7/03/2009

Pakatan Semakin Retak - ANWAR KATA BERPUNCA DARI BN... BN LAGI..

Ucapan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kelana Jaya baru-baru ini telah menipu dan memperdaya penyokong-penyokong beliau dengan menegaskan bahawa Pakatan Pembangkang masih kukuh dan utuh. Beliau juga menyalahkan UMNO dan BN sebagai punca perpecahan Pakatan Pembangkang. Hah? Pulak?

Habis tu, kisah DAP Kedah keluar dari Gabungan Pakatan Kedah tu salah BN juga ke? Yang DAP gaduh dengan PAS pasal isu Babi tu salah BN juga ke? Datuk Seri Anwar nampaknya masih menyalahkan BN kerana terdesak. Sebab dia tahu Pakatan sedang bergolak. Tetapi taknak penyokong dia lari, salahkan BN. Macam biasa lah. Media elektronik yang disalahkan. Surat khabar Utusan dan Berita Harian jadi mangsa. Surat Khabar dia saja yang bagus.

Baru setahun lebih Pakatan memerintah Kedah, sudah huru hara sehinggakan DAP Kedah bertindak keluar dari Pakatan. Adakah pertelingkahan ini ada kaitan dengan BN? Media hanya melaporkan apa yang berlaku. Dan ianya melalui fakta dan realiti. Memang DAP Kedah keluar Pakatan pasal masalah Pusat Penyembelihan Babi. Betul kan?

Kisah 2 Negeri di Kedah dan Pulau Pinang adalah bukti kukuh dan nampaknya persefahaman antara 3 parti ini tidak seperti yang dikata, amat akrab. Di Pulau Pinang apa kurangnya. Perlucutan jawatan Ahli PKR dari jawatan MPSP telah menyebabkan ramai pucuk pimpinan PKR Negari tidak berpuas hati dengan Kerajaan Negeri di bawah pimpinan DAP.

Inilah akibatnya, apabila pemimpin mereka memfitnah Kerajaan BN, menghina dan mencaci Kerajaan BN. Sampaikan ulama' dan golongan yang dihormati menyokong kami pun dihina juga. Inilah akibatnya apabila mereka menghasut rakyat untuk menumbangkan BN yang kononnya tidak berjiwa rakyat, tidak bersatu padu dan berjawatan atas kepentingan peribadi.

PAS sebelum PRU 12 sering menghentam UMNO jahil dalam menangani isu sensitiviti. Menganggap kami tidak bijak menyelesaikan masalah ini. Dihina dan cerca kami. Sekarang? Isu babi pun boleh menyebabkan sebuah gabungan 3 ini tumbang? Siapa yang tidak bijak sekarang? Inilah PAS, bangga dan bongkak kata Pakatan mampu perintah Malaysia. Kami bersatu hati. Perjuangan demi rakyat. Tak kira Melayu, Cina, India, Kadazan bla3. PAS untuk semua. Sanggup bekerjasama dengan syaitan tapi tak sanggup kerjasama dengan UMNO. Sanggup pilih DAP sebab UMNO sama sahaja dengan Komunis. Sekarang? Apa cerita? Salah BN juga?

Allah Maha Besar. Selepas ini, apa pula yang akan berlaku. Kami berani jamin, Pakatan yang di sebut Pakatan Rakyat tidak akan kekal lama. Ini semua hanyalah mainan politik sementara kerana mereka mencapai kemenangan di beberapa buah negeri.

BN tetap bersatu hati. Tidak kira kita menang, atau kita kalah. Kita hadapi semua ini dengan satu nama, satu bendera, satu hati.... Inilah Barisan Nasional..


11 ulasan:

Anak Wangsa Maju berkata...

Anwar memang... Dia akan sentiasa cari helah.. tgk lah... dorg cari pasal.. bn yang kne..

Skit2 bn.., maksum betul Paktan ini kan..

Suhaila berkata...

Jgn dibiar Anwar trus mngaburi mata rakyat..

Kita perlu sedarkan rakyat tntg rancangan Anwar ini..

PAS, jgn la nk jadi pak turut Anwar gi.. Sedar dan bangkitlah kita bersatu...

Tanpa Nama berkata...

HIDUP BN... TUMBANG ANWAR....

Sakalian Alam berkata...

Padan muka PAS... Gi la cium mulut dgn DAP gi... Anwar skali...

Tanpa Nama berkata...

BN parti komponen yang sewajarnya diterima rakyat..

Bangkit2... Jangan biar Anwar terus menjadi raja...

Arip berkata...

Amek kau.. Padan muka PAS... Sombong, bongkak..

Bila menang, syang siap cium mulut.. Bila kalah, gaduh sesama sendri.. Itulah Pakatan

Tanpa Nama berkata...

Anwar tidak ada credibility lagi kalau masaalah dalaman sendiri pon di fitnah kan keatas orang lain.

Macam ni nak jadi perdana menteri konon.

Pemimpin macam mana ni?

Tak menerima hakikat,berbohong,tak ada responsibility.

Tanpa Nama berkata...

Tak malu ke Anwar berbohong depan beribu2 penyokong dia.?

Takkan penyokong dia tak tahu perkara sebenarnya.

fedup berkata...

dah keje putar alam..itu saja la dia buat..isu babi kat kedah tu BN ker yang memekak..mana ada..ck zizan yang beriya-iya mau tutup..balik2 DAp keluaq..tu pasai si Guan eng tu..awat..BN kaa..UMNO kaa..tu la kalau pi angkat dpa yang bukan dari asai tempat tu..lagu la jadinya..ni duk tunggu apa pulak di selagoq..kecut perut teloq masuk dlm la cheq ooiii..

rasakan pakatan pembangkang dah jadi pakatan bengap

Jeffry berkata...

SLM USCG..MACAM ACARA RENANG OLIMPIK. PELBAGAI JENIS TEKNIK YG DITUNJUKAN PESERTA. DARI GAYA KUAK BEBAS, KUPU2, KUAK LENTANG, TERLENTANG, TERBARING DAN BERMACAM2 JENIS LG, BEGITU JUGA LAH ANWAR CUBA MEMANIPULASIKAN KEADAAN ISU SEMASA.

BELIAU AKAN CUBA MEMBANGKITKAN SEMULA SEMANGAT 'REFORMASI' DLM DIRI PENYOKONG2NYA YG KELIHATAN KURANG BERSEMANGAT SEJAK AKHIR2 INI. ISU2 YANG LAPUK DI BANGKITKAN DGN HANYA MENGOLAH DAN MENYUSUNKATA AYAT SEBAGAI PENAMBAH SERI PD CERAMAH BELIAU.

KEKUATAN PAKATAN SEMAKIN MELEMAH. KEADAAN IN JUGA CUBA DINAFIKAN OLEH ANWAR DGN SEWENANG2NYA MENUDUH BN SEBAGAI DALANGNYA. TIDAK HAIRANLAH BELIAU SEMAKIN GALAK MENUDUH BN SEBAGAI PUNCA KERETAKAN PAKATAN KERANA RISAU KES PERBICARAAN YG SEMAKIN HAMPIR ATAU TERDESAK MELAKUKAN 'LAST KAMIKAZE ASSAULT'.

SEBENARNYA ANWAR HANYA MAHU MENYELAMATKAN DIRINYA DAN BUKAN GAGASAN PAKATAN YG BELIAU KETAHUI SUDAH TAK BERMAYA UNTUK DIPERTAHANKAN

fedup berkata...

betui jef..

namun reformasi tidak akan menjadi..
politik terdesak yang mereka amalkan sudah tiada ummpphh lagi..segala perisa rahsia tambahan mereka sudah di ketahui..sooo apa lagi..alihkan pada orang lain..

tengoklah apa lagi mereka nak buat lagi..wait n see..