
Semasa PRU 12, beliau juga yang mahu bertanding di kawasan tersebut walaupun berada di tahanan. Kononnya mahu menunjukkan kuasa rakyat. Sudah tahu kamu berada di tahanan, kenapa tidak memikirkan masa depan rakyat Kota Alam Shah sebelum membuat keputusan bertanding? Apa semua ini?

Pakatan Rakyat nampaknya sudah melampau. Anda bukan mahu membuktikan kuasa rakyat. Anda sebenarnya sedang mempermain minda dan kuasa rakyat.
Beliau juga memberikan alasan kononnya dia menyedari tekanan yang dihadapi oleh isterinya yang terpaksa menunaikan tanggungjawab beliau. Inilah akibatnya apabila seorang tahanan diangkat sebagai pemimpin.

PAS sewajarnya menegur perbuatan ini. Bukan mengikut telunjuk Anwar Ibrahim yang hanya melakukan semua ini untuk kepentingan beliau. Tapi mungkin PAS tidak berani kerana selama ini pun nasihat dan pandangan dari PAS bukan sahaja tidak diambil kira, malah dipandang sinis DAP dan PKR.
Sedarlah rakyat Malaysia. Ini semua mainan politik. Hancurkan budaya ini.
2 ulasan:
dah x leh nk buat keje.... so kena laa letak jawatan......
masalah sama juga yang berlaku..nak buat pilihanraya lagi..hendak membazirkan duit rakyat yang sepatutnya untuk pembangunan..
semasa PRU semua emosi..yang dalam tahanan di suruh bertanding tanpa mengira akan natijahnya..sekarangkan sudah menyusahkan orang..
betul2 membosankan dan menyusahkanlah..ada yang ingin melihat agar pembangunan untuk rakyat terbantut..inilah orangnya..sudahlah menyusahkan orang keliling, bini sendiri kena buat keje dia..
lagi satu taktik PR..kenkawan seperjuangan..bangun dan lihat serta bukak minda kita..inilah yang di katakan perjuangan seorang yang pengecut!..bagaikan lagak ayam jantan, kuat berkokok tetapi ekor bergelumang tahi!..sudah tahu diri itu tidak berupaya bekerja untuk rakyat, duduklah diam2..
terfikir gak kat benak nie..inikah yang di katakan amanah..
Catat Ulasan