6/22/2009

UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN KEMBALI BERBISA - Majlis Pelancaran Blog dan Buletin UMNO Cawangan Mendapat Sambutan Luar Biasa



Majlis Pelancaran Blog dan Buletin UMNO Cawangan Gombak Selatan memberi mesej baru dalam sebuah parti sebenar yang mampu berjuang demi Negara. Ianya dilancarkan dengan penuh sambutan dari kalangan pemimpin UMNO Cawangan dan beberapa wakil dari UMNO Bahagian Wangsa Maju.

Pada majlis tersebut juga diadakan Persidangan UMNO Tahunan Cawangan Gombak Selatan. Persidangan UMNO Cawangan pada tahun ini menunjukkan satu transformasi baru dan semangat baru di bawah kepimpinan 2 gabungan RAZAK iaitu Ketua UMNO Cawangan, En. Abd. Razak Muhamad dan Timbalannya, Tuan Haji Abdull Razak Hj. Alias.

Sambutan yang diberikan dari kalangan ahli juga sungguh memberansangkan. Ini menunjukkan bahawa Gombak Selatan masih lagi dikuasai UMNO dan masyarakat kawasan masih lagi meletakkan UMNO sebagai tunggak perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.

Majlis ini dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr. Haji Shafei Abdullah dan beliau amat berbangga dengan inisiatif UMNO Cawangan Gombak Selatan yang merupakan antara UMNO Cawangan yang aktif di Bahagian Wangsa Maju.

Disebabkan beberapa masalah teknikal, gambar sekitar Majlis Pelancaran tidak dapat disiarkan pada hari ini.

Gambar-gambar sekitar Majlis Pelancaran ini akan disiarkan dalam masa terdekat ini....

4 ulasan:

kif_0206 berkata...

wah.. bagus! teruskan perjuangan..

Kg Pulau Timbul berkata...

Tahniah..Teruskan Perjuangan..Walaupun kami disini tak diiktiraf seperti gombak selatan tapi kami akan terus berjuang bagi memertabatkan umno..

Tanpa Nama berkata...

ALHAMDULLILAH SEMUANYA BERKAT KERJASAMA DAN KEIKHLASAN SEMUA PIHAK YG TERLIBAT MENJAYAKAN MAJLIS INI. SEMUANYA DEMI UNTUK AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. TAHNIAH DI UCAPKAN. SEMOGA UCGS TERUS MANTAP!

BUDAK CAWANGAN berkata...

Tahniah..Teruskan Perjuangan..Walaupun kami disini tak diiktiraf seperti gombak selatan tapi kami akan terus berjuang bagi memertabatkan umno..