10/03/2009

PRK BAGAN PINANG 1 LAWAN 1 - GANGSTER PAS NAIK TARING !!

Pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang menyaksikan pertandingan dua penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar setelah Ahli Jawatankuasa PKR Teluk Kemang, Shahruddin Abdul Hamid yang bercadang hendak bertanding sebagai calon bebas gagal membawa pencadang dan penyokong bagi pencalonannya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pertandingan dua penjuru itu setelah menolak dua bantahan yang dibuat oleh BN dan PAS. Dengan itu pemilihan akan diadakan pada 11 Oktober depan.

Terdahulu, kira-kira jam 8.30 pagi dalam keadaan hujan lebat Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai kira-kira 3,000 penyokong BN dalam perarakan calon ke pusat penamaan di Majlis Perbandaran Port Dickson. Manakala di pihak PAS pula, Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan beberapa pemimpin pakatan pembangkang mengiringi Zulkefly ke pusat penamaan calon.

Proses perarakan dan penamaan calon berjalan lancar namun dicemari dengan tindakan sekumpulan penyokong PAS yang menimbulkan kekacauan. Kumpulan berkenaan didakwa cuba membuat provokasi terhadap para penyokong BN semasa perarakan dengan menayangkan helaian wang kertas ke arah muka Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Sambil menayangkan wang kertas tersebut, mereka menjerti-jeritkan 'rasuah, rasuah'. Pengawal peribadi Ismail bertindak cepat menghalang kumpulan dan melindungi Ismail dariapda serangan tersebut. Bagaimanpun kumpulan berkenaan terus bertindak kasar dan menyebabkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Azeez Rahim yang berada di belakang Ismail terkena tumbukan.

Sementara itu Muhyiddin pada sidang media selepas proses penamaan calon selesai meminta seluruh jentera BN agar tidak terlalu yakin dan selesa sepanjang tempoh kempen sehingga tarikh pemilihan pada 11 Oktober depan.

Katanya, sikap sedemikian boleh menyebabkan peluang calon BN, Isa Samad mencipta kemenangan dengan majoriti besar terjejas. Beliau juga menegaskan, dalam isu masalah dalaman, pakatan pembangkang mempunyai masalah besar kerana perbezaan pendapat di kalangan parti-parti pembangkang itu yang membentuk kerajaan di negeri seperti Kedah, Pulau Pinang dan Selangor.

“”Mereka cuba menyembunyikan tetapi jelas selama ini mereka tidur sebantal tetapi mimpin lain-lain,” jelasnya. Mengulas mengenai insiden Azeez ditumbuk sekumpulan penyokong PAS, Muhyiddin berkata, PAS nama sahaja parti Islam tetpi tindakan mereka tidak berakhlak, mengamalkan taktik kotor dan suka menabur fitnah.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PARTI BULAN MENGAMBANG atau PARTI KOSONG ( rujuk pada bendera PAS ) ........ dah tak mengambang dan kosong idea ... tu pasal dia buat perkara2 sebegini ... faham2lah