1/03/2010

ALLAH AR RAHMANIR RAHIM - NAJIB BERJUANG, AKAN MENGADAP YANG DI PERTUAN AGONG PERTAHAN KALIMAH ALLAH!!!

Kontroversi keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penerbitan majalah Kristian Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah makin panas. Pelbagai pihak khususnya pertubuhan Melayu dan Islam menganjurkan pelbagai bentuk bantahan.

Ekoran keadaan tersebut, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari Ahad meminta umat Islam bertenang dan menyerahkan kepada kerajaan menyelesaikan kontroversi berkenaan melalui proses undang-undang.

Kenyataan Najib tersebut memperkukuhkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir hari Sabtu bahawa JPM dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengemukan rayuan kepada Mahkamah Rayuan berhubung dengan keputusan Mahkamah Tinggi berkenaan.

"Mereka (KDN) akan kemuka rayuan dan saya akan sembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong dan jika Yang di-Pertuan Agong berkenan, akan diberi taklimat, juga taklimat kepada Majlis Raja-Raja," katanya kepada para pemberita selepas satu menghadiri satu majlis anugerah kecemerlangan UPSR di Pekan Pahang.

“Kerajaan amat sedar dan prihatin akan pelbagai reaksi yang telah kerajaan terima sejak keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini. Isu ini amat sensitif dan menyentuh perasaan terutama sekali umat Islam, kita hendaklah bersikap bertenang pada masa ini dan membiarkan perkara ini diselesaikan melalui proses mahkamah," ujar beliau.

Najib turut berharap, penyelesaian terhadap isu yang amat sensitif itu kelak dibuat dengan penuh kebijaksanaan.

"Saya tak galakkan (demonstrasi) tapi saya tahu perasaan di kalangan perasaan umat Islam, mereka merasa begitu terkilan. Cuma saya berharap perkara yang amat sensitif, kita biarkan kerajaan tangani isu ini dengan sebaik-baiknya melalui proses rayuan...saya tak nak terlalu memanaskan isu, kerajaan faham perasaan umat Islam, biarlah kita cari jalan sebaik-baiknya," katanya.

Usaha kerajaan untuk memfailkan rayuan mendapat sokongan semua pertubuhan Melayu/Islam. Terdahulu Bernama melaporkan, sebelum Najib mempengerusikan mesyuarat Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan, beliau menerima memorandum daripada 24 badan bukan kerajaan (NGO) Pahang berhubung isu berkenaan.
Menurut jurucakap NGO berkenaan, Amidi Abdul Manan yang juga Timbalan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), KDN perlu memfailkan rayuan secepat mungkin bagi menghilangkan keresahan umat Islam di negara ini.

"Semua pihak dalam negara ini perlu menghormati institusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengeluarkan fatwa bagi melindungi kedaulatan dan kesucian agama Islam," katanya.

Amidi berkata, menurut Majlis Fatwa Kebangsaan, kalimah "Allah" adalah eksklusif bagi agama Islam sahaja.


1 ulasan:

fedup berkata...

Salam UCGS

Kurang ajar mereka ini..dahlah Tok Goku sokong..si khalid gereja pon sama..yg kat luar masih cakap UMNO n k'jaan yg wat kecoh..kowg mmg bodoh namanya!..