakat jual mahal..skank bila owg dah tawar hati tanggung la..

Tanpa Nama berkata...

KENAPA GERAKAN MENIMBULKAN ISU CHIN PENG PADA WAKTU SEKARANG IAITU SEMASA PILIHANRAYA KECIL PENANTI SEDANG DIJALANKAN? PADA HEMAT SAYA GERAKAN ADALAH TALI BARUT DAP DALAM BN. TUJUAN UTAMA ADALAH UNTUK MENGALIHKAN PENGUNDI CINA MENGUNDI PKR@DAP DI DUN PENANTI? ADA LOGIK TAK? SEKARANG SEMANGAT KOMUNIS TERDAPAT DIDALAM KEBANYAKAN KAUM CINA DI MALAYSIA INI. MEREKA TIDAK LAGI BERJUANG DI DALAM HUTAN TETAPI BERJUANG SERENTAK DAP DILUAR KERAJAAN, GERAKAN & MACA DIDALAM KERAJAAN BN. HANYA ORANG MELAYU PAS DAN PKR SAJA YANG MASIH BUTA HATI ATAU TELAH DITUTUPKAN HATI MEREKA MELIHAT KENYATAAN.

Mohammad Roslan berkata...

Salam,
Pokok tak bergoyong kalau tak ada angin.Kenapa baru sibuk pasal Chin Peng...!!! ha..ha..depa pandai orang melayu bodoh ke?.ha..ha..Tahniah kerajaan buat keputusan yang betul...tak perlu cerita ini dibangkitkan!.Ini menjadi pengajaran kepada pemimpin Hindraf pulak....he..he..!