5/01/2009

Nasihat Dewan Ulama' PAS Dipandang Rendah - PENGARAH P'RAYA PAS KELANTAN HENTAM ULAMA' PAS

Nasihat Dewan Ulama' PAS yang mahu pemimpin PAS menghentikan 'perang' politik PAS secara terbuka dipandang sebelah mata apabila Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun membidas sesetengah pemimpin ulama yang tidak memahami konsep sebenar kepimpinan ulama bagi mewujudkan barisan kepimpinan yang mantap.

Beliau, juga ADUN Bukit Tuku, diminta mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamad Daud yang mencadangkan jawatan presiden dan timbalan presiden diberi kepada ulama bagi memastikan kesinambungan masa depan parti.

"Saya bimbang jika konsep kepimpinan ulama ini tidak difahami, sesetengah ahli PAS mahu PAS hanya dimonopoli oleh golongan ulama dan merendahkan golongan profesional," Abdul Fatah dipetik berkata hari ini.

"Sebab kalau orang nombor satu ada tugasan lain, seperti cuti, sakit dan sebagainya, tugasnya mesti diambil oleh orang nombor dua, walaupun dari golongan profesional," Mohamad dilaporkan berkata.

Beberapa tokoh PAS yang bukan daripada golongan ulama kini disebut-sebut berminat mencabar penyandangnya Nasharuddin Mat Isa. Nama-nama yang dicalonkan itu termasuklah dua naib presidennya Datuk Husam Musa, Mohamad Sabu dan pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali.


Nampaknya pemimpin PAS kini telah berani mengkritik dan membidas Dewan Ulama yang menjadi kebanggaan PAS dan telah diangkat sebagai Ulama sebenar dalam perjuangan Islam. Kiranya segala pandangan dan keputusan Dewan Ulama adalah benar dan dipersetujui orang ramai. Ulama yang diikhtiraf kerajaan dikatakan sebagai 'Ular Dalam Semak'.

Sekarang, kenapa mereka kini berani mengkritik dan mengherdik Ulama dari kalangan mereka. Dahulu, apabila UMNO menegur golongan Ulama dari kalangan PAS, dimaki hamun UMNO sebagai munafik, perlu bertaubat dan sebagainya.

Sekarang? Apakah Dewan Ulama PAS ini bukan lagi golongan yang dikhtiraf? Siapa yang tidak mengikhtiraf Ulama' PAS sebenarnya, sehinggakan PAS sanggup membidas mereka secara terbuka di media-media dan merendah-rendahkan kuasa dan pengikhtirafan mereka?

Tepuk dada, Tanya Allah. Eloklah kamu mendengar pandangan dan pendapat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz agar berbincang dengan UMNO untuk membuat kerajaan perpaduan. Insyaallah, UMNO dapat memberi kerjasama yang baik. Tetapi ianya tidak diendahkan oleh golongan-golongan seperti yang dikatakan anakanda Datuk Nik Aziz iaitu Nik Abduh sebagai 'Kerja-Kerja Bodoh dalam PAS'. Cakap-cakap golongan yang dikhtifar Ulama dalam PAS tidak lagi diehdahkan mereka. Mungkin mereka lebih mendengar nasihat Anwar Ibrahim.



5 ulasan:

Kerja Kosong Kerajaan berkata...

ko nie x dapat nk beza ker.........sajer jer nie...dasar pencacai umno........

saya berkata...

Harap admin letak kata2 yg saya petik dr buku " UMNO dan Malayan Union " dan buku " Onn Ja'afar:Pejuang Terbilang,Pengasas Sebuah Negara Bangsa " keluaran MPH Publishing.Boleh beli kat kedai buku MPH dan Popular.


" Melayu hanya boleh selamat apabila kuat dan kuat apabila bersatu padu "

" Timbangan neraca nasib bangsa kita adalah di dalam genggaman orang Melayu pada hari ini "


Moga dpt menyemarakkan jati diri bangsa kita..

fedup berkata...

lama fedup tak masuk blog nie..tersibuk sikit..

waaahhh...abuuuuu.. mulut tak insurans dunia akhirat..nk mencacaikan owg tolong gie nasihat pencelet2 jamban pemimpin sana..sapa dia nak menentukan halatuju PAS..dia siapa..diakah dari dahulu memperjuangankan PAS..jadi dia tahu apa yang terbaik untuk PAS..aku kesian dengan penyokong dan ahli PAS..sebenarnya apakah perjuangan PAS..

kalau mika2 sume datang memprovaksi hal rumahtangga UMNO ker BN ker k'jaan ker..takpe sampai pergi luar negara menceritakan kisah luar dalam kain owg..bangga lak tu..

sekarang..the table is turn to you guys..terimalah!..inikan ploitik..macam pemimpin2 kowg cakap..dalam politik semuanya boleh berlaku dan adakalanya boleh di halalkan..

kalau dewan ulama PAS sudah tidak di hormati apa yang hendak di katakan lagi..itu kowg kena terima kenyataan..jgnlah nak cakap UMNO lagi..ianya keluar dari pemimpin2 PAS sendiri la..bukan UMNO atau BN..cubalah guna otak..bukan otak kepala lutut..

setuju sangat dengan SAYA..banyakkan lagi kata2 petikan dari pemimpin yang terdahulu bagi membakar dan menaikkan semangat juang kita..

abu..menang jadi arang kalah jadi abu..kao lak..tetap jadi abu..menang atau kalah..

Tanpa Nama berkata...

MEREKA SEBENARNYA SUDAH KETANDUSAN PEMIMPIN. GOLOGAN ULAMA SEMAKIN BERKURANGAN MANAKALA GOLONGAN PROFESIONAL YANG LEBIH LIBERAL SDG MENGAMBIL TEMPAT. APA YG DI BIMBANGI PUCUK PIMPINAN PAS SELAMA INI SUDAH TERBUKTI.

PERPECAHAN TELAH MEMBUKA LALUAN KPD PUAK ERDOGAN DGN MERANCANG 'MENGHAKIS' KEDUDUKAN ULAMA TULEN DARI HIERARKI TERTINGGI KEPIMPINAN PAS. DAN KITA TAHU SIAPA DIMAKSUDKAN MELAINKAN TGNA DAN TGHH. APA YG BOLEH DI HARAPKAN DPD USTAZ NASHA DLM MEMPERTAHANKAN JAWATAN BELIAU DARI DI GANGGU GUGAT OLEH HUSAM? HANYA MEREKA2 YG MASIH MEMPERCAYAI PERJUANGAN ASAL SAJE YG DPT MENIDAKKAN KEMARAAN HUSAM!

LANTAS MAMPUKAH PEJUANG2 TULEN DLM PAS MENTERJEMAHKAN KETIDAKPUASAN MEREKA DLM PEMILIHAN AKAN DTG? DI WAKTU INILAH TGNA DAN TGHH MEMERLUKAN KEKUATAN DAN SOKONGAN DR MEREKA2 YG PERCAYA KPD PERJUANGAN ASAL SEBELUM PECAH MEMBAWA REBAH..

fedup berkata...

sesekali Jefry keluar ayat dia..ambooii nak meleleh air mata ku..

apa2 pon kita lihatlah apa yang berlaku pada PAS..tumbangkah Dewan Ulama atau dapat bertahan..

syok gak nengok diowg nie macam nie..

salah satu pihak kena panggil ghostbuster halau puaka lagi satu..hehe