7/20/2009

YB WANGSA MAJU DAKWA EXCO SELANGOR TERLIBAT KONGSI GELAP - APA KAITAN DENGAN KEMATIAN TEO BENG HOCK?

Jika anda masih ingat sebelum kes kematian SETPOL Exco Selangor, Teo Beng Hock, Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Chee Keong mendakwa terdapat seorang Exco Selangor yang terlibat dengan kongsi gelap.

Siapa Exco terbabit?

Apa kaitan kematian saksi utama kes SPRM yang melibatkan Exco Selangor, Teo Beng Hock dengan penglibatan kongsi gelap seperti yang didakwa Ahli Parlimen Wangsa Maju ini? Wow, lagi dahsyat kes Selangor sekarang.

Apakah beliau Exco yang sedang berdepan kes mahkamah kerana didakwa menghalang pengkuatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menjalankan operasi ke atas pusat hiburan di Puchong dua tahun lalu?

Punggung Khalid pasti bertambah panas apabila Teresa mengakui tujuh ADUN dalam Daerah Petaling sedang menyiasat mereka berhubung perbelanjaan peruntukkan kawasan masing-masing.

Lebih mengejutkan Teresa cuba memainkan sentimen perkauman dengan mempersoal apakah siasatan itu kerana kesemua wakil rakyat pembangkang itu adalah Cina. "Saya mahu bertanya apakah jenayah yang kita lakukan. Sebagai wakil rakyat, kita perlu menyediakan dana kepada mereka yang kita rasa memerlukan pertolongan. Mengapa kita hendak diganggu?

"Mengapa hanya tujuh orang kita sahaja? Adalah kerana kita semua Cina?" soalnya dalam sidang media di Shah Alam, Isnin. Ketujuh mereka termasuk Teresa), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama), Edward Lee (Bukit Gasing) dan Lau Weng San (Kampung Tunku).

Kesemua wakil rakyat berkenaan diperuntukkan RM500,000 setiap tahun, yang boleh digunakan untuk melaksanakan projek kemasyarakatan, kebajikan, infrastruktur dan perkara-perkara lain. Katanya, fail-fail berkaitan peruntukan kerajaan negeri kepada setiap wakil rakyat berkenaan, telah diambil oleh SPRM dari Pejabat Tanah dan Galian dua minggu lalu.

Inilah natijah apabila Khalid sering melaung-laungkan pentadbirannya lebih baik daripada pimpinan Kerajaan Barisan Nasional (BN) terdahulu. Beliau lupa, bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan selimut.

Sebelum ini sudah panas isu gambar separuh bogel ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang juga anggota Exco kerajaan Negeri. Banyak lagi yang perlu beliau jawab soal-soal lain termasuk isu pengeluaran pasir oleh syarikat yang ada kaitan dengan kroni.

Rakyat Selangor pasti melihat perkembangan ini dengan teliti kerana mereka memberi peluang kepada PKR,DAP dan PAS menang di negeri itu dengan harap mendapat pembelaan lebih baik. Namun, pemberian air percuma belum tentu dapat menyejukkan jiwa rakyat Selangor yang kini mula didedahkan satu persatu kepincangan pimpinan Pakatan Rakyat di negeri itu.

Mengambil kira desakan Azmin yang juga Ketua Backbenchers DUN Selangor serta kedudukan pentingnya dalam PKR, tindakan itu juga jelas menempelak Khalid. Apatah lagi Azmin berkata, beliau bukan ‘yes man’ dan desakan itu mengambil kira rungutan rakyat yang dikatakan sukar berjumpa wakil-wakil rakyat mengadu masalah.

JIka ini wayang politik seperti isu Elizabeth yang sudah hantar surat letak jawatan tetapi diterima semula sebagai Adun dan Exco, rakyat boleh agak kesudahan wayang cerita terbaru ini.

2 ulasan:

Mohd Afdzal Mokhtar berkata...

SALAM BRO..MEMANG DORG NI KONSI GELAP..MENGAMALKAN GANSTER...D.A.P DALANG DALAM KES KEMATIAN MENDIANG TEOH BANG HOCK..

anakmelayu30.blogspot.com

support bro...

pakcik berkata...

jika terbukti ianya berkaitan dengan Pakatan Rakyat, saya percaya kes ini akan menamatkan 100% kemaraan PR dalam pilihanraya ke-13 nanti.

rakyat akan mengadili mereka nanti jika sekiranya mereka mempunyai kaitan terhadapnya.

satu nyawa telah melayan dan ini tidak boleh diterima oleh sesiapapun yang berfikiran waras.