
"Kita tidak akan izinkan orang kita bertanding atas tiket bebas melawan parti komponen," Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dipetik berkata selepas perjumpaan tertutup dengan kepimpinan PAS Pulau Pinang di Butterworth malam tadi.


Beliau juga telah memberi jaminan kepada De Facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa PAS tidak akan meletakkan calon di DUN Penanti.

Nampaknya PAS Pusat kini terikat dengan desakan daripada De Facto PKR, Anwar Ibrahim. Apa yang disuarakan dari PAS Pulau Pinang adalah benar. Fairus tidak sewajarnya meletakkan jawatan dari DUN tanpa sebab yang munasabah.
Namun seperti yang diperkatakan sebelum ini, PAS Pusat gentar dan terpaksa beralah dengan PKR dan DAP. Di manakah hak PAS dalam hal ini? Bagaimana PAS mahu meneruskan perjuangan mereka? Atau perjuangan mereka akan dirombak jika kumpulan Erdogan menang dalam pemilihan PAS Jun ini?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan