12/17/2009

SAYA RELA DISIASAT, UMNO WANGSA MAJU BANGKIT - DATO' SHAFEI ABDULLAH

Sepertimana yang kita sedia maklum semalam pihak Parlimen telah meluluskan usul untuk menyiasat Setiausaha Politik Dato' Seri Najib Tun Razak yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Shafei Abdullah, seperti yang didakwa oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju, Mr. Political Badut.

Berikut merupakan ulasan Dato' Shafei mengenai perkara tersebut melalui blog beliau, www.shafeiwangsamaju.blogspot.com :-

Semalam Parlimen meluluskan untuk membentuk sebuah Jawatankuasa untuk menyiasat kononnya saya mengkasari Wee Choo Keong. Saya rela disiasat tetapi sekiranya saya disiasat maka Wee Choo Keong juga mestilah disiasat. Beliau mestilah disiasat untuk menentukan sama ada beliau benar-benar saya kasari. Adakah matanya bengkak, pipinya lebam atau bajunya terkoyak.? Apakah saya bertindak memudaratkannya secara fizikal.

Seperti mana yang telah diketahui umum, Ahli Parlimen Wangsa Maju ini sememangnya suka mencari publisiti murahan. Beliau juga membuat tohmahan bahawa saya adalah de-facto Datuk Bandar Kuala Lumpur, de-facto Menteri Wilayah Persekutuan dan banyak lagi. Hakikatnya Kuala Lumpur mempunyai Datuk Bandar dan Wilayah Persekutuan mempunyai Menterinya iaitu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar.

Apakah beliau bermaksud bahawa apa saja tindak-tanduk Menteri Wilayah Persekutuan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur mesti mendapat pengesahan saya? Kerana itulah yang dimaksudkan dengan 'de-facto'. Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mempunyai Menteri, Timbalan Menteri dan KSU juga TKSU manakala DBKL mempunyai Datuk Bandar, Ketua Pengarah dan Timbalan-timbalan Ketua Pengarah; ini menggambarkan suatu organisasi yang cukup komprehensif dari segi struktur dan fungsi.

Tugas saya di Kementerian Kewangan sudah cukup banyak dan sibuk yang pastinya saya tiada masa dan ruang untuk mengganggu kementerian lain. Hakikatnya Wee Chee Keong kini gusar dengan kebangkitan UMNO Wangsa Maju dan perpaduan yang kian kental di kalangan ahli-ahli UMNO di sini. Wee Choo Keong tahu bahawa beliau hanya 'singgah' sebentar di Wangsa Maju. Tiada jaminan bahawa beliau akan kekal menjadi calon pembangkang di Wangsa Maju dalam pilihan raya akan datang.

Dalam pilihan raya lalu beliau hanyalah menumpang pada tiket PKR, tiada jaminan bahawa PKR akan terus mengekalkannya. Beliau pernah menjadi persona nan grata pada DAP dan nampaknya PKR tidak berminat untuk mengekalkannya sebagai calon PKR lantaran sikap perkauman yang terlalu menebal. Justeru itu beliau cuba re-invent dirinya demi survival politiknya dengan membuat tohmahan dan menggunakan apa saja ruang yang ada untuk meraih publisiti.

Strateginya ialah dengan menjadikan saya sebagai bogey man dengan menakut-nakut orang bahawa saya adalah mafia di WPKL. Hakikatnya beliau takut kepada kebangkitan UMNO Wangsa Maju. Justeru itu saya perlu dineutralkan. Ini juga memberikan ruang kepadanya untuk mendabik dada kononnya hanya beliau yang layak menjadi calon pembangkang di Parlimen Wangsa Maju apabila saya berjaya dineutralkan. Apa yang sebenarnya berlaku tidak seperti yang digembar-gemburkan oleh Wee Choo Keong.

Sebelum beliau bercelupar dengan bersandarkan imuniti di Dewan Rakyat dengan mentohmah saya, saya tidak mengenalinya dan tidak pernah berjumpa dengannya. Maka tujuan saya datang ke Parlimen tidak ada kena mengena dengannya. Saya bagaimanapun mushkil mengapa beliau amat 'meminati' saya. Kehadiran saya di Parlimen mungkin telah mengejutkannya dan membuatkan beliau gelabah dan membuat rumusan bahawa saya akan bertindak kasar. Hakikatnya saya hanya bercakap dengannya. Percakapan sayapun tidak kasar. Bodohlah saya sekiranya saya mengkasarinya di Parlimen.

Apatah lagi sebagai Setiausaha Politik kepada Dato Sri Najib sudah tentu saya cukup arif dengan protokol dan diplomasi untuk tidak bertindak sebegitu. Membuat tuduhan palsu adalah tindakan menghina Dewan Rakyat dan beliau patut disiasat kerana membuat tohmahan kerana hakikatnya saya tidak pernah berlaku kasar terhadapnya.


2 ulasan:

GOMO berkata...

Dato dah sudi, si Wee Choo Keong Pondan Tua tu bila pula nak tampil?
memang celaka si pondan tua tu.

fedup berkata...

salam UCGS..

jgn tak tau bro..dia mana ada teloq!..kan pondan tua badut sarkis