Pengarah Pilihanraya PAS Pusat,Datuk Mustafa Ali telah mengadakan satu sidang akhbar mengejut di ibupejabat PAS di Kuala Lumpur pagi Selasa yang jelas ' korner baring' dari kenyataan Presiden PAS Datuk Haji Hadi Awang pada muktamar parti itu mengenai idea kerajaan perpaduan.
Mustafa yang diketahui umum rapat dengan Haji Hadi telah meminta semua pimpinan PAS dan pakatan pembangkang berhenti cakap mengenai hal berkenaan.Katanya perbincangan untuk tujuan itu tidak relevan buat masa ini.Beliau mengakui soal berbincang dengan UMNO itu pernah dibangkitkan satu ketika dulu tetapi tiada suatu keputusan dibuat.
Menurutnya ini kerana kebanyakan pimpinan PAS tidak setuju dengan idea berkenaan.Mustafa menegaskan PAS akan terus berusaha memperkuatkan pakatan pembangkang.Para pemerhati politik menilai perubahan kenyataan ini ada kaitan dengan tekanan dari PKR dan DAP serta menjelangnya pilihanraya kecil Manek Urai.
Nampaknya idea murni yang dibentuk dari Presiden PAS sendiri tidak disenangi ramai pihak termasuk Pengarah Pilihanraya mereka sendiri. Seolah-olah pandangan Presiden mereka diperlekehkan. Entahlah... Perpaduan adalah kunci kejayaan sesebuah Negara. Islam sendiri mengajar umatnya bersatu hati dan bersama-sama dalam membentuk sebuah Negara yang aman damai.
Malah di kaalangan pimpinan UMNO terus memberi reaksi yang positif terhadap idea pembentukan kerajaan perpaduan.Setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan sikap terbuka beliau terhadap idea Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu Ahad, Naib presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata ia satu hal yang baik demi agama dan ummah.
Tapi tidak mengapalah. Tetapi peliknya, dalam banyak-banyak usul yang diketengahkan dalam Muktamar PAS, mengapa tidak diusulkan perkara ini? Suka hatilah. Tapi, berbincanglah dengan bijak demi agama dan ummah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan