Spekulasi hangat sedang menjalar tentang kemungkinan Ahli Parlimen PKR kawasan Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad letak jawatan. Beliau yang juga merupakan Bekas Timbalan Menteri Besar Selangor sudah sekian lama sakit. Sepanjang sidang Dewan Rakyat selama hampir dua bulan yang baru berlalu Dr Zainal tidak kelihatan hadir langsung. Desas desus ini sudah mula disiarkan dalam laman web dan blog.
Cakap-cakap tentang kemungkinan Dr Zainal mungkin letak jawatan sudah kedengaran sejak berbulan dulu. Jika betul bakal ada pilihanraya kecil maka suasananya dijangka panas.Dalam pilihanraya umum lalu Dr Zainail hanya menewaskan Timbalan Presiden MIC Datuk G Palanival dengan hanya 198 undi sahaja. Kawasan itu ada 63,593 pengundi.
Betul atau tidak? Sama-sama kita tunggu pengesahan dari pihak Dr. Zainal, pihak PKR dan SPR.
2 ulasan:
salam...
apa sekalipun kita rapatkan SAF dalam menawan hati rakyat.
salam perjuangan....
salam UCGS..
takkan diowg wat hal lagi..menghabiskan duit rakyat buat PRK..
pape pon kita mesti bersatu dan berani..takyah nak mushy mushy lagi..
betui kata bro GOMO..rapatkan SAF dan teguh berdiri..
Catat Ulasan