9/01/2009

HANTU SIVAKUMAR KEMBALI DI PERAK

Jangan terkejut jika sidang Dewan Undangan Negeri Perak ‘ bawah pokok’ berulang balik.Tunggu saja Rabu 2 September ini tengok apa jadi gara-gara Ahli Dewan Undangan Negeri DAP kawasan Tronoh V Sivakumar ‘ buat gila’ panggil sidang DUN hari itu.

Gelagatnya itu dikatakan sengaja untuk bikin kecoh sekalipun beliau bukan lagi Speaker DUN itu selepas siding DUN sah dirasmikan oleh Raja Nazrin Shah pada 7 Mei lalu dimana jawatanya sudah dilucutkan.

Speaker DUN Perak yang sah Datuk R. Ganesan mengadakan sidang akhbar Sabtu untuk memberitahu semua ADUN Perak tidak perlu menghadiri persidangan dewan yang dipanggil pada pada Rabu ini kerana arahan yang dikeluarkan adalah daripada sumber tidak sah.

Beliau berkata tindakan Sivakumar memanggil persidangan itu adalah pelik kerana beliau bukan lagi Speaker. Katanya Sivakumar masih mahu “menyamar” dan bertindak sebagai YDP dengan memanggil sidang sedangkan DUN tidak pun bercadang untuk mengadakan persidangan pada tarikh berkenaan.

“Saya juga ingin memaklumkan kepada semua ADUN supaya mengenepikan sebarang arahan atau dakwaan yang dibuat oleh ADUN Tronoh... ini berdasarkan kepada ketetapan dewan yang bersidang pada 7 Mei lalu antara lainnya, dengan suara majoriti telah melucutkan jawatan ADUN Tronoh daripada jawatan Yang Dipertua dan selanjutnya melantik saya sebagai YDP yang baru,” katanya.

Jumaat Ganesan membuat laporan polis meminta siasatan dan tindakan sewajarnya diambil terhadap Sivakumar berhubung perkara berkenaan.

Beliau berkata ADUN Tronoh itu tidak mempunyai kuasa untuk memanggil sidang DUN dan usaha yang dibuatnya itu adalah tindakan yang bertujuan mahu mewujudkan keadaan tidak stabil dalam pentadbiran kerajaan negeri Perak.

ADUN pembangkang daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pernah mencuba mengadakan persidangan Dewan pada Mac lalu tetapi tidak dibenarkan masuk ke dewan dan akhirnya 28 ADUN terbabit mengadakan persidangan di kawasan lapang berhampiran dan episod itu dikenali sebagai “Sidang DUN bawah pokok”.

Ganesan menjelaskan bahawa mengikut peruntukan Artikel 36 (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak menyebut kuasa memanggil sidang DUN adalah kuasa mutlak Sultan Perak.

“Sidang DUN perlu mendapat pengisytiharan Sultan Perak yang mana baginda sendiri akan menentukan tarikh, masa dan tempat persidangan seterusnya akan diwartakan mengikut Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak. Ini amalan yang diikut sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata tindakan Sivakumar memanggil sidang DUN tanpa mendapat perkenan Sultan Perak boleh dianggap sebagai sebagai “rampasan kuasa” dan merupakan penghinaan serta penderhakaan kepada institusi diraja Perak.

Ganesan berkata beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mengikut peruntukan Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak terhadap Sivakumar atau pihak terbabit dalam “sidang DUN” pada Rabu ini.

2 ulasan:

Jeffry berkata...

SLM UCGS..PAKATAN PEMBANGKANG DI PERAK MASIH TAK MAU BERPIJAK DI BUMI NYATA. KEGAGALAN MEREKA MEMPERTAHANKAN KERAJAAN BERPUNCA DARI TINDAKAN AHLI MEREKA SENDIRI YANG TERANG2 TAK BERPUAS HATI APABILA HANYA KEDENGARAN DARI SUARA2 'YANG BERKEPENTINGAN' SAJE MANAKALA MB MEREKA SENDIRI LEBIH MENGUTAMAKAN SUARA MINORITI SESUATU KAUM DRP MAJORITI KAUM YG LAIN.

JADI MEREKA TAK PERLU MENYALAHKAN ORG LAIN JIKA MASALAH DITIMBULKAN OLEH PIHAK MEREKA SENDIRI

YANG GAMBI berkata...

Salam,

Bila gian pakai songkok dan jubah sudah menghantui Siva, apa pun dia tidak akan ikut, tak kiralah bawah pokok ke apa ke......

Dia ikut apa saja kata Anwar macam Gobala buat perangai budak-budak....