7/29/2009

HANTU SIVAKUMAR KEMBALI GANGGU DUN PERAK...

Polemik politik Perak sepatutnya telah terhenti sekiranya semua pihak tahu menghormati keputusan yang telah dibuat. Ikut amalan, setelah sesuatu Dewan Undangan Negeri dirasmikan dengan titah Diraja, sidang berkenaan sah. Dalam konteks negeri Perak, titah Diraja telah disampaikan dan Speaker yang mengendalikan majlis perasmian ialah Datuk Ganesan yang baru dilantik menggantikan V. Sivakumar.

Namun, Sivakumar atau lebih tepat pembangkang tetap pembangkang. Terbaru, Sivakumar hendak membawa Ganesan kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan kerana mendakwa dirinya masih Speaker dan sidang DUN yang berlangsung Mei lalu tidak sah.

Hendak mendakwa Ganesan boleh dibaca sebagai tindakan politik tetapi untuk menyatakan sidang tidak sah setelah Pemangku Sultan Perak, Raja Dr Nazrin Shah menunggu hampir lima jam untuk menyampaikan titah ucapan, ia dilihat sudah melampau. Malah tindakan Sivakumar masih menggunakan kepala surat Yang Dipertua Dewan Negeri Perak dalam urusan surat menyuratnya disifatkan satu perbuatan jenayah.

Untuk itu Kelab Penyokong BN (BBC) DUN Perak yang diwakili oleh empat ADUN Barisan Nasional (BN) hari Selasa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh terhadap tindakan Sivakumar tersebut.

Pengerusinya Datuk Nadzri Ismail, berkata tindakan Sivakumar melakukan perbuatan itu adalah kesalahan yang serius dan berunsur jenayah.

"Kami menggesa pihak berkuasa menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan segera bagi membendung salah laku seperti ini...seperti biasa Sivakumar dan gerombolan daripada pakatan pembangkang bertindak mengikut 'undang-undang rimba'.

"Mereka telah mengenepikan proses bertamadun dan tindakannya itu adalah satu tindakan "penyamaran" yang juga pelakuan jenayah," katanya. Turut bersama membuat laporan polis itu adalah ADUN Air Kuning, Datuk Shamsudin Abu Hassan; Sham Mat Sahat (Alor Pongsu) dan Datuk Nasarudin Hashim (Bota).

Ini bukan kali pertama Sivakumar bertindak menggunakan kedudukannya untuk membuat tindakan melalui Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Semasa masih menjawat jawatan Speaker, beliau telah menggantung Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exco yang dilantik oleh Sultan Perak daripada menghadiri sidang DUN.

Walaupun Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan penggantungan berkenaan tidak sah tetapi semasa mengendalikan sidang DUN Mei lalu, Sivakumar yang telah diberikan keputusan Mahkamah berkenaan tetap ‘buat gila’ dan tidak peduli dengan keputusan mahkamah. Setelah itu ada laporan polis dibuat dan sehingga kini tiada pun tindakan menghina mahkamah dikenakan terhadap Sivakumar.

Menjelang tempoh enam bulan selepas sidang DUN terakhir 7 Mei lalu di mana DUN perlu bersidang sekali lagi, sudah tentu banyak lagi pertunjukkan politik akan dipentaskan oleh Sivakumar. Apatah lagi pembentangan Bajet Negeri akan juga dibuat di DUN, maka sudah tentu tindakan ‘memanas badan’ perlu dibuat dari sekarang.


3 ulasan:

melor45 berkata...

Apa takut sama hantu sivakumar itu najib juga ada hantu mr.ji dari kerala.

fedup berkata...

nak buat bagaimana dah giler talak..hai tak tahu aku owg macam nie..ada sahaj rancangan untuk menghalang agenda k'jaan utk membantu rakyat..kowg pergilah jaga tempat masing2 dpd membuat onar dan juga masalah..tempat kowg tu lagi byk masalah yang di hadapi oleh pengundi yang percayakan kowg utk membela mereka..udah2 le tu..

fedup berkata...

tapi antoo nie tak gheti bahasa..nama jer duduk malaysia bahasa melayu tak paham..