8/10/2009

RONNIE HERO BUKAN ISLAM - HERO PAS TERSEPIT

Meremang bulu roma bila Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok menggelarkan Ronnie Riu sebagai Hero Bukan Islam. Ronnie Liu dijulang sebagai hero kerana mempertahankan arak di Negeri Selangor.

Kenyataan Teresa Kok ini sememangnya ingin memberitahu bahawa PAS tidak ada hak untuk menggubal sebarang undang-undang di Negeri ini. Teresa Kok juga cuba memberitahu bahawa PAS jangan sesekali mencabar kewibawaan DAP yang jauh lebih banyak memenangi kerusi DUN Selangor iaitu 15 kerusi.

PAS Selangor kini tersepit. Jika sebelum ini PAS Selangor dengan bongkaknya menghina dan mencaci Kerajaan BN pimpinan UMNO, kini mereka tidak boleh berbangga dengan Kerajaan Pakatan Pembangkang.

Memang benar. Laungan Allahu Akbar dari PAS kini terserlah kebesaranNya. Akibat sikap takbur PAS, bangga dapat berjuang bersama DAP dan PKR. Tapi mereka silap, kerana DAP terang-terang menolak sebarang unsur-unsur Islam.

Isunya hanyalah arak. Tetapi DAP berjaya mengheret isu ini untuk memberitahu PAS bahawa tiada ruang untuk anda memperjuangkan Agama anda. Jangan pula hendak salahkan BN. Kerana Kerajaan Selangor kini milik Pakatan. Bukan kami. Jadi, pandai-pandailah kamu selesaikan masalah ini. Dahulukan kamu kata Kerajaan Pakatan bersih, suci.

Biarlah Si Luncai Dengan Labu-Labunya. Kita dari BN mesti teruskan kerja kita. Biarlah PAS dengan takbur dan maki hamunnya, DAP dengan perjuangan araknya, PKR dengan agenda jahatnya. Lama-lama, kesemua orang-orang ini akan ke Hospital Gila. Kerana terlalu tertekan dan keliru dengan perjuangan Pakatan.


2 ulasan:

fedup berkata...

salam

inilah jadi bila gelojoh sangat hendak memerintah sehingga sanggup mengadaikan segalanya sekarang apa sudah jadi..Tok Goku apa lagi hendak cakap..sudah terang lagi bersuluh kehendak DAP adalah sesuatu yang BEERtentangan dengan perjuangan PAS..minta nasihat bang nuar ker lagi..amacam sekarang..

Bang Khalid apa sudah jadi..PAS cakap macam nie..DAP cakap macam nie..PKR tak cakap lagilah tapi nanti cakap macam ni..

wahai orang melayu dan S'gor khususnya..sudah tiba masa anda bangun dan lihat..kerana arak mereka menjadikannya isu yang besar dan menepikan sensitiviti oarng melayu..kita tidak boleh sentuh hak mereka tetapi mereka dengan sewenang - wenangnya memain perasaan kita..janganlah nak kona2 katanya ada orangnya ada orang melayu ada yang minum arak tetapi secara keseluruhannya orang melayu yang beragama islam memang sensitif dengan arak dan benda2 haram yang di sentuh oleh Al - Quran..lebih2 lagi kita sudah menghampiri bulan Ramadhan Al - Mubarak..marilah kita sama2 bersatu dan menyatakan, 'enough is enough!'..masanya kita bangun dan membela hak dan agama kita terpelihara..

eXception berkata...

Perkara ni sy dah ulas kat dlm blog saya, siap ada gambar hero pujaan Teresa tu...

http://exception2008.blogspot.com/2009/08/ronnie-liu-seorang-hero.html