Tidak ada sebab untuk Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berang dan marah kepada pihak berkuasa yang menahannya ketika cuba memasuki pintu pagar ibu pejabat kerajaan negeri untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Perak di Ipoh, pagi Khamis.
Ahli Parlimen Ampang itu sebenarnya cuba membolosi kawalan dan pemeriksaan dengan menaiki kereta salah seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang.
Malah taktik sama turut digunakan ahli parlimen PKR kawasan Batu, Tian Chua yang menaiki sebuah lagi kenderaan milik seorang Adun dan mengikuti kenderaan yang membawa Zuraida.
Bagaimanapun, ketika mahu memasuki bangunan SUK, kenderaan yang dinaiki Zuraida ditahan untuk pemeriksaan pihak keselamatan.
Pegawai polis yang bertugas menegaskan hanya ADUN dan isteri mereka boleh masuk ke bangunan SUK setelah melihat kenderaan itu penuh penumpang.
Zuraida dan seorang lagi lelaki yang berada dalam kenderaan Adun pembangkang Perak itu diminta keluar.
Beliau yang diduduk di kerusi sebelah pemandu membuka pintu dan mula bising sambil memperkenalkan dirinya sebagai ‘MP’ dan menunjukkan surat kononnya jemputan Speaker untuk hadir sidang berkenaan.
Selepas didesak , barulah beliau dan lelaki yang duduk di kerusi belakang keluar manakala kenderaan yang membawa Adun dan isterinya dibenarkan masuk ke bangunan SUK.
Zuraida terus mempertikai tindakan pihak berkuasa menghalangnya masuk ke bangunan tersebut sehingga memaksa polis bertindak menahannya kerana beliau terus membuat kecoh.
Tian Chua pula mematuhi arahan pihak berkuasa dan keluar daripada kenderaan Adun pembangkang yang mahu masuk ke SUK apabila diperiksa.
Beliau beredar menaiki kenderaan miliknya sendiri yang mengikutnya dari belakang.
Bagi sesiapa yang berada di pintu masuk bangunan SUK itu dan melihat insiden berkenaan, pasti boleh berfikir bahawa kedua-dua pemimpin PKR terbabit dengan niat cuba ‘membolosi’ pemeriksaan keselamatan untuk masuk menghadiri perasmian sidang DUN Perak itu.
Mereka sengaja cari pasal dan akhirnya marah kepada pihak berkuasa apabila kena tahan sedangkan polis berusaha mengawal keselamatan dan mengelak kejadian buruk yang tidak diingini.
Chua yang terlepas pada sebelah pagi, bagaimanapun kena tahan pada petangnya kerana berada dalam lingkungan 500 meter daripada pagar SUK yang diisytiharkan mahkamah sebagai kawasan larangan berkumpul setelah polis mendapatkan perintah tersebut.
Jika di dalan Dewan Undangan Negeri panas dengan pertikaian penyokong BN dan pembangkang, di luar bangunan SUK suasana panas bermula sejak awal pagi apabila ada pihak tertentu cuma memasuki bangunan tersebut.
Mereka berkumpul di depan dan di dalam dua buah restoran tidak jauh daripada pagar bangunan SUK dan tidak beredar apabila diarahkan polis.
Keadaan ini memaksa polis bertindak menahan kira-kira 60 orang termasuk beberapa wakil rakyat pembangkang sejak awal pagi hingga petang yang dipercayai terbabit dalam usaha menganggu sidang DUN dan perhimpunan haram .
Selain Zuraida dan Chua turut ditahan Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayob yang juga ahli parlimen Kubang Kerian, ahli parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusof Rawa, Adun Teratai Jenice Lee dan Adun Air Keroh Khoo Poay Ting.
Bagaimanapun, difahamkan mereka yang ditahan sudah dibebaskan petang tadi.
Jadi pertanyaan kenapa wakil-wakil rakyat luar Perak ini hadir sedangkan mereka tahu urusan persidangan DUN Perak hanya membabitkan wakil rakyat negeri itu.

6 ulasan:
Hai hairanlah ako..tapi ini memang sudah di jangka..tak ada nak hairanlah..
gie panggil antoo fighter ker ustaz ker bomoh ker..halau hantu2 nie..tolong!..
nie semua modal diowg la nanti bile ceramah nnt..kejamlah zalimlah..tapi nengok gelang makin bertambah lak tu..takkan zhulian kut..mintaklah selalu..kata2 seorang muslim itu doa..kang betul2kena zalim kena naya kang..jgn salahkan owg..
PR..Pr..tak habis2 nak nyusahkah owg..
PR selalu cari pasal. Tak pernah nak terima kenyataan bila kalah.
Bila kalah kata BN kejam..
Terimalah kenyataan.. ADUN perlu fokus di kawasan masing2.. Bukannya berdemonstrasi haram sebegini.
Malu dengan apa yang berlaku semalam
PR mcm cilak
Bukakanlah hati org Melayu PR.....
Melayu PKR,kembalilah ke pangkuan UMNO..n
Pada aku senang ajer.. kalau dah bisa langgar undang-undang.. mereka tetap akan lakukan walaupun perintah dari mahkamah apa sekali pun.. apa nak hairan kan.. tgk ajer ssiap ketua diorang.. suka langgar peraturan.. Anwar Ibrahim..
Ini lah Melayu bodoh... otak ada tapi taruh kat lutut..
AQpasal kat Negeri orang korang nak kecoh.. Kes Eliza korang tu apacam.. kalau BN/UMNO buat suruh letak jawatan.. nih gambo cipap lak dah kuar.. yer la.. berbalik gak pada KETUA.. anak anak dididik mesti ikut laku ketua..
PIHAK PEMBANGKANG CUBA MEMPERSENDAKAN UNDANG2 NEGARA DGN SENGAJA MELANGGAR BATASAN DAN PERATURAN. PEMBANGKANG CUBA MEMPRAKTIKAN UNDANG2 RIMBA DGN MENGIMPOT BUDAYA POLITIK TAIWAN KE NEGARA INI. BERKEMUNGKINAN SEWAKTU TIAN CHUA DAN RAKAN2NYA MENYUSUL AHLI ADUN BN KE TAIWAN, DALAM MASA YG SAMA MENCEDOK IDEA GANAS AHLI PARLIMEN DI SANA. DALAM KEADAAN TERDESAK PEMBANGKANG SANGGUP BEBUAT APA SAJA. SAPA TAU?
Catat Ulasan