6/09/2009

KERAJAAN PERPADUAN : PAS Semakin Tersepit Dalam Pakatan Rakyat - DAP DAN PKR BELASAH PAS

Cadangan Kerajaan Perpaduan nampaknya mendapat reaksi negatif dari 2 rakan PAS, iaitu PKR dan DAP. Bermula dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang menafikan menyokong idea Kerajaan Perpaduan seperti yang dicadangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. UMNO sentiasa bersikap terbuka dalam membentuk perpaduan Negara yang sememangnya menjadi asas perjuangan kita. Kita yakin ramai di kalangan ahli PAS yang memihak kepada Presiden mereka.

Naib Presiden PKR, Azmin Ali pula memberi peringatan kepada penyokong PAS bahawa kekejaman yang kononnnya dilakukan oleh BN terhadap mereka tidak dapat dilupakan. Ini menunjukkan bahawa idea ini bukan mewakili Pakatan Rakyat tetapi mewakili PAS sahaja.

Apa salahnya jika berunding? Kenapa PKR terlalu gusar untuk berunding bersama BN? Kekejaman? Pandangan PAS sewajarnya diambil kira mereka demi kepentingan dan kestabilan Nrgara kita.

Namun, cadangan Presiden PAS bukan sahaja mendapat reaksi negatif dari kalangan PKR dan DAP, terdapat sebilangan kecil pemimpin PAS yang dikatakan memihak kepada team Erdogan juga menentang habis-habisan usaha ke arah itu.

Persoalannya, jika PAS berkeras akan merealisasikan idea ini, ke manakah arah Team Erdogan? Adakah mereka akan keluar parti dan menyertai PKR? Kita tunggu dan lihat....

Bersambung.


Tiada ulasan: