5/07/2009

SIDANG DUN PERAK MEMALUKAN - PAKATAN BERONTAK BAGAI HISTERIA !

Alangkah malunya melihat aksi-aksi kurang sopan dari pihak Pakatan Rakyat Perak yang masih tidak dapat menerima kenyataan bahawa mereka tidak lagi memegang tampuk kerajaan Negeri Perak. Insiden ini memang terang lagi bersuluh cuba menafikan perkenan Sultan Perak.

Menurut sumber-sumber yang dipercayai, ada ADUN yang bertindak kasar membaling kasut. Sikap bekas Speaker DUN Perak, S. Sivakumar yang tidak mahu memberi kerjasama dari pihak tampuk Kerajaan Negeri menyebabkan beliau terpaksa diarahkan keluar secara paksa. Jika Sivakumar memberi kerjasama yang baik, insiden seperti ini tidak akan berlaku.

DAP, PKR dan PAS Perak nampaknya tidak dapat menerima kenyataan bahawa kerajaan mereka telah tumbang. 3 ADUN yang telah memilih untuk menyokong BN telah dimaki hamun dan diherdik seperti sampah. Padahal idea lompat parti ini bukankah dicadangkan oleh Anwar Ibrahim? Jika berjaya Anwar menawan Parlimen, adakah mereka akan memaki sepertimana yang berlaku ke atas 3 ADUN Bebas tersebut?

Inilah sikap buruk Pakatan yang tidak disedari kita. Di ceramah - ceramah mereka cuba manaikkan bara api ke atas rakyat dan masyarakat. Ceramah mereka memberi isyarat kepada rakyat memberontak, seolah-olah kerajaan sedia ada tidak lagi mampu menyelamatkan Negara. Seolah-olah Negara akan dijual oleh pihak luar. Seolah-olah Malaysia akan ditimpa musibah jika BN terus memerintah dan lebih menyedihkan, menyamai Kerajaan BN dengan Zionis. Walhal, ianya tidak berlaku. Pakatan melakukan semua ini agar mereka dapat menguasai kerajaan pimpinan Anwar Ibrahim. Itulah cita-cita Anwar.

Mereka tidak dapat menerima keputusan PRU Mac tahun lepas bahawa BN masih menguasai Parlimen. Dan apabila Perak jatuh ke tangan BN semula (bermula dengan idea Anwar), mereka mengamuk seperti dirasuk histeria.

Sudahlah, ini semua membuang masa sahaja. Lebih penting kita memfokuskan untuk menjaga kebajikan DUN masing-masing. Jangan pula ada yang hendak letak jawatan lagi.





SIRI 2 ESOK : PEMIMPIN PAKATAN DITANGKAP - KENAPA?




4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saudara penulis rencana,
Saya tahu saudara penyokong TEGAR UMNO 'Dulu, Kini Selamanya....sampai mati'. Saya ingtkan sudara sbg saudara seAgama, rujuk dulu perlembagaan undang2 Tubuh Kjaan Negeri Perak. Saya mls nak ulas di sini, saudara rujuklah sendiri. Saudara kan org cerdik pandai.....! Apa yg berlaku di dewan DUN Perak, saudara jgn terlalu terikat dgn sentimen kpd parti saudara, komen biar selari dgn perlmbgaan dan undg2. Wajarkah Speaker Dewan-V Sivakumar diusung keluar dlm keadaan dia msh dlm jawatan. Dia belum lg meletakkan jwtn, dia belum meninggal lagi, dan DUN belum dibubarkan. Dgn kuasa yg msh ada pada dia, dia berhak atas bidang kuasa dia utk menolak semua USUL yg dibw dlm dewan sama ada usul dr BN ataupun PR. Yg jls, dia mnjlnkan tggjwbnya yg msh sbg Speaker Dewan. Polis boleh pula berlegar2 dlm dewan. Jls di sini betapa rakusnya UMNO utk merampas kuasa, bagaikan org gila talak. Beginilah cara YAHUDI bertindak utk merampas tanah PALESTIN. Undg2 dicabuli dan media berskp berat sblh. Cukuplah tu saudara....ckp byk2 pun saudara bukannya faham.

fedup berkata...

Takdak nama..

usulkan sudah di baca dan mendapat majoriti utk memecat Sivakumar..ianya bukan satu penipuan tapi terpampang di berita dan hampir semua skrin blog pnyokong atau pembangkang..yang menyokong tentu bersetuju tetapi pembangkang pastinya membelit lagi kenyataan.

Saya ingin bertanya di sini apa yang salahnya dalam proses itu..sampai takdak nama ingin menyahudikan orang lebih2 lagi sesama Islam..siapa awak..kami pun tidak memanggil anda yang sesama Islam dengan kami di pakat2 sana YAHUDI..ini sudah melampau kalau malas nak ulas atau baca sudah jangan baca..kalau tidak boleh terima kenyataan itu masalah kami di UMNO atau BN ker..ada otak fikir sendirilah..

siapa yang tak faham..kowg ker kami..kenapa tidak boleh menerima kenyataan dengan apa yang berlaku..tolong jawab soalan saya ini jangan hendak memusing soalan yang mudah senang in takdak nama..tolong jawab soalan saya kenapa tidak boelh menerima kenyatan..itu sahaja..in tidak asyik menyalahkan orang lain...bagi alasan..itu memang YAHUDI!..( saya harap ini adalah kali pertama dan terakhir saya gunakan perkataan ini..semoga Allah mengampuni dosa saya dan mereka)..

saya bukan jenis membabi buta menyokong tetapi sejak PKR membuat perkara yang bagi saya amat memalukan bangsa saya sehingga bab agama tidak lagi penting saya sudah tawar dan tahu ianya telah menyeleweng..

PAS..takdak nama gie hafal lagu PAS..nanti saya poskan di sini..lepas itu cakap dengan saya siapa yang tidak faham akan perjuangan..

tetapi saya seronok pula baca komen takdak nama..takdak poin nak tulis..gelak di buatnya..

USGS..teruskan perjuangan anda..kalau diowg tulis hal2 UMNO ngan BN sampai menjijikkan dan berbaur fitnah tiada salahnay melaporkan fakta..ini baru sedikit diulas fakta sudah nak melenting..yang penting biar rakyat tahu siapa yang melelongkan bangsa sendiri..TAK MALU betul PR!..shame on you PR!..

MARHAIN berkata...

Hai Fedup....!

Nmpknya saudara masih x faham. Saya x kata parti saudara YAHUDI, tp mcm perangai YAHUDI. Cuba saudara kaji sejenak. Undang2 mana yg diguna pakai sehingga polis boleh masuk ke dlm dewan DUN tanpa sbrg pas keselamatan dikeluarkan. V.Sivakumar sbg speaker tidak membenarkan polis masuk, tetapi polis terus ingkar dan masuk jg. Siapa yg x boleh terima kenyataan, parti saudara atau PR. Parti saudara mcm org GILA TALAK. Saudara patut malu bila parti saudara merampas kuasa, bubarkan DUN kalau berani. Kita serahkan semula mandat kpd rakyat. Ingat takrif DEMOKRASI iaitu 'Kuasa rakyat oleh rakyat dan kepada rakyat'. Kenapa? susah sgt ke? atau pun parti saudara dah tahu jika dibuat jg pilihanraya pasti parti saudara akan kalah. Kan saya dah kata, saudara adalah PENYOKONG TEGAR UMNO. Saudara study dulu ttg Perlembagaan & Undang2, pasti saudara akan bersetuju dgn saya...! Oh ye saudara, sblm ni sy x bernama tapi kini saya namakan diri sbg MARHAIN.

fedup berkata...

Tahniah takdak nama..dah ada nama..Marhain rupenya..

ada ker saya tulis awak melabelkan parti saya YAHUDI..takde..saya cuma sentuh bab moral..itu pun susah nak faham ker ayat saya..saya faham ayat awak..ini yang beriya-iya nak bubar DUN nie..PAS ker PKR..kalau berani caka awak parti mana..kalau cakap PAS Edrogan atau Ulamak..kalau PKR suadh semestinya itulah perangainya..kalau awak sesama ISlam dan MELAYU kalaulah..apa yang besar sangat dengan Si Sivakumar sampai awak nak bela dia..kenapa tak bela si Fairus..kenapa tak bela Nik Abduh..kenapa..itukan sesama Islam atau melayu..hak atau undang2 itu bukan saya untuk menentukan..itu terpulang kepada budi bicara pihak berwajib..kalau di biarkan begitu sahaja apa akan jadi pada Dewan..Raja Muda Perak pun berada di situ..apa yang tak paham lagi..huraikan kepada saya sekarang apa yang perlu di huraikan tentang undang2 dan perlembagaan..huraikan supaya saya yang di katakan tidak paham ini faham..bukan bagi alasan..ini alasan lagi..

kalau kuasa rakyat oleh rakyat dan kepada rakyat..kenapa tidak di amalkan oleh PR secara meluas..saya tahu Marhain akan kata saya tak paham lagi tapi pahamkan saya sekarang..jangan beralasan dan cerita yang lain..soalannya masih awak tak jawab..kenapa masih tidak boleh terima kenyataan..

saya cuma terkilan kalau untuk rakyat kenapa sampai tidak jaga kawasan sendiri..seperti Tian Chua dengan Zuraida dan yang lain2..Ali PArlimen dua kawasan di KL ini cukup bermasalah..perjuangkan nasib pengundi di sana bukannya membuat kecoh di negeri orang..saya cukup tak paham..itu mmg saya tak paham sikap pemimpin PR..

Ulasan saya inii saya tahu akan di balas tetapi balaslah dengan menjawab soalan saya dan juga huraikan perlembagaan undang2 yang awak paham..saya tak tahu awak paham tetapi mungkin tidak..huraikan kepada kami..jangan hendak bermetafora sahaja..

Sekali tahniah takdak nama sekarang bernama..dah dapat KP..Marhain..