8/26/2009

KEMENANGAN PAS - BN PERLU BERSATU PADU PERJUANG PARTI

PAS mengekalkan kerusi DUN Permatang Pasir apabila calonnya, Salleh Man menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi. Salleh berjaya memperolehi 9,618 undi manakala Rohaizat pula meraih 5,067 undi.

Mengulas keputusan tersebut, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, BN menerima keputusan dengan hati yang terbuka. Bagaimanapun katanya, terdapat sedikit perubahan dan penambahbaikan sokongan kepada BN di beberapa peti undi. Sikap pengundi menurutnya tidak banyak berubah tetapi BN akan tetap mengambil perhatian perkara-perkara yang dibangkitkan oleh para pengundi baik daripada kalangan Melayu, Cina mahupun India semasa tempoh kempen pilihan raya kecil berkenaan.

BN terutama UMNO tidak perlu berputus asa. UMNO perlu bersatu hati dan bergerak secara berpasukan dalam menempuh pembangkang. UMNO kini tidak perlu lagi memikirkan soal Kumpulan A atau Kumpulan B dalam menggerakkan parti ini kerana perjuangan kita dalam membela Agama, Bangsa dan Negara.

Pemuda UMNO terutamanya perlu bergerak secara 1 pasukan yang mantap bagi memperhebatkan semula jentera parti kita. Buang segala perang dan syak wasangka di kalangan kita. Ayuh kita bersatu dan berperang menentang pembangkang.

Ini bukan lagi soal kepentingan politik sesiapa. Ini adalah soal Agama, Bangsa dan Negara. Jika kita fikirkan 3 perkara ini, UMNO akan kembali kebal. Inilah yang kita mahukan. Jika kita terus leka dengan mainan politik dalaman, UMNO akan terus hancur. Janganlah kita leka berpolitik sesama kita sehingga kita lupa, Agama Bangsa dan Negara kita semakin dipijak oleh Pengkhianat Bangsa.

Ingatlah, seperti yang diperkatakan oleh Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Shafei Abdullah, "Sekarang bukan masanya untuk kita berperang sesama kita. Sekarang kita perlu bersatu menentang musuh parti kita." Beliau berkata demikian ketika memberi pandangan mengenai penubuhan blog UMNO Cawangan Gombak Selatan.

1 ulasan:

Junah berkata...

Salam,

PAS menang ditempat sendiri apa nak heran sgt. Tp BN dapat Lunas, ok ape.