5/05/2009

PAS Penang Hentam Anwar Ibrahim - "ANWAR BERLAGAK MACAM ORANG BESAR"


"Pakatan Rakyat tidak boleh pergi (bertahan) lama kalau bergantung ikut cara dia (Anwar), ikut kehendak dia," katanya.

Sikap De Facto PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dahulu kononnya dikenali sebagai pemimpin berjiwa rakyat dihentam PAS Pulau Pinang.

PAS Pulau Pinang marah dan kecewa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak berunding dengan pemimpin parti itu dan DAP sebelum PKR mengumumkan kekosongan DUN Penanti, kata seorang pemimpin PAS Pulau Pinang.

PAS juga mendakwa mereka kesal dengan tindakan ketua pembangkang itu yang berlagak seperti "orang besar" dalam Pakatan Rakyat yang "tidak menghormati" pemimpin parti-parti lain.


"Beliau selalunya bercakap tentang (pentingnya) Pakatan Rakyat, (tetapi) contoh terbaru, isu Fairus letak jawatan (diputuskan) tanpa berbincang dengan DAP dan PAS pusat," kata pemimpin itu yang enggan dikenali.

"Tak berbincang. Dia buat macam orang besar dalam Pakatan. Tak hormat (rakan Pakatan yang lain)."

Menurut sumber itu, tindakan sebelah pihak Anwar itu boleh menggugat kesatuan gabungan pembangkang di Pulau Pinang kerana memaksa PAS dan DAP "mengikut caranya."

Tindakan penasihat PKR yang tidak berbincang tentang peletakan Mohamad Fairus tanpa memikirkan kesan kepada Pakatan khususnya menyebabkan akar umbi kecewa dengan situasi tersebut.

"Pengundi dan ahli akar umbi PAS dan PKR kecewa," katanya.

Tambah sumber, beliau dimaklumkan kemungkinan penyokong PAS dan PKR di Penanti tidak akan keluar mengundi sekiranya PKR meletakkan calonnya Mansor Othman dalam pilihanraya kecil itu, 31 Mei ini.

Berdasarkan maklum balas akar umbi parti itu, pemimpin tersebut berasa bimbang dengan situasi itu, kemungkinan calon Pakatan Rakyat kalah.

Beliau juga mendengar rungutan daripada perayu-perayu undi di kalangan Dewan Muslimat yang menghadapi masalah untuk meyakinkan pengundi setelah menguar-uarkan Mohamad Fairus – calon muka baru – boleh berkhidmat untuk mereka dalam pilihanraya umum tahun lalu.

"(Muslimat memberitahunya:) Apa lagi yang kami nak cakap, (dulu) kata Fairus boleh buat kerja, tiba-tiba letak jawatan sebab tidak berprestasi, jadi macam nak yakinkan pengundi (sekali lagi)?" katanya.

Kemarahan mereka itu diterjemahkan antaranya dengan kenyataan Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang minta isu pengunduran Mohammad Fairus Khairuddin ditanyakan sendiri kepada Anwar, kata sumber lagi.

Selain kelambatan Anwar mengumumkan pengganti jawatan timbalan satu ketua menteri yang ditinggalkan Mohammad Fairus, pemimpin DAP itu juga tidak senang apabila tidak dimaklumkan tentang langkah mengosongkan jawatan tersebut.

Susulan itu, dalam mesyuarat agung kawasannya, PAS Permatang Pauh sebulat suara memintan pucuk pimpinannya meletakkan calon dalam pilihanraya kecil itu.


Ketua Pemuda PAS negeri waktu itu Mohamed Hafiz Nordin kemudian turut membuat desakan yang sama. Desakan itu disusuli dengan Timbalan Pesuruhjaya PAS Mujahid Yusof Rawa.

Muktamar Dewan Pemuda Pulau Pinang, Ahad lalu, turut memutuskan sebulat suara daripada kira-kira 100 perwakilan agar PAS meletakkan calon dalam pilihanraya kecil tersebut.

"Perhubungan (PAS) negeri pun berpandangan yang sama," kata sumber.

Memang benar jangkaan UMNO, PAS tidak akan dihormati lagi jika berterusan bersama Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim. Anwar akan pijak PAS setelah beliau mendapat apa yang diinginkan.

Anwar Ibrahim hanya mahu mencapai cita-cita beliau. Beliau menggunakan PAS bagi menarik sokongan orang Melayu di samping mengisi ruang di Parlimen.


Cadangan Kerajaan Perpaduan yang dipersetujui oleh Mursyidul Am PAS perlu diambil kira. UMNO sentiasa membuka ruang kepada sesiapa yang ingin bekerjasama dengan kami.

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jangan jadi pecacai UMNO....allah yang tentukan

Anak Wangsa Maju berkata...

Subhanallah... dalam keadaan Pakatan sedang bergolak, PAS masih lagi mahu menghina UMNO..

Di mana krelibiliti PAS yang dikatakan sebagai tunggak pembentukan negara Islam? Hanya menurut kata2 parti lain tanpa merujuk pada PAS Penang?

Sudah2lah tanpa nama.. Jangan kamu mrnghina kami kerana PAS kini sedang bergolak dek kerana perjuangan yg semakin tersasar.. Sedarlah..

Artikel UMNO Gombak Selatan jelas mahu PAS bangkit perjuangkan Islam tanpa disekat oleh DAP dan PKR.. Ingatlah, kerjasama DAP dan PKR hanya akan memusnahkan parti anda

fedup berkata...

aku dah agak dah..dia akan cacai UMNO gak..kenapalah takut hendak menerima kenyataan..takdak nama..awat..duk cacai2 orang apa dah jadi dengan hangpa punya parti..betul Allah yang tentukan segalanya tetapi kalau sudah menjadi ketentuan-Nya yang PAS sudah tak pas lagi nak buat macamane..artikel ini bukannya hendak mencacaikan sesiapa tetapi agar semua jelas akan perkara sebenar..itu yang kami ingin tahu..jadi salah ke kami..kalau kowg boleh nak rekacipta tentang UMNO atau BN kami tak kisah..ini bukan rekaan..ianya betul2..

takdak nama..semoga Allah tentukan saya berharap..Allah tentukan bahawa kemenangan di pihak kami dalam hal ini..kami juga ada memandang dan hormat barisan "Ulamak" PAS tetapi jika anda sendiri tidak menghormati kami..semoga Allah ampunkan dosa saya dan dosa anda..

....aku rasa dia nie berpuak2 dalam PAS..

umno_tumpat berkata...

Islam hanya pada nama..

Perjuangan belum tentu lagi

tok_gajah berkata...

Kerajaan BN/UMNO akan tetap tumbang pada PRU13 nanti.

Kebencian rakyat terhadap BN/UMNO akan semakin bertambah.

Kita tunggu dan lihat di Penanti, UMNO akan di malukan sekali lagi.

Kekerasan akan menambah kebencian rakyat terhadap BN/UMNO.

pedang srikandi berkata...

Lagu Rasmi Parti Islam SeMalaysia

bersatulah wahai kaum muslimin
dengan semangat dan roh kebenaran
berjihadlah wahai kaum muslimin
walau susah menempuh cabaran
bersatulah wahai kaum muslimin
dengan obor sinar kebahagiaan
berjihadlah wahai kaum muslimin
biar syahid ataupun kemenangan

berjuanglah wahai ansorullah
dengan matlamat daulah islamiah
berkorbanlah wahai yang beriman
dengan harta dan segenap kepunyaan

bergeraklah ke gerbang jasa
kalah menang bukan alasannya
sucikanlah niat di hati
hingga nyata benarnya janji Rabbi

selamatlah parti Islam melangkah
membimbing ummah ke medan siasah
berpedomankan Al-Quran dan Sunnah
suburlah hidupnya dan pasti berbuah

Bila kita renung bait2 lirik lagu rasmi parti ini..alangkah sedihnya...ana berasa sangat kecewa kerana apa yang berlaku bukanlah seperti yang terkandung dalam lagu ini...kalah menang bukan alasannya...masalahnya sekarang kerana inginkan kemenangan itu PAS tergadai...menang sorak, PAS tergadai...bersatu dengan semangat dan roh kebenaran???masalahnya sekarang dah bersatu dengan ANWAR DA DEVIL....hingga berantakan parti ini...sucikanlah niat di hati???tapi apa yang terjadi??rakan seangkatan sendiri sanggup disingkirkan kerana geng2 ANWAR DA DEVIL...Niat di hati sudah berubah menajdi persaingan yang menjatuhkan sesama sendiri di dalam parti.Keputusan PAS tidak mahu membenarkan ahlinya bertanding di pilihanraya kecil Penanti jelas menunjukkan bahawasanya PAS telah pun tersepit di antara dua iaitu PKR dan DAP...betullah seperti yang perna ana katakan dulu...mula-mula dilagakan seperti ayam...sekarang pulak dibonekakan...bukankah betul menjadi kenyataan kata-kata ana itu????kerana apa ana berani berkata sedemikian dulu....sebab ana nampak percaturan yang sedang berlaku..PAS betul2 dah checkmate sekarang...( jadi buah catur pulak)bergerak mati...tak bergerak mati...sendiri yang cari pasal...anti sangat dengan UMNO yang semuanya Melayu dan beragama Islam...pasal tu berselingkuh dengan golongan yang sebenarnya membantutkan terus perjuangan mereka....dulu kecoh nak menubuhkan atau bermatlamatkan DAULAH ISLAMIAH...tapi sekarang apa dah jadi...main kayu tiga pulak dengan DAP yang secara terang dan jelas memang akan membantah daulah islamiah...bermain mata pulak dengan PKR yang pemimpinnya ANWAR DA DEVIL..RAJA SONDOL....PENGHASUT...sehingga menyebabkan krisis anak dan ayah....bila kerajaan wujudkan ISLAM HADHARI...banyak mulut mengomel itu ini....sekarang apa dah jadi.....PAS dah hilang maruah diri...ana sedih bila mendengar lagu PAS ni...sedih sangat.....obor sinar kebahagiaan yang diharapkan telah pun dipadamkan oleh kesilapan sendiri..hendak membimbing ummah ke medan siasah???segalanya hanya tinggal nyanyian.....syahid yang diharapkan...tersepit yang dapat..tersepit antara dua golongan yang sememangnya akan menyebabkan PAS tersasar dari tujuan dan matlamat asal....Ana bersimpati dengan nasib kepimpinan PAS di PULAU PINANG....memang nyata benar janji RABBI..siapa yang mempermainkan agama memang Allah akan tunjukkan terus balasannya....Betapa besarnya kuasa YANG MAHA ESA....TAKBIR!!!! ALLAHHU AKBAR......pedangsrikandi.blogspot.com