Tiada masalah, kalau sebelum ini beliau ahli UMNO tetapi sudah jadi ahli PAS, keahliannya dalam UMNO automatik gugur, kata Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.
Bagaimanapun katanya Ibu Pejabat UMNO sedang menyemak status Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, yang didakwa penulis blog kickdefella adalah ahli UMNO cawangan Chakung di Bahagian Machang dengan nombor keahlian 0266057.
Ariffahmi adalah menantu Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Beliau bagaimanapun menafikannya dengan memaklumkan nama beliau didaftarkan sebagai ahli UMNO lama dulu tanpa pengetahuannya.
Menurut laporan Malaysia Insider, Ariffahmi mengaku menyertai PAS pada 1997 dan memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa PAS Bahagian Machang. Menurut Tengku Adnan, UMNO sedang selidik status Ariffahmi dan dakwaan itu.
“Belum pasti (jadi ahli UMNO). Masih lihat. Biasanya buang atau automatik gugur jika dai sudah mengaku jadi ahli PAS seumur hidup,” katanya.
Dalam pada itu, Tengku Adnan meminta perkara itu termasuk ada usaha dalaman PAS mahu mengulingkan Presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak dikaitkan dengan UMNO. “Tiada kena mengena dengan UMNO. (Mereka) gila kuasa sebab itu nak gulingkan Haji Hadi,” tegasnya.
1 ulasan:
berpendapat bahawa perlantikan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sbg Penasihat Ekonomi Negeri Selangor adalah 'JALAN BELAKANG' penguasaan secara rasmi ke atas YAB Tan Sri Khalid Ibrahim. ANWAR yg mempunyai kedudukan hiraki politik lebih tinggi dari KHALID, akan mengakibatkan KHALID tunduk kpd ANWAR yg 'RAKUS KUASA'! Perlantikan ini dianggap 'DERHAKA' terhadap DYMM Sultan Selangor yg melantik KHALID, juga 'MENGGADAI' hak Rakyat Selangor.
PERLANTIKAN DERHAKA ini harus ditentang habis-habisan hingga ianya DITARIK-BALIK!!!
http://www.youtube.com/watch?v=O1vCIflmfDg
Catat Ulasan