6/25/2009

Istiqamah Tuan Guru Nik Aziz - ADAKAH ISLAM AKAN TERBELA DI BAWAH PAKATAN ?

Tok Guru kata hanya ada satu kerajaan perpaduan iaitu apa yang telah diputuskan dalam muktamar di Ipoh. Dia hanya BERISTIQAMAH mengenai keputusan yang dicapai dalam muktamar tersebut.

ISTIQAMAH adalah bermaksud TETAP DENGAN PENDIRIAN WALAUPUN APA YANG TERJADI DAN WALAUPUN DILAMBUNG OMBAK SEBESAR GUNUNG EVEREST.

Kita memang hormatlah akan pendirian Tok Guru tadi. Ia melambangkan sikap seorang muslim sejati iaitu berpegang teguh kepada janji. Walupun kita tidak pasti apa sebenarnya intipati perjanjian tersebut. Dan perjanjian yang dibuat mestilah ada syarat syaratnya yang tidak didedahkan kepada umum. Mana ada perjanjian ada syarat apa apa lebih lebih lagi jika berjanji untuk membentuk sebuah negara.

Tapi bagaimana pula jika janji janji yang dibuat diatas perkara perkara yang salah? Bagaimana pula janji janji yang dibuat diatas kemungkaran? Dan bagaimana pula janji yang dibuat bakal menghancurkan sesama bangsa yang mengucap dua kalimah sahadah? Apakah kita masih diwajibkan beristiqamah keatas perkara perkara yang batil? Kita tidak tahu mengenai hukum tersebut. Mungkin Tok Guru ada hukum lain berkenaan itu.

Tok Guru mungkin akan kata keputusan untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR adalah sesuatu yang baik dan tidak akan memudaratkan keseluruhan umat Islam dan bangsa Melayu. Kerana kita akan ‘mengIslamkan’ DAP dan sekutu sekutu bukan Islam didalam PKR. Dalam ertikata lain DAP akan bersetuju dengan agenda negara Islam dan hukum hudud yang akan diperkenalkan olih PAS. Apa benarkah itu?

Dah lebih 50 tahun DAP tidak pernah bersetuju dengan agenda negara Islam PAS. Apakah yang membuatkan pemimpin PAS benar benar yakin yang mereka akan menerimanya kali ini. Apakah PAS merasakan Tuan Guru Haji Hadi akan dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan berjaya ke Putra Jaya? Apakah pemimpin PAS begitu yakin yang agenda negara Islam mereka telah diterima hanya dengan berpandukan bendera PAS telah dikibarkan oleh ahli ahli DAP dalam PRU yang lepas?

Tidakkah PAS meneliti siapakah yang berada dalam kelab penyokong PAS di seluruh negara? Sebab kita merasa sedikit pelik bila mereka buat kenyataan membantah PAS nak berbaik baik dengan sesama Islam. Apakah hak mereka disisi Islam untuk berbuat demikian?Mereka ini patut masuk Islam dan berjuang dalam PAS. Esok esok ada pulak orang Melayu/Islam tubuh kelab penyokong DAP.

Pas harus sedar diri yang perlantikan Nizar sebagai Menteri Besar Perak adalah kerana DAP tidak mempunyai adun Melayu dan undang undang tubuh Negeri Perak memerlukan seorang Melayu sebagai menteri besar tanpa ada timbalan menteri besar.PKR pula tidak mempunyai adun Melayu yang berwibawa dan berpendidikkan tinggi untuk dilantik sebagai menteri besar.Dan kita sedia maklum selama 11 bulan yang lalu siapa yang membuat keputusan penting di dalam pentadbiran di Perak.

Di Selangor pula yang menyaksikan adun PAS tidak dilantik sebagai menteri besar atau pun exco kanan walaupun ahli ahli akar umbi PAS begitu yakin PAS akan memegang salah satu jawatan tersebut. YB Hasan Ali telah disebut sebut akan dilantik ke salah satu jawatan tersebut kerana ia dilihat sangat berwibawa tetapi malangnya ia diberi potfolio agama Islam yang mentadbir hal ehwal agama Islam. Sedangkan portfolio penting diisi oleh kalangan adun DAP dan PKR.

Jadi apakah PAS yakin mereka akan diberikan jawatan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan atau Menteri Kehakiman?.

Tidak mustahil satu hari nanti PAS akan ditendang keluar dari ‘Kerajaan Pakatan’ kerana kerenah Negara Islam dan Hukum Hudud yang mereka perjuangkan. Baru saja Haji Hadi bersuara tentang rundingan perpaduan, Karpal Singh dah nak tendang PAS keluar. Apabila DAP tegur PAS mengenai pengharaman SIS, PAS Shah Alam dah kelam kabut. Kita amat menyedari bahawa ADUN PAS dalam Kerajaan Selangor memendam rasa dan percayalah satu hari nanti bom PAS ini akan meletup di Selangor.

Huluran tangan UMNO di lihat sebagai huluran tangan syaitan hanyalah kerana dendam kasumat yang tak habis habis. Huluran tangan perpaduan DAP adalah penoh dengan syarat yang berlapis lapis dan dilapik dengan undang undang ‘Common Law’ British bukan undang undang Islam yang PAS perjuangkan. Jangan lupa DAP dipenuhi dengan pemimpin pemimpin lulusan undang undang dan PAS tidak akan berupaya untuk melawan putar belit peguam peguam DAP. Pada masa itu PKR tidak akan membantu PAS kerana struktur berbilang kaum yang ada dalam parti itu..

Apa yang diaturkan oleh DSAI adalah tolak ansur politik dan ianya tiada kene mengena dengan prinsip yang PAS perjuangkan. Tidak mustahil suatu hari nanti DSAI dan kroni kroninya dalam PAS akan membubarkan PAS dan bergabung dalam PKR untuk memudahkan kerjanya. Lihatlah apa yang terjadi pada PRM. Inilah yang dinamakan pecah dan perintah. Tok guru sibuk suruh bubarkan UMNO tiba tiba PAS pulak yang terbubar dan masuk PKR. Dalam politik segalanya berkemungkinan.

Tiada kejujuran hakiki dalam politik dan sejahat jahat UMNO mereka tetap mendoakan dan menyedekah Al fatihah apabila pemimpin PAS telah bersemadi kelak kerana mereka mengucap dua kalimah syahadah sepertimana yang dilakukan oleh MP MP UMNO di Parlimen semasa permergian Allahyarham Ustaz Fadzil Noor dahulu. Semoga Allah menempatkan beliau di kalangan roh roh orang orang yang dikasihiNya. Amin.


7 ulasan:

Jeffry berkata...

SALAM PERJUANGAN USCG
WADAH PERJUANG PAS SEMAKIN TERGELINCIR DARI PERJUANGAN ASAL. ORANG2 BWHAN SEMAKIN BERCELARU AKIBAT DARI TINDAKTANDUK PEMIMPIN ATASAN YG DI LIHAT TIDAK KONSISTEN DLM MEMARTABATKAN AGAMA.

JIKA DI AMATI SECARA INTELEK NIK AZIZ DAN HJ HADI ADALAH 2 PEMIMPIN YG BERBEZA PANDANGAN. NIK AZIZ LEBIH TERARAH KPD MANIFESTASI KEKUASAAN ANUWAR MANAKALA HJ HADI IBARAT SEORANG NAKHODA YG BERSEORANGAN TANPA PENGEMUDI. DITAMBAH PULA HUBUNGAN KEPURA2AN DAP TERHADAP PAS, PASTI MENDATANGKAN HASIL POLITIK YG LUMAYAN BAGI ANWAR.

TERNYATA KEMESRAAN 2 WATAK UTAMA PAS HANYALAH UTK MENUTUP KERIBUTAN YG BERLAKU DAN HANYA MENUNGGU MASA UTK KEHANCURAN

Rahman,Ahchong,Muniandy berkata...

Pas mana ada pendirian.Pas sdg melacurkan islam.Pas telah menyemarakkan perpecahan ummah.Dalam perlembagaan pas tiada tercatit mengenai hudud atau negara islam.Hanya Umno yg layak bercakap mengenai hudud atau negara islam.Umno juga adalah lambang penyatuan bangsa dan islam.Menjauhkan diri dari UMNO bererti mendekatkan diri kpd bencana dan kehancuran.

fedup berkata...

itulah pentingnya kita utk menyedarkan mereka yang celik tapi buta jaga tapi lena dari andaian dan igauan yang di nyanyikan oleh mereka..kita bukannya hendak suka hentam owg..kita kalau salah kita mengaku dan cuba perbaiki tetapi kalau mereka ini langsung macam tikus baiki labu..jgn lak cuba nak tegur..bak kata pepatah pandai tak boleh di ikut bodoh tak boleh di ajar..

TOk Goku cakap slanga kelate Haji HADi cakap slanga t'ganu..patutlah dua2 tak paham..kesian..ooohhhhhh kasian..

shonzu berkata...

Islam yang cuba N.Ajis bawa sekarang ni adalah 'Islam Angguk Saja'.

Bila nak cakap pasal laksanakan hukum hudud, Kepala Singh sergah sikit terus kata "Kita akan laksanakan 30 tahun lagi".

Bila cakap mengenai negara Islam, Kepala Singh berkata lagi "Langkah mayat saya dulu".

Bila cakap mengenai perpaduan sesama Islam pula, "Kita mesti ikut apa yang diputuskan semasa muktamar di Ipoh"

Bila bukan Islam mehu perkataan Allah diguna dalam ibadah dan dakwah mereka, N.Ajis angguk lagi.

Lepas ni, apa lagi yang N.Ajis nak anggukkan?? Jadilah kakak tua je, tak payah la perjuangkan lagi Islam wahai N.Ajis kakak tua.....

red rooster berkata...

Salam,
Well said bro. Pas hanya mempolitikkan Islam. Kata2 Nik Aziz tak perlu kita layan. Apa nak heran kalau dia kata Umno ni ajaran sesat (ceramah di manik Urai), Tuhan pun katanya ada mencarut...
mohon linkkan blog saya di sini.

T/kasih.

zul berkata...

Ketua Pemuda Gerakan ketinggalan zaman, kata MB Kedah
ALOR SETAR, Jun 25 — Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyifatkan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang ketinggalan zaman apabila terus mengajak orang menyertai BN.

"Semua sekarang nak tinggalkan Umno dan BN untuk menyertai PAS dan Pakatan Rakyat. Tiba-tiba dia pula ajak masuk BN, pelik sungguh," kata Azizan kepada media dalam satu majlis di Gurun hari ini.

Azizan mengulas gesaan Tan yang meminta DAP dan PKR menyertai BN bagi membentuk kerajaan baru di Kedah dengan meninggalkan PAS.

Ini kerana, kata Tan, kerajaan Kedah dibawah pimpinan PAS sekarang meminggirkan orang bukan Melayu di Kedah.

Menurut Azizan, Tan ketinggalan dalam banyak hal termasuk isu kouta 50 peratus untuk orang Melayu apabila tanah rezab Melayu diambil untuk projek perumahan di bandar Alor Setar.

Tan juga, kata Azizan, ketinggalan dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong.

Sebelum ini, Azizan berkata, yang tidak adil adalah kerajaan BN sebelum ini yang telah meluluskan tanah rezab Melayu untuk projek perumahan tetapi menetapkan hanya 20 peratus sahaja kouta untuk orang Melayu.

"Ini tanah rezab Melayu, bukan tanah pegangan bebas. Untuk tanah pegangan bebas, mana ada syarat itu," katanya.

Dalam isu pusat penyembelihan babi di Mergong pula, pusat yang terletak di Pasar Mergong ini, walaupun telah bergerak selama lebih 30 tahun, namun ia tidak pernah mempunyai lesen yang sah dari pihak berkuasa tempatan.

Aktivitinya pula mendapat bantahan orang Melayu yang turut ke pasar ini kerana bahan-bahan buangannya dibuang dalam tong sampah yang sama dengan penggunaan lain dan sebahagiannya dialirkan ke sungai berdekatan.

Ekoran bantahan itu, Majlis Bandaraya Alor Setar telah mengarahkan pusat penyembelihan ini dipindahkan ke tempat lain.

Ekoran itu, persatuan peniaga babi ini telah membuat rayuan kepada Menteri Besar Kedah untuk memberikan tempoh kepada mereka sebulan untuk mendapatkan tempat baru.

"Menteri Besar telah menulis surat kepada Datuk Bandar Alor Setar agar rayuan mereka ini diterima. Jika selepas sebulan mereka tidak dapat kawasan baru, itu masalah mereka kerana mereka yang meminta tempoh sebulan," kata Setiausaha Akhbar MB Kedah, Helmi Khalid yang dihubungi hari ini.

Menurut Helmi, satu kawasan baru telah dikenalpasti untuk dijadikan tempat penyembelihan babi ini iaitu di satu kawasan dalam Kampung Cina Pendang.

"Pejabat MB telah bersetuju dengan tapak baru ini jika mendapat kelulusan khasnya dari Jabatan Veterinar. Surat juga telah dihantar kepada Yang Dipertua Majlis Daerah Pendang agar permohonan ini diluluskan jika mendapat sokongan dari jabatan-jabatan berkaitan," beritahu Helmi.

Sementara itu, hubungan antara parti-parti dalam Pakatan Rakyat di Kedah sangat baik, kata anggota Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.

"Oleh itu, saya yakin pancingan Tan itu tidak akan dimakan oleh sahabat-sahabat saya dalam PKR atau DAP. Orang sekarang nak tinggal BN dan nak masuk Pakatan," kata beliau.

Tentang isu-isu yang dibangkitkan, Firdaus yakin ia akan adapat diselesaikan dengan baik Oleh MB Kedah.

"Sabarlah, isu babi ini sensitif dan tidak siapa mahu babi diternak atau disembelih di sebelah rumah mereka sekarang dengan wabak selsema babi ini. Jadi kena bersabarlah supaya kawasan yang dijadikan kawasan ternak dan sembelih itu nanti benar-benar sesuai," katanya.
Dipetik dari Malaysia Insider

fedup berkata...

zul..

aku suka stemen yang last tu..isu babi itu sensitif..tahu pun..kalau BN ker UMNO ker yang berstetmen macam tu..perrghhhh..dah roadshow..aku nak roadshoekan stetmen lidah tak bertulang mamat Jerai nie..bersabarlah..kalau di alih ker kampung cina ker kampung mana ker ceruk hutan mana ker..macam bersih pun tetap ianya najis dan membawa mudarat..kalau hendak berpegang kepada pejuangan ISlam PAS tu saya cabar PAS buat ketetapan tentang isu sensitif ini..jgn sedap cakap..sebab BN pernah mengatakan stetmen yang sama..ingat reaksi kowg dolu..

Pakatan di Kedah kukuh konon..Iyolah..