5/18/2010

DAP KUASAI PAKATAN - PAS TUMPANG GEMBIRA ATAU GILA??

Alhamdulillah, selesai sudah PRK Parlimen Sibu dan menyaksikan DAP merampas kerusi tersebut. Jutaan terima kasih kepada kesemua petugas-petugas BN dan SPR yang melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab.

Emm... Nampaknya DAP telah berjaya menambah kerusi Parlimen dari 28 kerusi ke 29 kerusi. PKR semakin berkurangan dan kini selesa dengan hanya 24 kerusi sahaja. PAS, maintain 23 kerusi.

Jika kita lihat jumlah kerusi yang dikuasai, ternyata DAP kini semakin selesa dan menguasai Pakatan. PAS pula kini 'menumpang gembira' dengan penguasaan tersebut. Tak apa, Hudud tak laksana tak pa. Asalkan kita menang. Betul tak Nik Aziz?

Inilah yang menggusarkan kita. Apabila DAP yang terkenal dengan sifat 'racist' yang kuat akan cuba menimbulkan ketegangan dengan mempersoalkan pelbagai isu terutamanya Hak Keiistimewaan sesebuah kaum.

Tapi, biasalah. UMNO juga disalahkan. Dikata kita pula yang 'racist'. Walhal melihat kepada usaha murni Datuk Seri Najib Tun Razak menyatupadukan sekalian bangsa begitu kental dengan menubuhkan gagasan 1Malaysia.

Kini suara PAS semakin terhakis. Jangan kata hendak membela Islam, nak sebut Islam pun susah lepas ni. Itu pun tak sedar-sedar. Sanggup bersengkongkol lagi dengan sebuah parti yang pernah menyumpah kamu hanya atas dasar Islam. Memang DAP berjaya menguasai kamu, wahai PAS.

Dahulu pada PRU 10 ketika PAS menguasai Parlimen, DAP sanggup keluar dari Barisan Alternatif kerana PAS asyik menyebut soal Islam di dalam Parlimen. Yelah, sekurang-kurangnya DAP berpegang teguh pada prinsip dan perjuangan mereka. kini, PAS? Apa cerita? Diam membisu?? Hmmm..

Elok sajalah pilih Barisan Nasional. Semua kaum diberi pembelaan. BN sahajalah parti yang membela anak Malaysia.

ps : Anwar, kamu tak malu ka?? PKR da kurang kerusinya. Bila nak letak jawatan Ketua Pembangkang??


1 ulasan:

lord ried berkata...

ALOOOOOOOO MANGKEE2 AMENO SUMA....

MOLA2 SEKALI NAK HABAQ HAMPA SUMA BILA AKU MASUK BLOG NI AKU HABAQ AMENO, PALING2 TIDAK HAMPA PASIQ.
PASIQ TU BERMAKSUD BERIMAN NGAN HUKUM ALLAH TAPI TAK BUAT.

HUKUM LEBIH BERAT KALU TAK CAYA ATAU KALU CAYA PON MEMPERLEKEHKANNYA BERUBAH JADI KAPIAQ.
LALU BEGHOK2 AMENO DALAM BLOG NI PON HANTAM AKU. MAKA DEPA AUTAQ LA MACAM2 SEBAB2 HUDUD TAKLEH DILAKSANAKAN. MOLA2 DEPA KATA KENGKANGAN MASA. MISTI TARBIAH SUH GHAKYAT PAHAM HUKUM TU DULU BAGHU BULIH LAKSANAKAN. AKU HABAQ SAMPAI BILA.... 52 TAUN MERINTAH TAK CUKUP KA NAK TARBIAH TU. ATAU NAK NUNGGU SAMPAI 100 TAUN. 52 TAUN TU KALU UMUQ MAKNUSIA DAH TUA NAK MAMPUIH. ITU KIGHA BEIK TUA NAK MAMPUIH BAGHU NAKKAN ISLAM. HAMPA NI MAMPUIH DULU BAGHU NAK SUH OGHANG MANDI DAN KAFAN IKUT ISLAM.
AWAT TAK AUTAR KALU MAMPUIH.... BOLEH BUANG KE LAUT SABIK GHAKYAT BELUM PAHAM LAGI.

NAK TANYA BEGHOK2 AMENO SUMA CUBA HABAQ MAI.... AMENO NAK LAKSANAKAN HUKUM ALLAH ATAU TIDAK ?. KALU YA
HABAQ MAI LAGU MANA KAEDAHNYA SEBAB
PERLEMBAGAAN AMENO TU SENDIRI DIBUAT BERASAS UGAMA SUKU POLITIK SUKU. KALU LETAK ASAS PERJUANGAN LAGU TU MANA BULIH NAK MELENCONG KE ARAH MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH.

AKU MENGAKU APA YANG BEGHOK2 DOK HU HA HU HA BERHUBUNGAN KELEMAHAN PAS TU. TU AKU KIGHA FAKTOR MAKNUSIA YANG MENDUKUNG PAS TU BERMACAM RAGAM....ADAKALANYA BERTENTANGAN NGAN ISLAM. TAPI BEGHOK2 KENA INGAT MAKNUSIA2 YANG BERJUANG DALAM PAS NI DEPA BERDIRI ATAS LANDASAN YANG BETUL SABIK ASAS PERJUANGAN TU QURAN HADIS.
BULIH KA BEGHOK MAI MASUK DALAM PERJUANGAN PAS DAN MEMBEKI SUMA KELEMAHAN YANG ADA. ATAUPUN UBAH LA PERLEMBAGAAN UGAMA SUKU POLITIK SUKU DALAM AMENO TU.....PAS BULIH DIBUBAQKAN.

TIBA2 MAI LA SEKOQ DUA BEGHOK DOK MAI KUNUN NAK JAWAB APA YANG AKU TULIH..... AKU GHASA SUMA JAHIL HANYA DOK PASTE MAI HUJAH2 YANG LANGSUNG TADAK KAITAN NGAN MENDE2 YANG AKU TIMBULKAN.

AKU NAK SUH BEGHOK2 JAWAB, AWAT DEBAT ANTARA AMENO DAN PAS TAK PENAH BERLANGSUNG BERHUBUNG TAJUK YANG MENJADI JURANG PEMISAH ANTARA AMENO DAN PAS IAITU TAJUK AKIDAH.
DALAM POSTING AKU DULU ADA AKU CABAQ HAMPA SUMA TOLONG JAWAB MAI..
ITU KALU HAMPA NAK CAGHI KEBENARAN.
ULAMAK2 PAS DAH KATA ANYTIME ANYWHERE AWAT ULAMAK USUK AMENO SELALU MENGELAK. MENGGERTAK ADA LA.
AWAT MALAUN HARUSSANI ATAU USTAZ SEPAK TONG TU TAK MAU LAWAN. ADA SESUTU TAK KENA TU. PIKIAQ LA KALU BEGHOK2 ADA OTAK.

AKU KEMUKAN PULAK TADAK KENA MENGENA DENGAN KEHENDAK ORANG BUKAN ISLAM NAJIB DOK LULUIH JUDI.
TADAK LA PUAK INDIA DAN CINA DOK WAT RUSUHAN SABIK DEPA TU TAKLEH NAK BERJUDI. MAI PULAK BEGHOK LAIN KATA JUDI BUKAN UNTUK ORANG ISLAM.

HABAQ MAI LAGUMANA KEBAIKAN JUDI TU WALAUPUN HAMPA KATA JUDI UNTUK ORANG BUKAN ISLAM... TAPI BEGHOK KENA INGAT.... TOKEY JE BUKAN ISLAM. CUBA BEGHOK2 AMIK MASA SATU HARI BUAT TINJAUAN KAT KEDAI2 JUDI...... BUAT STATISTIK SAPA YANG PALING GHAMAI TIKAM NOMBOQ.
MELAYU PUAK2 HAMPA LA. KALU ORANG PAS MISTI TAJ SUKA JUDI PUNYA.

OK.... UNTUK BEGHOK2 YANG NAK JAWAB
SOALAN2 AKU NI... KENA LA MENJAWAB SOALAN, BUKAN TAK POSTING ILMU2 ISLAM VERSI ISLAM HADHARI. ISLAM DAH SEPURNA.... TAKYAH LA NAK OTA NAK JALAN ISLAM SECARA PERINGKAT2 SEROPA NABI DULU. HUKUM HAKAM ISLAM DIJALANKAN BERPERINGKAT2 SABIK MASA TU QURAN TURUN PON BUKAN SEKALI GUS.