5/04/2009

Isu Penanti : TIMB. PESURUHJAYA PAS PENANG PULA HENTAM PKR

Ini bukan orang UMNO,MCA,MIC,Gerakan atau PPP yang cakap tetapi suara dari Timbalan Pesuruhjayanya, PAS Pulau Pinang Dr Mujahid Yusof Rawa sendiri.

Katanya kepada para wartawan lepas satu majlis di Kepala Batas menghentam PKR bahawa peletakkan jawatan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti dilakukan secara mengejut dan tanpa alasan kukuh.


Menurut Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar pakatan PKR-DAP-PAS wajib mengambil kira suara akar umbi yang tidak berpuas hati terhadap trend peletakan jawatan yang dikhuatiri menjadi suatu budaya politik tidak sihat di kalangan wakil rakyat.

Serentak dengan itu beliau meminta pucuk pimpinan PAS mengkaji semula perjanjian antara parti pakatan berhubung keputusan memperuntukan kerusi DUN Penanti ditandingi calon PKR.


Katanya desakan untuk PAS meletakkan calon pada pilihan raya kecil Penanti pada 31 Mei ini semata-mata memelihara amalan demokrasi yang sihat.


"Keputusan PAS negeri bukan dibuat untuk jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 yang dijanjikan oleh kerajaan negeri sebaliknya bertujuan mengubah persepsi buruk rakyat terhadap kerajaan pakatan PKR-DAP-Pas," katanya.


Kerusi DUN Penanti kosong berikutan Mohammad Fairus meletak jawatan ADUN pada 16 April lalu atas alasan mahu menyambung pelajaran.


Pada 28 April lalu, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Dr Mansor Othman sebagai calon parti untuk bertanding di Penanti.

Namun dalam perkembangan berkaitan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bercakap kepada para wartawan di ibupejabat PKR di Petaling Jaya mengulangi lagi pendirian parti itu untuk menyokong Mansor bertanding Penanti.

Menurutnya keputusan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor antaranya, PKR telah bertanding di kawasan itu pada pilihan raya umum (PRU) 8 Mac tahun lepas dan telah memenanginya.

"Kita telah buat keputusan bahawa PKR yang bertanding di Penanti. Ini keputusan yang telah kita muktamadkan kerana parti ini (PKR) yang menjadi calon pada PRU yang lalu.

"Tak perlu dipertikaikan lagi. Mereka lebih wajar untuk bertanding...itu tempat mereka yang kita sahkan. Kita juga telah mengarahkan jentera parti di peringkat perhubungan negeri dan kawasan supaya memberi sokongan penuh kepada calon Keadilan," katanya .

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian PAS mengenai cadangan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang Mohd Hafiz Mohd Nordin yang mahukan calon daripada parti itu bertanding di DUN Penanti 31 Mei ini.

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pigidah , umno jagalah parti anda yang sedang mereput tu, tak payah nak cucuk jarum sana sini!

Anak Wangsa Maju berkata...

Kami dari UMNO akan sentiasa memperbaiki kelemahan yang sedia ada.

Bukan seperti PR,sentiasa merasakan komponen mereka amat kuat. Tidak pernah mengakui kesilapan sendiri.

fedup berkata...

kami tak main jarum2 macam kowg..asyik nak cari slah orang jer..asyik nyelak kain owg jer..

takdak nama..yang bagi stetmen tu dari mulut sape..mulut owg UMNO kaa..mulut owg BN kaaa..dah aih..dari mulut mamu PAS Penang..jadi awat cheq dok panas pungkok pulak..patut cheq habaq mai pada kami buleh selesai ka tak buleh selesai..nie awat dok tabuh owg lagi nie..dah takdak nama..awat pendatang kaa..

kalu UMNO hang dok kata mereput..hangpa sepatutnya dah luput..nak gabung tapi duk berjuang sendiri2..where got road..pi balik kampung tanam jagung..

Kalau mengakui kesilapan awal2 kan tak kecoh benda nie..ini bagaikan retak menanti belah..harapka sokong, sokong kowg bawak rebah..

apa nak buat nasib badan..

Komenlah tentang isu ini kan lebih sihat..ngok betul Tanpa Bernama..pendatang ke apa dia nie..tanpa bernama..cehhh..pigi pigi (omputeh kata piggy tu khinzir..ehemm)

Anak Lenggong berkata...

Alaaa setakat menyalak nak popular buat pee..tapi bila sampai masa ikut jadik boneka Nuar..pieerahhh..cakap tak supe bikin..setakat jadik pak angguk serupa burung belatuk boleh laa..

Sejati berkata...

saya link awak ye.

Hoi tanpa nama.
Kenapa bg komen tak letak nama? ni ke tradisi PR? baling batu sembunyi tgn? Atau mmg takut nak berdebat?
sudahlah..pegilah PR melingkup..lebih2 lagi Anwar tu. Tu bkn le caya tu. Silap2 menara petronas nak di jualnya kat cina.

Tanpa Nama berkata...

SELAMA INI AHLI2 PKR LEBIH TAKSUB KPD ANWAR DR MEMIKIRKAN HAL2 RAKAN2 PAKATAN YG LAIN. INI KERANA MSLH DALAMAN PKR SENDIRI YG DI LIHAT SEMAKIN PARAH DAN SOKONGAN YG BERKURANGAN. ANWAR KINI SEMAKIN SIBUK MENJAGA 'ORG2'NYA DI DALAM PAS TP SUARA2 RUNGUTAN AKAR UMBI TAK DIPEDULIKAN LANGSUNG. INI MENYEBABKAN RAKAN2 PAKATAN SENDIRI YG BIMBANG KERANA REKOD BURUK (MORAL) PKR SEBELUM INI. MELIHAT KPD KES MANOHARAN DI SELANGOR BAKAL MENYUSUL, PAS NEGERI DILIHAT HILANG SABAR DGN GELAGAT PKR YG BERMATIAN2 MEMPERTAHANKAN KERUSI PENANTI. MAKA X HAIRANLAH PAS NEGERI CUBA BERADU NASIB UTK MELETAKAN CALON MEREKA DI PENANTI TP DI BANTAH OLEH TGNA..DAN PKR AKAN TERUS BERMAIN POLITIK JALANAN SELAGI RAKYAT MASIH BOLEH MENERIMA

fedup berkata...

biasalah sejati..

jenis takdak idung..biasa la tu..

idung takdak bukan apa..kena selesema ...sori takdak nama..influenza A..nasib baik k'jaan ada belas nukar nama ke Influenza A..kesian gak kat kowg kalu tak..pepaham jer la..

sejati berkata...

Sebarkan2 salinan artikel di blog saya utk tujuan melawan parasit2 yg tgh dok kempen pembangkang tu. Mereka nampaknya attack melalui hal2 (topik2) seni dan kebudayaan. Mereka boleh merosak generasi muda kita.

Buktikan bahawa kita adalah pejuang budaya bangsa yg sejati.