7/04/2009

PERHIMPUNAN 100 000, YANG HADIR 5000 - ANWAR KATA UMNO AMAL KRONISME. Hmm....ANWAR, AZIZAH, NURUL IZZAH....

Hanya sekitar 5,000 orang hadir pada Himpunan 100,000 rakyat anjuran pakatan pembangkang di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya Selasa malam. Pada malam itulah Anwar Ibrahim menipu penyokong mereka dengan mengatakan bahawa Pakatan masih utuh dan punca perpecahan Pakatan disebabkan UMNO dan BN. Himpunan itu diadakan dengan tujuan untuk tunjuk pembangkang tidak berpecah kerana isu kerajaan perpaduan dan memberi penjelasan kepada para penyokongnya mengenai isu berkenaan.

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat asalnya jika ikut pengumuman dan hebahan awal akan berucap di himpunan itu tidak hadir. Pemimpin lain yang berucap di himpuan itu ialah Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim,Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Naib Presiden PAS Salahudin Ayub. Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa tidak hadir di himpunan itu.

Hadi dalam ucapannya antara lain kata PAS tolak perpaduan dengan UMNO kerana parti itu gagal untuk jadi model Islam sebenar. Sanggup bekerjasama dengan DAP. Katanya pakatan dengan PKR dan DAP lebih bagus sebab itu menang banyak pilihanraya kecil. 3 hari selepas ceramah ini DAP Kedah bertindak keluar Pakatan Kedah sebab tidak puas hati layanan PAS Kedah.

Manakala Anwar kata himpunan itu bertujuan untuk tolak dakwaan media dikuasai UMNO kononnya pakatan pembangkang berpoecah kerana isu kerajaan perpaduan. Ketua Pembangkang itu terus bawa macam-macam cerita lapuk termasuk isu PKFZ dan kehebatan beliau dan rakan-rakan di Parlimen lawan rasuah malah turut selain itu minta Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan digantikan.

Perhimpunan yang bermula pada jam 9 malam itu berakhir kira-kira dua jam kemudiannya. Dipercayai ini kerana ia kurang mendapat sambutan. Kebanyakan yang hadir pula terdiri dari para penyokong PAS.

Sebilangan besar pengikut PAS, mereka datang nak dengar Tok Guru dan Hadi bercakap, tetapi akhirnya melopong bila Menteri Besar Kelantan itu tak muncul dan Hadi macam nak tak nak bercakap. Mungkin yang lain barangkali bosan ditipu cerita-cerita politik yang sudah basi dan Anwar pula tak habis-habis nak pertahan pasal kes dakwaan meliwat pembantunya.

Anwar, penyokong kamu tak datang, tu salah BN juga ke? Yang datang penyokong PAS saja. Penyokong DAP pun tak datang. Salah BN juga ke? Yelakan, BN memang suka 'menghasut'. Jahat lagi keji. PKR saja parti keramat. Maksum... Mengarut.

Dalam ucapan Anwar, biasalah. Cakap UMNO amal kronisme, nipotisme. Anwar, ada ke Perdana Menteri, Datuk Seri Najib lantik isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai Presiden UMNO? Ada ke anak-anak beliau bertanding di mana-mana kerusi Parlimen atau DUN? Kami rasa kamu yang amal nepotisme. Isteri dan anak-anak kamu diberi jawatan dalam parti. Siap Ahli Parlimen lagi.

Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan berasa hairan kenapa sejak akhir-akhir ini penyokong Anwar sering mengaitkan Isteri Perdana Menteri dengan gelaran Gila Kuasalah, nak jawatan lah.. Macam-macam. Baru jadi isteri PM tu, dah kena fitnah macam-macam. Siapa yang gila kuasa sekarang? Lihat sahaja jawatan dalam PKR, bukan jawatan anak-beranak ke tu? De Facto Anwar, Presiden isteri dia, Sri Kandi anak dia. Tu jawatan tertinggi. Belum cakap lagi jawatan dalam Bahagian dan Cawangan. Bukan hendak memalukan keluarga Anwar. Anwar ini semakin hari semakin melampau. Dihina keluarga Pemimpin UMNO. Laki bini, anak beranak difitnah.

Pernahkah Datin Seri Rosmah berucap semasa kempen pilihanraya menghina Anwar anak beranak? Pernah? Berucap pun tak pernah. Beliau tidak pernah mengganggu mana-mana pemimpin Pembangkang pun. Kenapa Anwar dan penyokong mereka tak kering gusi menghina keluarga pemimpin UMNO. Cukuplah sekadar mengkritik pemimpin kami. Jangan dikaitkan pula dengan anak bini mereka.

Sedarlah, Anwar akan terus memfitnah dan mengaburi mata rakyat. Sedarlah penyokong Anwar, anda sesat dengan 'ajaran' yang dibawa Anwar.

7 ulasan:

Jeffry berkata...

SALAM PERJUANGAN USCG..
AMAT MELETIHKAN..MEJENGKELKAN..MERISAUKAN..BKN KERAJAAN TAPI PAKATAN. MELETIHKAN - APABILA ANWAR TERPAKSA MEMERAH OTAK MENCARI SEGALA MCM ISU UTK DIKETENGAHKAN WALHAL SEPERTI YG KITA SEDIA MAKLUM ADALAH PERKARA YG SAMA SAJE.

MNJENGKELKAN - APABILA JUMLAH KEHADIRAN PENYOKONG2 PAKATAN YANG DIJANGKA MEMENUHI STADIUM TIDAK SEPERTI YG DIHARAPKAN SEBELUM INI BERBANDING DI MASA2 LALU DI WAKTU KEMUNCAK PRU12 PAKATAN MEMPEROLEHI KEMENANGAN DI 4 BUAH NEGERI. PETANDA YG MENYOKONG BAHWA PENGARUH REFORMASI BAKAL LENYAP TAK LAMA LAGI.

MERISAUKAN - PEMIMPIN2 PAKATAN YANG BINGUNG DGN POLITICAL GAME MEREKA SENDIRI. SDGKAN MEREKA ADALAH AKTOR2 YG HEBAT. MEMPUNYAI PELAKON2 TAMBAHAN YG JUGA HEBAT2 BELAKA. TAPI DI AKHIRI DGN SENTUHAN KECUNDANG OLEH SUTRADARA ANWAR BERAHIM.

KESIMPULAN: PAKATAN HANYA PADA NAMA TAPI LANGSUNG TAK BERERTI SAMA SEKALI!

mrakunman berkata...

Salam.. takbur dan bongkak adalah sahabat syaitan. Rakyat.. dah mula sedar, bahawa penipuan semakin terungkai, kerana itu perhimpunan ini tak menarik lagi.

Ct berkata...

Betul jugak... Isteri Najibh tak pernah pun cakap soal politik.. kacau pemimpin pembangkang.. Dia hanya jalankan aktiviti2 sosial sahaja. Yg penyokong Anwar hina Isteri najib anak beranak watpe?

Inilah Anwar.. Tak penah ngaku kesilapan sendiri. De je point die nak hasut rakyat benci UMNO.. Da desperate sgt la tu..

Shah berkata...

Kita biarkan dan buat tak tahu. Kita perlu memperkuatkan UMNO & BN melalui kerjasama dan jangan pentingkan jawatan.

fedup berkata...

anwar ucap kit siang tido..anwar cakap hadi bobom..ish ish ish..hadi ucap anwar pening..kit siang ucap..anwar hepi..kronisme..kit siang anak beranak jadi dun dan ahli parlimen..kowg semak DAp tu sape yang duduk dalam jawatan besar..PKR si Izzah n kak wan..pikior la wehh..

sikit sikit UMNo sikit2 UMNO..BN la..k'jaan la..diowg nie sakit kronik dah la..

menyampah biel baca fitnah diowg..haa apa lagi PAS bela diowg..kalau berani kerana benar takut kerana salah...

Afdzal Mokhtar berkata...

salam bro..dorg ni sebenarnya x de modal lain nk ckp..sbb tu asyik hentam sane sini x tentu pasal..rakyat sebenarnya boleh tgk yg umno semakin hari semakin bagus..bukan nk puji parti umno tapi mmg kenyataan pun cume pembangkang dan penyokong2 fanatik dorg je yg x bole terime..


anakmelayu30.blogspot.com
support bro...

Tanpa Nama berkata...

kesilapan kita ialah terlalu sibuk memberi publisiti berlebih2 terhadap org yg tak relevan... tak meluat ke?