11/17/2009

MUKHRIZ CALON BARU DUN KOTA SIPUTEH???

Kami amat tertarik dengan pandangan NOBISHA yang disiarkan di blog beliau Beliau telah mencadangkan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai calon BN bagi kerusi DUN Kota Siputeh.

Namun begitu, BN masih lagi sedang membuat rayuan untuk mengekalkan kerusi tersebut. Selebihnya, terpulang kepada pihak mahkamah. Kita sentiasa menghormati keputusan yang akan diberikan. Kerana kita menjunjung tinggi perundangan sedia ada di Negara kita.

Berikut merupakan artikel yang disiarkan oleh NOBISHA.

Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang menyebelahi Speaker DUN Kedah. Kalau ikutkan keputusan itu, SPR dikehendaki mengadakan pilihanraya kecil N3 Kota Siputeh. Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi juga membenarkan penyandang sekarang Dato' Abu Hassan Sharif (BN) membuat permohonan formal bagi menangguhkan hukuman pada Jumaat ini. Selain itu, Abu Hassan juga mempunyai satu lagi pilihan iaitu membuat rayuan. Pada pandangan saya, Abu Hassan akan menggunakan semua saluran undang-undang yang ada bagi mempertahankan kerusi tersebut. Itu adalah sesuatu yang dibenarkan dan biarlah proses itu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.
Bagaimanapun, sekiranya pada akhir proses tersebut Mahkamah masih memihak kepada Speaker DUN Kedah, maka SPR tidak ada pilihan melainkan melaksanakan pilihanraya itu. Beberapa orang sahabat menghantar SMS bertanyakan mengenai calon yang sesuai. Ada juga Ketua Cawangan UMNO di DUN Kota Siputeh yang menelefon saya meminta pendapat. Saya katakan -- dari segi strateginya -- calon yang paling sesuai ialah Dato' Mukhriz Mahathir. Ya, dia ialah Ahli Parlimen Jerlun (DUN Kota Siputeh terletak dalam Parlimen Jerlun; satu lagi ialah DUN Ayer Hitam yang kini dipegang oleh PAS) . Di Bukit Gantang dulu, Dato' Seri Nizar Jamaluddin adalah merupakan ADUN yang kemudian bertanding kerusi Parlimen. Lagi pun, ramai Ahli Parlimen yang juga menjadi ADUN. Tidak ada masalah. Oleh itu, saya tidak melihat apakah masalahnya untuk Mukhriz juga berbuat begitu.
Ada lima alasan utama mengapakah saya mencadangkan Mukhriz:

Pertama, beliau dikenali di situ. Pejabat Ahli Parlimen Jerlun terletak di Padang Sera, iaitu dalam DUN Kota Siputeh. Soal memperkenalkan calon kepada pengundi menjadi lebih mudah. Terdapat seramai 19,771 pengundi di situ, 91.7% berbangsa Melayu, 0.6% lain-lain (kebanyakan berbangsa Siam) dan 0.2% India.

Kedua, sehingga sekarang Mukhriz tidak mempunyai sebarang rekod rasuah atau tuduhan skandal yang memalukan -- sesuatu yang akan diperhatikan sepanjang pilihanraya kecil. Calon bermasalah akan hanya menjadikan jentera parti seperti menanggung biawak hidup.


Ketiga, DUN Kota Siputeh dulunya adalah sebahagian Parlimen Kubang Pasu yang pernah diwakili oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebahagian besar pengundi berusia mempunyai pengalaman dengan Dr Mahathir. Bagi anak-anak muda di situ, sebahagiannya masih melihat Dr Mahathir sebagai pemimpin yang dihormati.


Keempat, Mukhriz mempunyai kredibiliti. Pengalaman sebagai Timbalan Menteri dan ahli korporat (sebelum bertanding dalam PRU12 lalu) akan memudahkan pilihan pengundi.


Kelima, jentera Barisan Nasional boleh memposisikan pilihanraya ini sebagai pemilihan "bakal Menteri Besar Kedah" sekiranya ditakdirkan parti itu mengambil semula Kedah dalam PRU13 nanti; sekaligus menjawab persoalan mengenai kepimpinan UMNO negeri.

Itulah lima alasan mengapakah saya fikir Mukhriz merupakan calon yang paling layak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Kota Siputeh. Adakah beliau pasti akan menang? Dalam pilihanraya, ada menang dan ada kalah. PAS yang tewas dengan 495 undi dalam pilihanraya lalu tentu akan memberikan tentangan yang kuat.

PAS juga ada peluang untuk menang. Usah perkecilkan kemampuan PAS. Sekadar makluman, Pengerusi Tetap PAS Ustaz Kassim Abdullah adalah merupakan penduduk di DUN Kota Siputeh (Kampung Kodiang Lama) dan cukup berpengaruh di sana.
Bagaimanapun, saya percaya Mukhriz sebagai calon Barisan Nasional akan lebih memudahkan parti itu menghadapi PAS dalam pilihanraya DUN Kota Siputeh!


6 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Salam UCGS, satu pandangan munasabah utuk dipikirkan oleh kepimpinan UMNO-BN.........

Tanpa Nama berkata...

Amat tepat sekali jika Mukhriz menjadi calon di Kota Seputeh.

Ramai yang sokong..

DAHLAMADA berkata...

Ya YA kami setuju !!
Kalau Itu macam,

MELAYU TIDAK LUPA
TIDAK HAPRAK

sebab
INI KEHENDAK RAKYAT !!
KEHENDAK AKAR UMBI !!!

DAHLAMADA berkata...

Ya YA kami setuju !!
Kalau Itu macam,

MELAYU TIDAK LUPA
TIDAK HAPRAK

sebab
INI KEHENDAK RAKYAT !!
KEHENDAK AKAR UMBI !!!

fedup berkata...

salam UCGS..

apa pun keputusan kita masih lagi waras dan boleh menerima apa jua keputusan..psstt..tak macam diorang sebelah sana..keputusan muktamad pun nak cabar..gile meroyan gamoknyer..entah lee..

Apa2 pun fedup berdoa ianya akan selesai dengan baik..kita di pihak k'jaan UMNO n BN amat menghormati keputusan mahkamah..

matnespu berkata...

orang lain tak payah laa..? depa saja nak jadi menteri, nak jadi ahli parlimen, nak jadi ketua pemuda.depa saja reti idup?orang lain tak reti?boleh mamposss ini macam.kawan yang tolong rekomen pun kaki mam punya..