


"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya pada penulis blog termasuk pemimpin parti-parti politik yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu.

Pada sidang media itu, beliau menunjukkan bukti ‘Holly Bible’ yang pada halaman pertamanya sahaja mencatat God, Lord serta Jesus dan tiada langsung perkataan kalimah ‘Allah’. Ini katanya berbeza berbanding dalam al Quran bermula halaman pertama sudah ada kalimah Allah malah dalam Surah Al-Baqarah, daripada 286 ayat terdapat 279 kalimah itu.
Dr Haron menjelaskan, ini membuktikah kalimah Allah adalah eksklusif untuk agama Islam. Beliau berkata, berdasarkan persefahaman inilah, umat Islam dan bangsa lain hidup harmoni di negara ini dengan menghormati agama setiap kaum.
Dalam pada itu, Dr Haron meragui niat akhbar berkenaan yang bertegas mahu mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.
"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat. Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam... sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah," katanya.
Menurutnya, mungkin pada permulaan kalimah itu hanya untuk penerbitan sahaja tetapi mungkin lama kelamaan akan diletak pada salib dan sebagainya. Ulama dalam PAS itu juga berharap pada masa akan datang, perkara membabiitkan hal agama sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.
"Hal Allah ini adalah hal agama, jadi tempat penyelesaiannya adalah di Mahkamah Syariah. Kenapa nak bawa kes ini ke Mahkamah Sivil? Saya menyeru kes ini supaya kes ini diselesaikan di Mahkamah Tinggi Syariah," katanya. Beliau juga menyeru kepada semua pihak termasuk kerajaan dan Majlis Raja-Raja supaya segera menyelesaikan isu berkenaan.
Kenyataan Dr Haron ini menyusul selepas Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik juga menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah itu. Bagaimanapun, ada pihak melihat pimpinan PAS tidak sekata dalam isu ini tambahan pula bila Khalid dan ahli parlimen Kuala Selangor Dr Zulkifli Ahmad dilihat menyokong penggunaan kalimah Allah dalam gereja.
1 ulasan:
salam bro...
anwar brahim lagi lahkhanat. dia bersekongkol dengan gereja bagi mendapatkan sokongan dalam kes liwat nya.
apa sekalipun kita akan terus berjuang....
bro???
unit media wangsa maju akan di tubuhkan....lu join sekaki. he he he
Catat Ulasan