1/04/2010

KALIMAH ALLAH - KHALID SAMAD GILA AGAKNYA !!

Semua salah orang... itulah keistimewaan yang dimiliki Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Abdul Khalid Samad dalam menangani isu-isu yang berlaku. Tatkala PAS bergolak, UMNO dituduh menjadi puncanya. Bila isu kuil di Seksyen 13, Shah Alam muncul, UMNO juga difitnah menjadi dalang. Bagi Khalid Samad itulah adalah jawapan mudah kerana beliau masih beranggapan apa pun pembohongan terhadap UMNO maka rakyat akan menyukainya.

Terbaru dalam soal keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah, Khalid Samad terus menuding jari kepada UMNO keranan kononnya menggunakan isu kalimah Allah untuk memenangi hati rakyat.

Beliau dilaporkan berkata demikian kerana mengulas gesaan Ahli Parlimen PKR kawasan Kulim Bandar Bharu, Zulkifli Nordin agar PAS mengambil tindakan terhadap Khalid kerana mencemarkan imej parti itu dengan menyokong penggunaan kalimah Allah oleh agama lain. Malah Zulkifli secara sinis mencadangkan Khalid keluar PAS dan menyertai DAP.

Khalid pula dalam reaksinya meminta Zulkifli agar tidak terpedaya dengan helah UMNO berhubung dengan kontroversi kalimah Allah.

Namun peliknya, bagaimana hendak dikatakan soal kalimah Allah ini adalah mainan politik UMNO kerana semasa sidang Dewan Rakyat pada 5 Mac 2009, pendirian Khalid pernah disanggah oleh imam besar Masjid Negara yang juga Ahli Parlimen PAS kawasan Baling, Datuk Taib Azamudden.

Khalid pada masa itu mempertahankan pendiriannya bahawa agama lain boleh menggunakan nama Allah dan menggunakan hujah Al-Quran tidak menghalang perkara itu. Terbaru, Khalid meneruskan usaha mempertahankan pendiriannya dengan berkata, "Orang bukan Islam pun percaya Allah itu ada, tapi pada masa yang sama mereka juga percaya Allah itu ada sekutunya, mereka percaya Nabi Isa itu anak Allah... ini adalah fakta”.

Namun semasa perbahasan 16 Mac lalu, Datuk Taib Azamudden dengan hujah berdasarkan dalil yang kukuh dan ilmu yang ada pada dirinya menegaskan, bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan) yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita.

Berdasarkan kenyataan Taib itu, jelas pendirian Khalid yang menyatakan orang bukan Islam pun percaya Allah itu ada tidak bertepatan dengan apa yang dihuraikan oleh Taib bernaskan ayat Al-Quran.

Bersungguh-sungguh sangat Khalid hendak mempertahankan pendiriannya untuk menjamin sokongan politik kepada pakatan pembangkang yang memang tidak peduli soal ini.

3 ulasan:

fedup berkata...

Salam

Salahkan owg lagi ker mamat nih.. bang Lid..sapa yg kuar stetmen dolu sokong bende nih..mulut sape..jgnlah nak nambah dosa nuduh owg..ako tak tau la sape yg pilih dia nih..bodoh betui owg yg pilih dia..rasakanlah..padan muka kowg..

YANG GAMBI berkata...

Salam bro, kalau dah semua pemimpin tertinggi PAS membantah keputusan Mahkamah Tinggi, Nik Aziz pun dah koner lipat.... apa lagi Khalid Samad dan Anwar kena berastrafal banyak-banyak....... tak pun kena mengucap du kalimah Syahadah semula......

YB Raz berkata...

itulah masih ada pembangkang yang buta mata dan hati. masih nak memburukkan UMNO.

kini nik aziz sendiri dah kata tak sokong tindakan mahkamah. Apa lagi yang penyokong mereka nak cakap?

tapi itulah, kalau hati tu dah berkarat. susah nak cuci dah.