12/09/2009

WEE CHEE KEONG aka 'MR. POLITICAL BADUT' CABAR UMNO WANGSA MAJU - MR., JANGAN JADI PONDANLAH !!!

Berikut merupakan kenyataan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Dato' Dr. Shafei Abdullah mengenai isu dan fitnah yang dilemparkan kepadanya.

KENYATAAN KETUA UMNO BHG. WANGSA MAJU, DATO' DR. SHAFEI ABDULLAH MENGENAI TUDUHAN AHLI PARLIMEN W.MAJU, WEE CHOO KEONG A.K.A MR. POLITICAL BADUT TERHADAP BELIAU.

Saya tidak pernah kenal Wee Chee Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju secara peribadi. Tetapi sejak kebelakangan ini beliau lantang di Parlimen melontarkan tohmahan-tohmahan terhadap saya. Beliau mengatakan saya menyalah gunakan kuasa saya sebagai Setiausaha Politik. Beliau membangkitkan tentang saya mengamalkan rasuah politik wang untuk menang jawatan Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju. Mengapa sekarang dibangkitkan isu ini? Pemilihan Bahagian UMNO telah lama berlalu.

Jikalau beliau mempunyai bukti beliau patut melaporkan kepada SPRM bukan melapor kepada Parlimen. Kenapa beliau sibuk-sibuk tentang UMNO? Adakah beliau berminat untuk menyertai UMNO setelah di tendang keluar dari DAP. Hakikatnya beliau adalah publisitimania, seorang yang suka mencari publisiti untuk diri sendiri dan suka membicarakan perkara yang bukan-bukan untuk mempopularkan dirinya. Itulah sebabnya beliau di campak keluar dari DAP. Dah kena campak keluar dari DAP kini nak sibuk pasal UMNO pula.

Wee Chee Keong juga menggunakan isu penjaja di Wangsa Maju untuk mensensasikan bahawa saya 'memaksa' Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk tidak bertindak ke atas penjaja-penjaja. Inilah taktik pembangkang. Pembangkang yang ketandusan isu mula menggunakan isu-isu administratif untuk melanyak UMNO. Pokoknya sebagai Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju saya bertanggungjawab untuk membela nasib rakyat di Wangsa Maju lantaran Ahli Parlimennya telah gagal berbuat demikian. Saya tidak mempunyai kuasa untuk memaksa DBKL mengikut telunjuk saya. DBKL mempunyai kuasa dan bertindak mengikut prosidurnya. DBKL bukannya robot, DBKL di uruskan oleh kalangan yang boleh dirundingi sekiranya kita mempunyai sebab-sebab yang munasabah.

DBKL tidak bertindak membabi buta. Mereka juga manusia, mempunyai perasaan dan bertindak di landasan undang-undang. Kuasa di tangan DBKL. Saya tidak mempunyai sebarang kuasa ke atas DBKL. Walaubagaimanapun saya mempunyai tanggungjawab.Tidak ada gunanya saya menjadi Ketua Bahagian sekiranya tidak mampu membela nasib masyarakat. Saya perlu menjaga kebajikan warga Wangsa Maju. Sekiranya Persatuan Penjaja Wangsa Maju meminta saya membela nasib mereka saya akan bela. Tetapi akhirannya terpulanglah kepada DBKL untuk bertindak dan membuat keputusan.

Untuk pengetahuan pembaca budiman, mereka yang saya bela adalah kalangan penjaja kecil yang berpendapatan kecil yang melayari kehidupan mencari sesuap nasi pagi dan petang. Hanya kerana saya seorang Setiausaha Politik di Kementerian Kewangan tidak bermakna saya hanya perlu melayan kalangan korporat dan menafikan kalangan penjaja kecil. Mereka juga rakyat, mereka juga menyumbang kepada ekonomi negara. Mereka juga manusia yang mempunyai suara yang mahukan suara mereka di dengari apabila merasakan diri teraniaya. Mereka juga berada dalam gagasan 1MALAYSIA.

Dayuslah saya sebagai Ketua Bahagian sekiranya saya tidak berani membela nasib mereka. Dayuslah saya sekiranya saya memekakkan telingan dari mendengar rintihan mereka. Semasa saya menjadi Ketua Pemuda Bahagian lagi dan sebelumnya, saya telah banyak kali memperjuangankan nasib kalangan yang memerlukan pembelaan. Mengapakah saya harus berhenti dari membela apabila saya menjadi Ketua Bahagian? Seperti mana dipermulaan tadi, saya katakan bahawa saya tidak kenal pada Wee Chee Keong. Tetapi sejak dia buat kecoh di Parlimen saya cuba melayari dalam internet tentangnya.

Hasilnya saya menemukan sebuah blog www.malaysiawaves.com. Saya tak tahu siapa yang menulisnya tetapi dari apa yang saya fahami dari penulisannya ia mungkin seorang penyokong pembangkang. Tapi apa yang saya nak sampaikan ialah Wee Chee Keong ini adalah masalah kepada semua orang waima kepada pembangkang sendiri. Bacalah dan nilaikan sendiri petikan dari blog tersebut.

Mungkin selama ini kami berdiam diri dan tidak pernah membuat sebarang kenyataan balas kepada Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong. Kita hormati keputusan PRU 12 yang telah memilih dia sebagai wakil rakyat (walaupun menang tipis 150 jer). Tapi si Mr. Political Badut ni sudah semakin melampau.

Kenyataan bacul dia di Parlimen yang memfitnah Ketua UMNO Bhg. Wangsa Maju dianggap sebagai melampau. Nampaknya 'Mr. Political Badut' tak pernah puas hati dan tidak senang duduk dengan pendekatan Dato' Shafei yang sering turun padang berjumpa warga Wangsa Maju untuk mendengar rintihan mereka.

'Mr. Political Badut' berasa gelisah dengan sokongan masyarakat Wangsa Maju terhadap UMNO dan Barisana Nasional kerana dia tahu, dia tak pernah buat kerja. Dia tahu, dia sudah hilang sokongan Melayu dan India.

Tapi dengan melemparkan fitnah terhadap Dato' Shafei, sepertinya mencabar kewibawaan kami.. Tidak pernah menyerang 'Mr. Political Badut' ini di dalam blog kami. Tapi tindakan melampau beliau memang benar-benar mencabar kami. Kami akan dedahkan siapa Wee Choo Keong.

Kami dari UMNO Cawangan Gombak Selatan menyatakan pendirian menyokong penuh tindakan Y. Bhgia. Dato’ Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju. Tindakan Y.Bhgia. Dato’ adalah bertujuan bagi membela nasih rakyat yang tidak pernah dibela dari mana-mana pihak (termasuklah Wee Choo Keong sendiri).

Contohnya, pembelaan Tanah Rezab Melayu dan Kampung Tradisi sudah sekian lama tidak diambil peduli dari mana-mana pihak. Namun, setelah Y.Bhgia. Dato’ Shafei mengambil alih jawatan Ketua UMNO Bhg. Wangsa Maju, beliau telah mewujudkan Biro Kg. Tradisi dan Kg. Melayu yang bertujuan membela nasib Kampung-Kampung ini dari dinodai oleh pembangunan yang tidak mengambil kira aspek pembelaan serta tidak mengetahui erti sejarah dan penduduk asal di kawasan Kuala Lumpur ini.

Berkaitan sokongan terhadap perlantikan Ahli Jawatankuasa Masjid dan Surau, kami juga ingin menyatakan pendirian menyokong penuh tindakan Y.Bhgia. Dato’ Shafei. Ini kerana, salah satu masjid yang dicadangkan Pengerusi oleh pihak berwajib adalah langsung tidak munasabah. Pengerusi yang dilantik pernah menjadi Pengerusi di Masjid tersebut pada 20 tahun yang lalu. Pada masa itu, beliau langsung tidak berfungsi sebagai Pengerusi. Oleh itu, wajarlah sokongan Dato’ Shafei supaya ditukar kepada yang lebih muda dan berkaliber untuk jawatan tersebut.

Begitu juga hal-hal lain. Semuanya bertujuan untuk membela nasib rakyat. Ada Choo Keong ambil peduli mengenai tanah rizab Melayu di kawasan Wangsa Maju? Ada? Tanpa Dato' Shafei, tanah kami di Gombak Selatan kini tergadai sampai kesudah tidak dibela. Apa Cerita 'Mr. Political Badut'?

Dan jika Dato' Shafei tidak mempertahankan penjaja di Taman Melati dan Danau Kota (Uptown), siapa lagi? Mereka semua boleh dikategorikan sebagai golongan yang tidak senang hidup. Mencari rezeki halal. Salahkah tindakan Dato' Shafei?

Dato' tidak ada kaitan dengan DBKL.. Beliau hanya menjalankan tugas bagi membela warga Wangsa Maju. Selebihnya terpulang pada DBKL untuk ambil tindakan. Ada Choo Keong aka 'Mr Political Badut' ambil peduli?

Mr. Political Badut, kau buat apa? Apa 'projek lain' ke? : )

Kami akan menyusul selepas ini. Kita nak bercerita Kisah 'Mr. Political Badut'.

3 ulasan:

fedup berkata...

salam UCGS..

ewah2 badut nih..tahun baru cina lambat lagi kao dah main sarkis dah..

cukup2lah ada sekor hantu zuraida jgnlah nak menambah hantu badut lak..tak larat nak panggil orang halau hantu nih..

eleh Chee Keong..awal2 tahun arie tuh beriya-iya melalak mengilai pasal platinum victory.. berbulan jugak dia melalak..tau2 jer dah senyap..tau2 dah dapat 2 lot kat situ..hhmmm patutlah dia kuat melalak..mesti nak sesuatu..sasape yang ader citer pasai nih kuarkan kembali..

elok gak UCGS kuar citer pasai YB nih..bukan apa asik dia buat stetmen UMNO WM rilek wat tak tau..tapi makin lama makin melampau lak apek nih..political badut betui!..

Ybhg Dato..dun worry..sokongan di belakang Dato masih lagi kuat..saya pasti..

Kepada Pemuda WM n Puteri..woi! bangunlah cepat! kami nih kat maya siber nih dah stat palu gendang..korang apa lagi..rapatkan barisan pasakkan langkah pendekar kamu! bukan lagi nak bertarung sesama korang skank! Kut puteri pun sama! jgn nak berbedak muka tu seperti pelakon wayang cina..bangun! berdiri berganding pertahankan!..Ini bukan hak seorang jer tapi UMNO itu sendiri..

Kepada mak2 dan ayah2 kepada pemuda n puteri..tiupkan kata azimat membakar semangat agar mereka ini bangkit berani ke hadapan..

Maaf jika kata2 ini keras tetapi bukankah ini masanya kamu semua buktikan kamu ini bukan eram telur ulit pipi diri masing2..di siber maya kami membuka ruang di realitinya anda semua..si badut nih semacam parasit..lama kelamaan korang semua habis punah di kerjakannya..

Utk Political badut..ako ada pantun wat kao..

Siakap ikan kap gelama ikan senohong
cakap asik cakap lama-lama pembohong..

SAM berkata...

Syabas UMNO bahagian wangsa maju ! Yang mempertahankan penjaja-penjaja kecil . Kenapa perlu si apek ni marah-marah ?? hehehe sebab yg mengadu pasal penjaja uptown adalah orang DAP sendiri yg meniaga disitu , selama ni sarkis DAP ni meniaga jalan kat situ pun dah sedia sesak . Muka macam apek wee ni nak mempertahankan rakyat kebanyakkan ?? Apek wee hanya melindungi sarkis-sarkis DAP sahaja ...

Bodoh punya wee

GOMO berkata...

salam bro..ni Pondan Tua memang celaka. serupa haramjadah jugak.

kita akan bongkar si RACIST wee choo keong ini.