5/22/2009

Walaupun Berlainan Parti Kita Tetap Bersaudara - SALAM TAKZIAH BUAT KELUARGA ADUN MANIK URAI


ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.

Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.

Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.

UMNO Cawangan Gombak Selatan ingin mengucapkan Salam Takziah buat keluarga Allahyarham. Walaupun kita berlainan parti politik, namun semangat persaudaraan Islam sesama kita tetap kental di hati kami. Semoga Allah mencucuri roh Allahyarham. Al - Fatihah...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam takziah juga dari saya untuk keluarga Adun Manik Urai

Dan tahniah kepada saudara kerana mengenepikan soal fahaman politik. Kalau lah ramai yang bersikap seperti saudara aman negara kita ni

Sejati berkata...

Al Fatihah..

Saya amat memuji sikap UMNO Cawangan Gombak Selatan. Walaupun berbeza ideologi politik, tetap mempunyai semangat persaudaraan sesama muslim..

Semoga roh BELIAU dicucuri rahmat oleh ALLAH SUBHANAHUWA TAALA

fedup berkata...

Takziah juga di ucapkan kepada keluarga Adun MAnik Urai..semoga bersabar dengan dugaan yang melanda..semoga Allah mencucuri ke atas roh Allahyarham..