7/05/2009

Isu Kg. Buah Pala : GUAN ENG MINTA BANTUAN NAJIB - DULU KATA BN KERAJAAN ZALIM. BUAT APA MINTA TOLONG KERAJAAN ZALIM?

Cakap main hentam di luar memang senang.Lain ceritanya bila sudah jadi kerajaan.Ini al-kisah bila mana Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tersepit antara memenuhi tuntutan puak Hindraf yang menyokong pembangkang dan realiti bila sudah mentabir sebuah negeri.

Rasanya macam selalu dengar pembangkang menghentam kerajaan Barisan Nasional bila tidak dapat selesaikan isu melibatkan setinggan dan hal-hal yang sewaktu dengannya. Apa macam bila dengar jerit pekik Hindraf memaki hamunnya bila kerajaan DAP pula gagal selesaikan isu Kampong Buah Pala dekat Gelugor yang melibatkan 23 keluarga kaum India di situ?

Bukan kata orang luar tetapi orang Pulau Pinang sendiri tidak begitu sedar mengenai kewujudan kampong yang dikenali sebagai ‘ High Chaparal’ ini hinggalah timbul hu ha bila perlu pindah keluar kerana ia hendak bangunkan oleh pemilik tanah untuk projek kondominium mewah. Penduduk Kampong Buah Pala yang kebanyakannya gembala lembu merasa diri mereka berhak keatas tanah kerana sudah tinggal lama di situ sekalipun ia sudah dimilik secara sah oleh Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang.

Kemuncaknya Guan Eng Sabtu lalu mengakui pada para wartawan Sabtu Kerajaan Pulau Pinang tidak boleh berbuat apa-apa terhadap nasib 23 keluarga untuk terus tinggal di situ. Beliau turut 'bersimpati' dengan nasib penduduk berkenaan yang diarahkan keluar dari kawasan itu.

Dalam keadaan tersepit antara tuntutan penduduk dan perintah undang-undang, beliau kemudiannya mengambil jalan tengah dengan meminta bantuan Datuk Seri Najib untuk mengambil balik tanah itu daripada Koperasi Pegawai Kerajaan Pulau Pinang dan membayar pampasan kepada pemaju, Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhd.

Menarik juga bila Guan Eng kata selain menjaga kepentingan 23 keluarga itu, kerajaan negeri juga perlu melihat keperluan 1.5 juta penduduk negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik mereka. Ini kerana biasanya alasan seumpama ini yang diberikan oleh Barisan Nasional tidak mungkin diterima pembangkang yang biasanya dakwa ia tolak dalik.

Sewaktu bercakap dengan para wartawan jelas ada rasa kurang senang diwajah Guan Eng. Ini berkaitan dengan dakwaan kononnya beliau mengelak bertemu sendiri dengan penduduk Kampung Nuah Pala. Dakwaannya beliau tidak pernah mengelak untuk berjumpa dengan penduduk terbabit tetapi perbuatan sekumpulan "oportunis" telah mengeruhkan keadaan di situ.

"Saya bersedia bertemu dengan penduduk...saya tidak ada masalah untuk berjumpa mereka tetapi setakat ini dua timbalan saya (Timbalan Ketua Menteri I (Mansor Othman)dan Timbalan Ketua Menteri II (P.Ramasamy) telah berjaya melaksanakan tugas mereka dengan baik.

Beliau secara terbuka mengakui kesal dengan tindak tanduk ada kalangan ahli PKR dalam isu berkenaan. "Saya kesal ada segelintir anggota Parti Keadilan Rakyat cuba hendak menjadi hero dan mengeruhkan keadaan," katanya.

Terbaru pihak Hindraf telah memberi Guan Eng seminggu agar selesaikan segera isu Kampong Buah Pala. Dalam pertemuan ketua Hindraf ,P Uthayakumar dengan penduduk kampong itu beliau disertai oleh Timbalan Pengerusi PAS Pulau Pinang Mujahid Yusof Rawa dan Ahli Parlimen PKR Balik Pulau Yusmady Yusof. Senario sebegini pada ketika Guang Eng tersepit dengan isu berkenaan dikatakan membuatkan kalangan pimpinan DAP merasa kurang senang.

Sabtu pula berlaku insiden yang memalukan bilamana seorang wakil Kampung Buah Pala, KM Shanta mengadakan sidang akhbar di pejabat PKR Tanjung membacakan satu kenyataan yang memuji kerajaan pakatan pembangkang dalam menangani isu itu.

Ini kerana pendiriannya berbeza dengan kebanyakan penduduk Kampong Buah Pala lain yang hentam kerajaan negeri. Tembelangnya terbuka bila gagal menjawab soalan para wartawan dan dicabar adakan sidang akhbar itu di Kampong Buah Pala. Dia kemudiannya menarik balik kenyataanya dan batalkan sidang akhbar itu.

Dulu cakap kerajaan BN zalim lah, biarkan rakyat terseksa lah, kejam, komunis dan macam-macam lagi. Sekarang baru tahu. Dulu tahu bangkang, maki hamun sahaja. Masa mula-mula memerintah dengan bongkaknya cakap, "Saya akan mengamalkan kepimpinan Umar Ibnu Abd. Aziz, Amar Makruf Nahi Mungkar". Cakap macam pemimpin Islam. Baru cakap soal arak dan babi, sudah melenting.

DAP pernah cakap UMNO ni tidak pernah menjaga kepentingan orang bukan Melayu dan Islam. Di hasut bersama Anwar Ibrahim di setiap pelusuk Negeri di Malaysia. Sekarang? Inilah akibatnya memfitnah, menghasut cara babi buta.

Bangkitlah rakyat Malaysia. Ingatlah, BN banyak berjasa pada anda. Keburukan kami perbetulkan, Kebaikan kami mantapkan. 1Malaysia moto kehidupan, Rukun Negara asas pegangan berbilang kaum. Inilah rakyat Malaysia.


5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lim Guan Eng sebenarnya sangat anti melayu dan tak suka pada India.Aku doakan YB YB PR melayu/india p.pinang tentang aja anak apek Lim Kit Siang ni.jangan bagi masa dia perentah P.Pinang lama sangat,cukup la. 16 bulan.hangpa tengok masa raya cina akan datang apa anak apek ni nak buat, hayati betul betul cara dia perentah p.p.Masa raya cina yang lepas melayu dan india tak perasan apa anak apek ni buat.next raya cina hangpa pantau dan hayati cara dia dgn lebih rapat.buka mata buka otak buka hati,jangan sokong dia.

KHAIRUL berkata...

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya dan link kan blog saya didalam blog saudara.Pada saya kita harus berani menyuarakan kebenaran.Kita ingin UMNO kembali kuat seperti dulu.Kita bersatu kembali dan kita semua harus menyerang pembangkang mulai sekarang.Sebelum ini kita terlalu banyak bertahan.Tidak kira apa isu tentang pembangkang kita harus besarkan.Biar mereka pula yg dalam ketakutan.Yang penting apa pun kita timbulkan mesti berdasarkan fakta.Akan saya link kan blog saudara dalam blog saya.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang tiba masanya UMNO pulak desak Najib supaya jangan masuk campur urusan DAP di Pulau Pinang. PPP melalui T Murugiah belum apa2 dah setuju kata Pusat sedia membantu kaum India di Kg Buah Pala. Tak kan lah UMNO tak nampak lagi politik perkauman yang berlaku. So, UMNO jangan takut kalau nak tolong bangsa melayu. Aku heran apa yang UMNO takut sangat.

fedup berkata...

bukan takut sangat hanya kena melihat dari semua sudut..PPP menangguk di air keroh..kesan dari kepincangan mereka namun begitu rasanya UMNO akan lebih rasional dalam hal ini..aku rasalah tapi itu belum tahu lagi..cuma harap biar DAP yang selesaikan apa yang mereka reka..bang nuar nolonglah dak eng ni hah..
sian dia..terkonteng - konteng dia kat situ..

dahlah kowg kutuk dia..maki dia..skank mintak tolong dia pulak..tak malu ker..

masa kempen pilihanraya dulu dia kata kampung buah pala akan di jaga di bela..janji dia..skank mana janji lu apek..

Jeffry berkata...

SLM PERJUANGAN USCG..INILAH AKIBATNYA JIKA SUKA BERSIKAP BODOH SOMBONG. SEBELUM MEMERINTAH DAH PANDAI BUAT JANJI, MENGAKUI DIRI LEBIH TERPUJI, MASUK BAKUL ANGKAT SNDIRI TP PADA AKHIRNYA MEMAKAN DIRI.

RAKYAT TANJUNG HARUS MELIHAT PERISTIWA INI SEBAGAI SATU PERISTIWA MALANG UNTUK DI KENANG. SEBAGAI SATU PERINGATAN BAHWA MEMERINTAH SESEBUAH NEGERI BKN HANYA PADA JANJI2 YG TAK LEBIH DARI RETORIK SEMATA2 TETAPI ADALH SATU TANGGUNJWB BESAR YG WAJIB DIPIKUL UTK DILAKSANAKAN.

SEMUA ORG PANDAI BERJANJI ITU DAN INI. TP BOLEH KE MEREKA MENUNAIKAN JANJI SEPERTI APE YG MEREKA TELAH JANJIKAN DULU? NAH SKRG TEPUK DADA TANYE SELERA!