1/05/2010

KALIMAH ALLAH UTK. KRISTIAN - HARON DIN KATA KUFUR SIAPA YG. SOKONG, KHALID SAMAD KUFUR?

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa, Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din menyifatkan beberapa penulis blog termasuk pemimpin politik yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar Khatolik, adalah mereka yang ada ‘ short wire ’.

Dalam erti kata lain, otak mereka mungkin sudah ada masalah, tak betul atau mungkin gila. Barangkali, Yang di Pertua PAS Shah Alam, Khalid Samad, antara yang menulis di blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah, boleh terasa pedas maksud di atas kerana Ahli Parlimen itu yang ‘makan cili’.

Malah tambah Dr Haron lagi, mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan yang memihak akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly boleh membawa kepada kekufuran serta syirik.

“Menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam bermakna kita redha. Bila redha, juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik,” kata Dr Haron dalam sidang media di kediamannya di Bangi, petang Isnin. Untuk rekod dalam hiraki parti PAS selaku Timbalan Musyridul Am beliau dikira ulama nombor dua paling kanan dalam pengetahuan bab agama selepas Datuk Nik Aziz Nik Mat.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya pada penulis blog termasuk pemimpin parti-parti politik yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu.

Katanya, memanglah setiap orang ada kebebasan bersuara menyatakan pandangan. "Kalau hal siasah ataupun politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama. Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran," katanya.

Pada sidang media itu, beliau menunjukkan bukti ‘Holly Bible’ yang pada halaman pertamanya sahaja mencatat God, Lord serta Jesus dan tiada langsung perkataan kalimah ‘Allah’. Ini katanya berbeza berbanding dalam al Quran bermula halaman pertama sudah ada kalimah Allah malah dalam Surah Al-Baqarah, daripada 286 ayat terdapat 279 kalimah itu.

Dr Haron menjelaskan, ini membuktikah kalimah Allah adalah eksklusif untuk agama Islam. Beliau berkata, berdasarkan persefahaman inilah, umat Islam dan bangsa lain hidup harmoni di negara ini dengan menghormati agama setiap kaum.

Dalam pada itu, Dr Haron meragui niat akhbar berkenaan yang bertegas mahu mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

"Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat. Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam... sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah," katanya.

Menurutnya, mungkin pada permulaan kalimah itu hanya untuk penerbitan sahaja tetapi mungkin lama kelamaan akan diletak pada salib dan sebagainya. Ulama dalam PAS itu juga berharap pada masa akan datang, perkara membabiitkan hal agama sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.

"Hal Allah ini adalah hal agama, jadi tempat penyelesaiannya adalah di Mahkamah Syariah. Kenapa nak bawa kes ini ke Mahkamah Sivil? Saya menyeru kes ini supaya kes ini diselesaikan di Mahkamah Tinggi Syariah," katanya. Beliau juga menyeru kepada semua pihak termasuk kerajaan dan Majlis Raja-Raja supaya segera menyelesaikan isu berkenaan.

Kenyataan Dr Haron ini menyusul selepas Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik juga menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah itu. Bagaimanapun, ada pihak melihat pimpinan PAS tidak sekata dalam isu ini tambahan pula bila Khalid dan ahli parlimen Kuala Selangor Dr Zulkifli Ahmad dilihat menyokong penggunaan kalimah Allah dalam gereja.


1 ulasan:

PAPA GOMO berkata...

salam bro...
anwar brahim lagi lahkhanat. dia bersekongkol dengan gereja bagi mendapatkan sokongan dalam kes liwat nya.

apa sekalipun kita akan terus berjuang....

bro???
unit media wangsa maju akan di tubuhkan....lu join sekaki. he he he