6/03/2009

Keterbukaan PAS Terhadap DAP - PAS LUPA DAP AKAN PASTIKAN PERLAKSANAAN ISLAM LUPUT DI MATA MASYARAKAT

Apabila diperhatikan gambar di atas, tersentak kami melihatnya. Seorang ahli PAS memegang dan menyanjung bendara DAP. Mungkin jika 10 tahun atau 20 tahun dahulu, jika gambar ini wujud, PAS akan memecat individu ini. Namun kini segalanya telah berubah.


Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang menyanjung Islam sebagai asas perjuangan, Hudud dan Qisas tunjang Undang-Undang Negara, namun kerjasama dengan DAP dan PKR membataskan parti ini untuk merealisasikan perjuangan mereka. DAP bukan sekadar tidak bersetuju soal Hudud, malah usaha-usaha ke arah memertabatkan Islam menyebabkan DAP cepat melenting.

PAS berpendirian tidak akan bekerjasama dengan UMNO selagi UMNO tidak memperjuangkan Hudud dan Qisas. Sehingga dicaci dan dihinalah UMNO ini. Namun persoalan timbul di sini, adakah DAP dan PKR memperjuangkan Hudud dan Qisas? Tidak perlu cerita pasal Hudud, adakah 2 sahabat parti PAS ini memperjuangkan Islam?

Dapatkah kita menerima sebab ini sebagai punca PAS tidak mahu bekerjasama dengan UMNO. UMNO memperjuangkan orang Melayu dan agama Islam. DAP terang-terang anti perjuangan Islam. Baru PAS Shah Alam bercerita tentang arak, DAP sudah melenting. Apabila Husam Musa bercakap mengenai Hudud semasa debat bersama Khairy Jamaluddin di Kota Bharu, DAP melenting. Lim Guan Eng secara terus menelefon Anwar Ibrahim menyatakan pendirian Pakatan Rakyat. Ini membuktikan bahawa DAP secara terangan menolak Islam sebagai asas perjuangan.

UMNO bersikap terbuka. Tidak salah kita bekerjasama dengan Cina dan India mahupun kaum-kaum lain kerana kita bersama di bawah payung Malaysia. Penubuhan Barisan Nasional membuktikan bahawa kekuatan kita sesama kaum di Malaysia. MCA dan MIC juga mengambil pendekatan toleransi dalam melaksanakan sesuatu dasar. Mereka akan merujuk ke dalam jawatankuasa BN.

Janganlah sehinggakan memperlekeh perjuangan parti masing-masing selagi ianya tidak melanggar etika. Konsep 1Malaysia juga mencaritakan segalanya keterbukaan Kerajaan BN yang menghormati kita sesama kaum berlandaskan Perlembagaan Negara.

Tetapi PAS seolah-olah tidak menganggap ianya satu perkara yang harus dititikberatkan. Mereka terpaksa beralah dek kerana mahu bersama Anwar Ibrahim. Ini bukan masalah bekerjasama dengan kaum lain. Ini soal perjuangkan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan bahawa Islam adalah Agama Rasmi. Kenapa PAS menolak bekerjasama dengan UMNO yang memperjuangkan kaum Melayu dan Islam tetapi secara terang-terangan bekerjasama dengan parti yang menolak perjuangan Islam?

Sebenarnya ada ura-ura berkata ada di kalangan pemimpin-pemimpin PAS yang bersetuju dengan kerjasama PAS-UMNO, tetapi ianya tidak secara terbuka. Apa yang diceritakan team - team yang diberi nama Erdogan nampaknya berkeras dan akan memastikan PAS tidak mendekati UMNO.

Tak mengapalah. Jika PAS rasa ini keputusan bijak anda, teruskan., kerana itu hak anda.Tetapi, janganlah kamu menghina kami dari UMNO dek kerana kononnya tidak memperjuangkan Islam. Kerana rakan kamu, sahabat kamu, keluarga kamu dari DAP akan memijak perjuangan kamu.


6 ulasan:

mdfaiz berkata...

Salam, isunya sekarang UMNO tak boleh harap nak perjuangkan Islam.
UMNO jugalah yg bertindak melaga-lagakan PAS dengan orang bukan Islam contohnya
kalau PAS memerintah anu nak kena potong, arak tak boleh minum, babi tak boleh makan,
mencuri kena potong tangan dsb untuk menakutkan mereka drpd dulu sampai skrang.
Akibatnya, orang bukan Islam menentang PAS termasuk juga Hukum Hudud.
PAS telah mengatakan sekiranya UMNO melaksanakan syariat Islam secara menyeluruh,
PAS akan dibubarkan dan akan bersama menyokong. Tetapi itu tidak berlaku,
menyebabkan golongan yg cinta dgn Islam bangun menentang UMNO disebabkan UMNO sendiri yg menolak syariat Islam.
Siapakah yg bersalah sebenarnya? UMNO hanya tahu melaga-lagakan dan mengherdik PAS tetapi terlupa
tanggungjawab menegakkan syariat Islam itu sebenarnya terletak juga dibahu mereka. Saudara fikirkanlah.

tebing tinggi berkata...

masyarakat penyokong dan pengundi terutama orang melayu tidak seharusnya dipersalahkan,
umno dan pemimpinnya seharusnya menilai semula diri mereka kenapa orang melayu semakin menjauhi umno,
bukan melemparkan tangapan atau kata-kata yang munkin menjauhkan lagi sokongan.

Jeffry berkata...

MUNGKIN TGNA DAH NYANYUK APABILA MEMBUAT KEPUTUSAN UTK BERSEKONGKOL DGN DAP.
PERASAAN MARAH YANG MELUAP2 TERHADAP UMNO JUGA MEMAKSA BELIAU MAKA SANGGUP MENGENEPIKAN PRINSIP ISLAM
"DEMI CINTA DAN KASIH SAYANGNYA" TERHADAP DAP. BERKEMUNGKINAN JUGA TGNA MENGANGGAP
DAP BUKAN KAFIR KERANA SEMATA2 PANDAI BERMAIN HADIS DAN SABDA. BEGITULAH TERDESAKNYA TGNA BERPOLITIK DEMI KUASA

Anak Wangsa Maju berkata...

MNO sentiasa bertindak memperbetulkan kesilapan sedia ada bagi memantapkan parti..

Namun, apa yang dilakukan UMNO dan BN seringkali diperlekeh Pakatan. Dan ianya tidak diambil
sebagai positif position.

Apabila UMNO dan BN mengkritik Pakatan, dikata pula kita melemparkan serangan Pembangkang.

Saya amat bersetuju dengan artikel UMN0 Cawangan Gombak Selatan yang menjawab segala dakyah
dan mainan politik pembangkang yg hanya ingin mengaburi minda masyarakat, padahal, ianya bersifat sementara.

PAPA GOMO berkata...

SALAM BRO...
MANTAP ARTIKEL NI..
HU HU HU

KALAU 10 TAHUN DAHULU BILA ADA AHLI PAS YANG KIBAR BENDERA DAP KOMUNIS NI AKU YAKIN ORANG ITU AKAN DI PULAU SELURUH PENDUDUK KAMPUNG NYA.

BAHKAN AKAN DI HINA DAN DI CACI SELURUH KELUARGANYA KERANA MEMEGANG BENDERA DAP KOMUNIS PARTI KAFIR LAHKHANAT.

SEKARANG???
SIAP DAPAT DUIT LAGI TU KALAU SOKONG DAP. KAH KAH KAH

PAS MANA PI???
PAS PI KUBUR CINA NAK SEMBAHYANG!!!

JANGAN LUPA BAWAK HADIAH!!!
HADIAH APA??

HADIAH RUMAH BANGLO DENGAN KERETA BESAR.

KAH KAH KAH

Saya Rakyat Malaysia berkata...

Mohon copy gambar pakcik tuh ye.