6/05/2009

HADI AWANG GESA KERAJAAN BERSIHKAN NAMA NAJIB - BUKAN ANWAR YANG MULAKAN FITNAH INI?

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam sidang Muktamar PAS telah menggesa kerajaan membersihkan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengambil tindakan terhadap beberapa media asing yang mencemarkan imej Presiden UMNO ini dengan skandal kontrak pertahanan dan kes bunuh Altantuya Shaariibuu.

"PAS ingin menggesa pihak kerajaan untuk mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan (undang-undang) bagi membersihkan pemimpin utama negara yang dipaparkan oleh media asing sebagai mempunyai bebanan kes rasuah dan jenayah.

"Tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan."

Apa yang disarankan oleh Ahli Parlimen Marang ini amat relevan. Tapi persoalan yang timbul kini, siapa yang mulakan fitnah ini? Siapa yang mencanang satu dunia membuat tuduhan ini tanpa sebarang bukti yang kukuh? Ustaz Hadi, bukankah sahabat karib anda, Anwar Ibrahim yang memulakan semua ini? Kenapa tidak disuruh Anwar Ibrahim membersihkan nama Datuk Seri Najib dan Kerajaan Malaysia?

Mungkin PAS merasakan tuduhan liar ini memberi keburukan kepada parti Islam tersebut kerana sehingga kini Anwar Ibrahim masih belum dapat membuktikan tuduhan beliau terhadap Datuk Seri Najib. Tuduhan Anwar ini pula turut disambut bersama beberapa pemimpin PAS termasuklah Husam Musa, Kamaruddin Jaafar, Mahfuz Omar, Mat Sabu dan beberapa kerat pemimpin PAS. Adakah Ustaz Hadi tidak sedar semua ini?

Wahai Ustaz Hadi, kami dari UMNO tidak ada masalah dengan tuduhan-tuduhan sebegini. Malah pemimpin no. 1 kami juga tidak mengambil sebarang tindakan mahkamah kerana merasakan ianya adat dalam arena politik. Tapi, jika hendak membersihkan nama pemimpin kami ini, Anwar Ibrahimlah orang yang sewajarnya ditegur.

Ingat, Anwar bukan sahaja memperkatakan perkara ini secara terbuka di ceramah-ceramah anjuran Pakatan, malah di seluruh dunia. Jadi, siapa yang cemarkan nama negara sebenarnya? Kami dari UMNO juga kah?

Ustaz Hadi mesti ingat lagi laungan Najib Altantulya di setiap ceramah Pakatan semasa PRU 12, bukan? Siapa yang mulakan? Anwar Ibrahim.. Orang ini yang sebenarnya yang mencemarkan nama PM dan Negara.

Kami terima teguran Ustaz Hadi... Kerana, Ustaz Hadi tidak selesa dengan tuduhan - tuduhan liar sebegini yang akan mencemarkan Agama dan Negara. Tapi, ingat.. bukan kami yang mencemarkan nama Negara. Orang itu adalah, Anwar Ibrahim... yang pernah menghina parti anda sewaktu beliau di dalam UMNO.


19 ulasan:

Ct berkata...

Ini bukan masalah akhbar French Leberation atau mana2 akhbar lain..

Persoalannya, siapa yang mengapi2kan rakyat mengenai kes ini dikaitkan dengan Najib? Anwar Ibrahimkan?

Dari PRU 12 lagi dialah orang yang memulakan tuduhan ini di khalayak ramai di ceramah2 dia.

Di Indonesia pun dia ada ckp bende ni...

Benda da jelas, nak salahkan UMNO jugak... Hadi Awang ni salah tegur org la.. tegur skit kawan awak tu..

Dl dalam UMNO bukan main dikutuk Hadi Awang...

Tok Guru Hadi... Ni sumer Anwar punye keje... kalo x, x kecoh kes ini...

Tanpa Nama berkata...

laa...kalau anwar buat fitnah, saman la dia...asyik diam aja...kalau diam tu, maknanya setuju la kot...

Tanpa Nama berkata...

Dan siapa pula yang mencanangkan Anwar Ibrahim terlibat dalam kes liwat dan salah guna kuasa ke satu dunia? dan akhirnya
beliau berjaya membersihkan namanya dimata dunia dengan bertindak mengikut saluran yang betul,
jika yakin tidak terlibat mengapa tidak gunakan cara yang sama untuk Najib membersihkan namanya?
berani kerana benar takut kerana salah,jangan ingat orang lain semua bodoh tak sekolah Cik...

Anak Perelih berkata...

Then apa motif 2 polis tu bunuh Altantuya??? siapa yang arahkan polis tu bunuh? siapa yang benarkan polis tu
bekerja dengan Razak Baginda... pasai apa rekod imigresen altantuya dan burma hilang dari system...
siapa yang arahkan rekod tu dipadamkan???? siapa yang benarkan c4 dikeluarkan dari depot senjata? dari mana
c4 tu didapati???? jawab jangan tak jawab..... sebab dari perbicaraan mahkamah, persoalan ini gagal dijawab....
banyak benda disembunyikan kut....?

fedup berkata...

French Leberation ker apa ker yang mulut jahat siapa..
takdak nama ikuti tak PRU ynag lepas..sape yang dok sibuk menceritakan tentang hal ini..
ade ker BN atau UMNO yang menjaja cerita liwat si anu tu..sudahlah..sebagai a
hli UMNO UCGS ada hak mempertahankan pemimpin mereka seperti sebelah sana bermati - matian
membela pemimpin mereka..so for me is fair n square..like or not you got take it..swallow like them..

profesionalisme adalah bila melaporkan sesuatu yang benar dan ada fakta tanpa meletak sentimen emosi di dalam laporan dan provokasi..hanya penerangan yang amat jelas dan tepat..jadi mana silapnya laporan ini kalau di tulis sedemikian..setiap pembaca ada pendapat so terimalah dengan laporan ini..tak suka jgn baca..itukan demokrasi yang di jaja sebelah sana..kao nak follow follow ler..

Anak Lenggong berkata...

Sekejap.. Apa yg penyokong Anwar sumer merepek ni.?

Skrg ni Haji Hadi korang sendiri suruh kerajaan bersihkan nama Najib demi menjaga maruah Agama dan Negara.. so?

Yg korg ckp pasal liwat ni, Najib xmasuk cmpur urusan mahkamah. Najib serahkan kes Liwat Anwar ni ke pihak mahkamah.

Tak macam Anwar.. canang 1 dunia, fitnah Najib... Last2.. Hadi Awang suruh bersihkan nama Najib...

Sudahlah.. Hadi Awang pun da malu dgn sikap Anwar.. belagak satu dunia fitnah pemimpin negara..

KAPITAN MELAYU berkata...

Salam semua....

Tapi masaalahnya ...cuba kita muhasabah diri kita dulu...

Cari PUNCA dan sebab kenapa DSAI dinyahkan dari UMNO...

Cari PUNCA dan sebab kenapa Senator Dato Zaid Ibrahim...letak jawatan

Cari PUNCA dan sebab kenapa UMNO ditalkinkan di Sabah...

Cari PUNCA dan sebab kenapa ramai anggota UMNO keluar UMNO

Dan kenapa YB YB melompat di Perak dan beri sokongan pada BN...

Dan kenapa Kak Min Calon Bebas tu bertindak sedemikian rupa

Dan siapa menfitnah YB Fairus dan kenapa....

Dan jugak kenapa BN tak bertanding di PRK Penanti...SEJUJURNYA kenapa

Dan dalam kes PM ni pula....banyak PERSOALAN yang menjadi TANDA TANYA...dan kenapa tiada PENJELASAN yang jitu membuat bertambahnya kekeliruan dan menghilangkan KENYAKINAN rakyat dalam isu isu berkaitan....serta tindakan yang di ambil di fikirkan tidak berpatutan dari segi hukum akal............(SEPERTI APA YANG DIKEMUKAKAN OLIH ANAK PERELIH TU)

Kenapa PM tidak mengambil tindakan secara professional dalam menangani tuduhan tudahan keatas beliau... BERANI KERANA BENAR

Politik tidak kotor...yang mengotori politik tu.."POLITICIAN"

Macam mana orang MELAYU nak maju
Hasad Dengki Fitnah Tamak dan dll
masih ada di sanubari mereka

DAN AKHIRNYA SIAPA YANG RUGI..???

Melayu Mudah Lupa...kan

Kita kenalah berfikir secara positif dan ...

Bertindaklah mengikut FIKIRAN dan bukan PERASAAN...

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui

Wallah Hualam

dinbelukar berkata...

cakap banyak tak guna rakyat boleh menilai ,lihat PRU-12 dan PR-kecil selepas itu ,apa keputusannya rakyat dah tahu siapa yang fitnah siapa..itulah 10 tahun dulu kalau dalam UMNO tak ada penyokong& peminpin yg kuat bodek ,kuat fitnah, tamak, mengadu domba xpayah susah- susah macam sekarang ,kalau barang bagus tak payah iklan banyak kali, orang akan cari..dulu umno sekarang Pas..jangan marah aa.. nanti kena jual..

Unknown berkata...

INI TANDANYA NAJIB UMNO ADA MASALAH ANWAR PKR ENGAK ADA MASALAH NGOK HJ HADI CAKAP LAIN KORANG MEGARUT BENDA LAIN CONTOH 3 ABDUL NAMA ABDUL WAHAB,ABDUL WAHIB,ABDUL WAHUB, CUMA NAMA ABDUL WAHUB SAJA AYAHNYA TAK SEBUT MASA MANGKAT SEBAB DIA TAHU YG ABDUL WAHUB NI BENAR,ADIL,IKHLAS NGOK YNG NAJIB TU DISEBUT SEBEB KORANG PIKIRLA SENDIRI SEMBAB........

fedup berkata...

bila kita bela pemimpin kita diowg gila..masa bela pemimpin diowg pon gila..kasian ooohh kasian..tadak modai..lagu ni la jadinyaaa..anak lenggong n yang lain..pi cari ubat bagi kat depa nie..kasian..ooohhhhh kasian..

Saiful berkata...

Macam pelik bila Tok Guru Abdul Hadi Awang suruh kerajaan bersihkan nama Najib? Macam ada apa2 jer..

Sedarlah bahawa semua fitnah ini dtg dari Anwar...

Kemenangan mejoriti mudah pd PRU 12 adalah berpunca dari fitnah Anwar terhadap Kepimpinan Paklah pada masa tu. Disuruh letak jawatan.

Tapi bila Pak Lah letak jawatan ganti Najib, disuruh pulak Pak Lah stay.. Apa ni?

Banyak kes berkenaan dengan politik wang da kantoi.. Termasuklah kes Penang.. Bertengkar PKR dan DAP..

Ini adlah arena politik.. Tiada yg sempurna.. tegurlah secara berhemah.. bukan memaki hamun tanpa bukti.. Jangan ingt PAS n PKR xde politik wang.. sama jer

Si Amri berkata...

Anwar da melampau.. Sekrg xmampu nk ckp pape psl Altantuya. Isu da lapuk.. skrg main isu Pilihanraya Kecil pula.. tah berape ramai lagi Wakil Rakyat dari PKR akan letak jawatan pasni...

Sibuk berpolitik.. keje xjalan.. Angan2 je lebih...

eX PKR berkata...

Biar.. skrg penyokong tgh pecaya ckp Anwar.. tgk la 1 ari nanti... rakyat akan sedar.. siapa sebenarnya Anwar ni...

Anwar mmg petah berpidato... buat org tpukau... tapi ingt, mainan politik dia lbh kotor dari yang di sangka.. kita tgkk... ALLAH MAHA BESAR.. DIA AKAN TUNJUK KEBENARAN

Shamila berkata...

Diorg ni pelikla.. Hadi Awang yg suruh bersihkan nama Najib...Maknanya ianya xbetul la. Yg penyokong Anwar melenting pehal?

Fanatik sgt puja Anwar..... Ingat, Hadi Awang tu TOK GURU Korang

fedup berkata...

nampaklah sebenarnya belang penyokong diowg..yang dari belukar pon ada hah..tak betul aku cakap..kasian ooohhhh..kasian..cepat cari obat kasi sama mereka...kasian oohhh kasian..obat buka minda buka hati buka mata..kasian ooohhh kasian..

fedup berkata...

Tok guru PAS bukan PKR..diowg takde tok guru..ada ustaz nga jeerrr..

itulah kalau hidup dengan fatwa songsang macam nie jadinya...

seri berkata...

yang si nuar dok buruk negara kat dunia luar tu buat apa? mereka bolih tolong ke? bersihkan dirinya dulu dari tuduhan meliwat dengan bersumpah. kenapa takut berdalih?apa masa s nuar jadi menteri kewanga dan TPM dulu, dia tu cun sangat ke? perform gile ke? yang aku tahu, habis semua kroni dia dapat macam2 termasuk bapa dan sanak saudara dia di letakkan nama mereka dalam syarikat2 besar. sukma dermawan pun dapat juga. siapa si sukma ni tiba2 dapat mengecapi keistimewaan dari si nuar? nampak sangat si nuar ni dah melampau teruk bebenor sampai sangup menjual negara demi cita2 jahatnya nakjadi PM kononnya. sampai mati pun dia ak akan jadi PM dan akan menjadi sia2 segala usaha jahatnya ini. ularmak PAS bolihlah si nuar perbodoh-bodohkan.

Alizul berkata...

Saya hairan mengapa banyak lagi yang tak faham tentang isu ini. Beberapa blogger telah pun menjelaskan perkara, tetapi masih lagi banyak yang tak tahu atau sengaja membutakan mata dan hati mereka.

Biasanya apabila "A" menuduh "B" melakukan jenayah, "A" wajib menunjukkan BUKTI-BUKTI kukuh yang menunjukkan "B" telah benar-benar melakukan jenayah itu. Perlukah "B" buat sesuatu? Begitu juga dengan Najib. Terpulanglah kepada orang-orang yang menuduhnya, seperti Raja Petra dan Anwar Ibrahim, menunjukkan bukti-bukti kukuh yang Najib terlibat. Najib telah beberapa kali menafi penglibatannya, malah telah pun bersumpah dengan nama Allah. Sumpahnya sudah memadaii kerana sebagai seorang Islam, kita tidak boleh main-main dengan sumpah seperti ini. Sebaliknya, pernahkah Raja Petra dan Anwar bersumpah?

Ingatlah: Dua insan akan digantung sampai mati kerana pembunuhan itu. Raja Petra dan Anwar berkata mereka mempunyai bukti-bukti yang Najib terlibat. Mana dia Bukti-bukti itu? Sampai sekarang, mereka telah pernah menunjukkan bukti-bukti itu. Kita masih menunggu! Ingat, dua insan boleh diselamatkan dari tali gantung. Atau pun sebenarnya, mereka tidak mempunyai satu bukti pun dan mereka tidak langsung peduli tentang kehidupan dua insan itu.

Sekarang seorang blogger di http://bongkarsauh.blogspot.com/ melaporkankan bahawa Dewan Pemuda Pas Pusat akan membawa usul "Mendesak Najib dan isteri membersihkan nama mereka dengan mengambil tindakan saman malu terhadap mereka yang terbabit." Apa perlunya mengemukakan usul tersebut? Mengapa tidak kemukakan usul itu kepada Raja Petra dan Anwar supaya mendedahkan bukti-bukti penglibatan Najib???

Kepada semua yang tak faham atau buta mata/hati, sila TANYA TERUS RAJA PETRA DAN ANWAR IBRAHIM. Jangan beri alasan dan jangan cuba mengalihkan perhatian.

Alizul berkata...

Maaf, pembetulan kepada komen saya: Perenggan 2, ayat 4 sepatutnya berbunyi "Sampai sekarang, mereka TIDAK pernah menunjukkan bukti-bukti itu."